Selasa, 2009 September 01 / Labels:

Sambutan Kemerdekaan di Kampusku


Tahniah
diucapkan kepada Pusat Islam UTHM, Kelab Iqra' dan juga JTPI kerana telah berjaya menganjurkan program kemerdekaan pada kali ini dengan penghayatan sebenar sebagai ummat Islam. Program yang dijalankan serba sedikit dilihat mampu merubah pemikiran warga kampus berkaitan cara sambutan dan bagaimana menzahirkan rasa syukur pada Pencipta atas keamanan dan kemerdekaan yang dikurniakanNya. Malamnya kami berqiamulail dan esok paginya bermula dengan kuliah Kemerdekaan, Sajak Kemerdekaan dan Perujian Murattal Quran.


Kebetulan sambutan kemerdekaan pada kali ini bersama-sama kedatangan bulan Ramadhan, maka adalah "tidak senonoh" jika budaya menyambut kemerdekaan dengan konsert lagho diteruskan. Tapi amat mengecewakan apabila masih ada "golongan" yang bersetuju dengan kaedah mencemarkan kesucian Ramadhan ini diteruskan, terutamanya di tengah Kota Ibunegara!

Mana pergi Mufti dan Ulama-ulama Islam Hadhari yang lantang bersuara dalam banyak isu sebelum ini? mungkin mereka ini sudah bersuara, tapi suara mereka "tidak suka" didengar oleh kebanyakkan pemimpin negara yang sebelum ini bergegar-gegar "memperjuangkan Melayu dan Islam"... mungkin juga mereka ini sudah selesa berada disejadah dan bantal empuk mereka sehingga lupa melakukan nahi mungkar!

"berkata benar walaupun dihadapan pemimpin adalah antara Jihad yang besar/utama"
-Hadis-


Teringat saya peristiwa 2 tahun yang lalu, sewaktu diajak bersama-sama abang dan juga kakak senior K.Iqra' untuk bertemu Naib Censelor waktu itu, iaitu Prof Dato Dr Hj Ismail Hj Bakar untuk menyerahkan memorendum membantah tindakan Universiti membenarkan artis melakukan konsert dengan persembahan tarian yang tidak sopan disamping mengundang budaya yang "tidak sihat" berlaku sepanjang berlangsung sehingga selesainya program.

Dalam pertemuan tersbut, kami bawakan bukti berbentuk gambar dan juga video bagi mengukuhkan bantahan kami. Alhamdulillah diakhir pertemuan kami itu, ayahanda Dato' melahirkan rasa duka cita dan berbanyak terima kasih atas usaha dan keberanian kami menyatakan pendirian. Selepas daripada pertemuan itu, dan tahun ini masuk tahun ketiga, alhamdulillah tiada lagi sambutan sedemikian dibuat, tiada lagi konsert lagho, bunyi percikan mercun (pembaziran), "couple jalanan" yang mana selama ini mengundang kemurkaan daripada Allah s.w.t. Terima Kasih ayahanda!

Mudah-mudahan suasana sambutan kemerdekaan yang bertepatan dengan syariat Islam dapat berterusan di bumi UTHM ini... sekali lagi tahniah kepada Pusat Islam UTHM, K.Iqra' dan JTPI kerana proaktif mendahului sambutan kemerdekaan pada kali ini.... wallahu'alam.

comments (1) / Read More

/ Labels:

Ramadhan Mubarak, Ganjaran Berganda!



Alhamdulillah, dulu kini dan selamanya puji dan syukur kepada Allah s.w.t kerana masih lagi memberi peluang kepada kita semua sekalian ummat Islam untuk menikmati kemanisan Ramadhan pada kali ini.

Moga-moga dengan kehadiran Ramadhan ini, kita dapat menjana dan mengecas semula bateri tarbiyah yang kadang-kadang kehilangan kuasanya sebelum daripada ini, untuk kita berhadapan dengan sebelas lagi bulan yang lain selepas daripada ini. Kita berpuasa pada hari ini merupakan proses, dan mudah-mudahan output yang akan kita dapat selepas berakhirnya Ramadhan ini adalah pakaian TAQWA. sebagaimana firman Allah s.w.t :



Saya menyeru kepada diri dan juga sahabat-sahabat sekalian, sama-sama kita mengambil peluang dan kesempatan ini untuk memperbanyakkan amalan-amalan yang boleh mendekatkan diri kita kepada Allah s.w.t disamping merebut ganjaran yang melambung tinggi dan berlipat-lipat kali ganda.

Tidak lupa untuk sama-sama kita nantikan kehadiran dan mencari malam lailatul qadar yang nilainya berupa seribu bulan. Mudah-mudahan Allah kurniakan kita semua KERAHMATAN, KEAMPUNAN dan PEMBEBASAN DARI AZAB NERAKA... wallhua'alam.

comments (0) / Read More

Selasa, 2009 Julai 21 / Labels:

PAS Suka Mencerca! - Dr Asri, PAS Tiada Skima @ Modul Untuk Mencerca! - Ust Nasarudin (KP PAS)

Teguran terbuka oleh Dr Asri terhadap segelintir pemimpin PAS dan juga ahlinya yang dikatakan mengamalakan sikap suka mencerca dan memaki hamun orang lain yang berbeza pendapat dengan mereka sama ada didalam ceramah umum, didalam blog dan sebagainya. Sejurus selepas itu ketua Pemuda PAS iaitu Nasrudin Hassan at Tantawi memberi maklum balas terhadap apa yang lontarkan dan bersedia menganggap ianya sebagai suatu nasihat dan dalam masa yang sama mempertahankan bahawa didalma Tarbiyyah PAS tidak pernah mendidik ahli supaya bersifat sedemikian.... sama-sama kita teliti, kaji dan hayati apa yang telah diutarakan oleh ketua-dua tokoh ini....

Jika PAS Sudi Mendengar


Oleh kerana perkataan Islam disebut dalam nama PAS, maka parti itu hendaklah menghentikan sikap suka mencerca dan memaki hamun orang lain yang berbeza pendapat dengan mereka. Pemimpin tertinggi parti tersebut hendaklah menasihati ahli-ahli mereka terutama dalam laman-laman web mereka, agar berakhlak dengan orang lain.

Apakah setiap kali berbeza pendapat mereka perlu mencerca pihak yang mereka tidak suka?! Mereka seakan lupa bahawa perkataan dan tulisan cercaan mereka itu akan dibawa ke mahkamah Allah di akhirat. Sebahagian mereka menghalalkan cercaan itu dengan menyatakan ‘orang lain’ lagi teruk. Apakah jika orang lain anda anggap teruk, maka anda boleh melakukannya juga?

Apakah akan terjadi kepada masa depan negara jika kita mengajar budaya ‘jangan berbeza pendapat dengan pemimpin kami, jika tidak awak kami maki”!! Maka rosaklah kebebasan bersuara dan berfikir. Apatah lagi jika isu agama dimasukkan. Sehingga kepada sesama sendiri, dicerca dan dihina.

Mereka hina dan mencerca pemimpin sendiri apabila berlaku perbezaan dalam isu ‘Kerajaan Perpaduan’. Mereka maki Tan Sri Harussani apabila mereka sudah tidak sebulu lagi dengannya. Dulu, mereka juga memaki saya. Lihatlah selepas kenyataan ini dikeluar, sebahagian mereka akan menyambutnya dengan makian dalam blog-blog mereka.

Saya bukan bermusuh dengan PAS, tapi saya memberi teguran sebagai seorang muslim kepada mereka, seperti mana banyak perkara saya memberi pandangan kepada UMNO juga. Generasi muda dan terpelajar makin mampu menilai. Budaya politik maki hamun dan carut marut kerana perbezaan pendapat bukan akhlak Islam, juga bukan kematangan politik masa depan”.

- Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, Lampeter, UK.


Respon kepada Pandangan Dr. Asri Zainal Abidin

Oleh : Nasrudin Hassan at Tantawi (Ketua Pemuda PAS Pusat)


1. Berasaskan kepada apa yang diajar oleh Islam bahawa antara sifat orang yang beriman ialah :

الذين يستمعون القول فيتبعون أحسنه

orang - orang yang sedia untuk mendengar lalu mengikut apa yang terbaik .

أُولَئِكَ الَّذِينَ هَدَاهُمُ اللَّهُ وَأُولَئِكَ هُمْ أُولُو الْأَلْبَابِ

Merekalah golongan yang telah mendapat petunjuk Allah swt dan merekalah jua golongan yang celik aqal [ intelek ] .

Surah az zumar - 18

2. Biarpun agak pahit , langkah pertama saya memilih untuk bersetuju terlebih dahulu terhadap apa yang diluahkan oleh Dr Asri dengan sedikit teguran saya kepada beliau bahawa luahan itu tidak boleh dipukul rata melainkan hanya dirujuk kepada individu - individu terbabit dan kepada kes - kes tertentu .

3. Saya menegaskan demikian kerana secara umumnya PAS sebagai sebuah Gerakan Islam sememangnya telah berulang kali dalam banyak modul tarbiyyah dan penerangannya secara rasmi mendidik pemimpin dan anggota agar bijak dalam membawa risalah Islam yang diperjuangkan ini . Ianya beramal dengan kebijaksanaan yang diwahyukan :

ادع إلى سبيل ربك بالحكمة

Serulah [ berdakwah ] olehmu agar manusia kembali ke jalan tuhanmu dengan hikmah [ bijak ] .... dan peringatan [ mauizah ] yang baik serta dialog atau debate [ mujadalah ] yang baik .

4. PAS tidak pernah mendidik dan mengajar apalagi mempunyai skima dan modul khas untuk pemimpin dan anggotanya mencaci dan mencerca siapa sahaja yang berbeza pendapat , sebaliknya apa yang diajar ialah berlapang dada dalam menerima perbedaan dan mengurus perbedaan pandangan dengan tenang , dewasa dan beradab . Kaedah yang sering dibawa ialah :

نتعاونوا فيما اتفقنا عليه و
نعذر بعضنا بعضا فيما اختلفنا فيه

Kita bertolong bantu dalam perkara yang kita sepakati bersama dan kita bertolak ansur dalam perkara yang kita saling berbeza pandangan .

5. Saya juga secara jujur dan benarnya tidak boleh menafikan betapa masih wujud secara ketara dikalangan pemimpin dan anggota yang mengambil pendekatan caci dan cerca dalam ceramah mahupun kuliah mereka terhadap pihak yang berbeza pendapat dengan mereka . Terkadang tahap dan kadar cercaan itu agak keterlaluan dan sukar kawal lantaran ia dikuasai oleh nafsu dan perasaan .

6. Saya menerima luahan atau tulisan Dr. Asri sebagai nasihat . namun sekali lagi saya mahu pertegaskan bahawa PAS tidak mengajar para pejuangnya walau di mana posisi ia berada untuk memaki hamun sesuka hati mencaci cerca serata tempat melainkan pada keadaan dan suasana yang dilihat sesuai dan wajar seperti berdepan dengan kezaliman dan pelaku zalim yang tiada simpati kepada mangsanya . Sebagaimana yang ditegaskan oleh Allah swt :

أُذِنَ لِلَّذِينَ يُقَاتَلُونَ بِأَنَّهُمْ ظُلِمُوا وَإِنَّ اللَّهَ عَلَى نَصْرِهِمْ لَقَدِيرٌ

Diizinkan berperang bagi orang-orang (Islam) Yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana Sesungguhnya mereka telah dianiaya [ dizalimi ] ; dan Sesungguhnya Allah amat berkuasa untuk menolong mereka (mencapai kemenangan).

Surah al Hajj : 39

7. Dakwah Nabi saw. adalah contoh method dakwah yang terbaik . Adakala Nabi saw berlembut seperti saat berdepan dengan badawi yang kencing di dalam masjid . Tika itu Nabi saw menghalang Saidina Omar yang berhasrat untuk memukul badawi tersebut kerana perlakuan biadabnya . Namun sikap Nabi saw pada waktu itu menjadikan badawi terbuka pintu hatinya untuk menerima Islam lalu melafazkan syahadah .

8. Adakalanya pula Nabi saw bersikap tegas dan kasar seperti Nabi saw menangani kedatangan Omar rha. [ masa itu beliau belum beriman ] yang mahu membunuh beliau dirumah al Arqam . Nabi saw menerima kedatangan Omar dengan segera menerpa lalu mencekak leher baju Omar dengan garang Nabi saw berkata untuk apa kamu datang ? Sikap nabi yang kasar dan tegas itu membuka pintu hati Omar rha seorang yang keras dan kasar pada waktu untuk beriman .

9. Demikian halnya , Nabi saw pernah tidak memaafkan musuh seperti seorang yahudi bernama Kaab bin Asyraf sehingga Nabi saw pernah berkata , jika ditemui Kaab ini bergantung di kelambu kaabah sekalipun hendaklah kamu bunuhnya . Namun Nabi yang sama jugalah pernah memaafkan wahsyi yang membunuh bapa saudara baginda yang sangat dikasihi Hamzah Abdul Muttalib .

10. Begitulah episode kebijakan Nabi saw dalam berdakwah . Itulah hikmah yang perlu dimiliki oleh para pejuang Islam dan para pemimpinnya . Namun , dasar umum dalam berdakwah ialah pendakwah mestilah hadhir dengan segala kerendahan budi dan keizzahan diri , sopan santun dan bertata susila , berakhlak dan beradab . Firman Allah swt :

فَبِمَا رَحْمَةٍ مِنَ اللَّهِ لِنْتَ لَهُمْ وَلَوْ كُنْتَ فَظًّا غَلِيظَ الْقَلْبِ لَانْفَضُّوا مِنْ حَوْلِكَ
فَاعْفُ عَنْهُمْ وَاسْتَغْفِرْ لَهُمْ وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُتَوَكِّلِينَ

Maka Dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu Wahai Muhammad), Engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah Engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan Yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah Dengan mereka Dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila Engkau telah berazam (Sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang bertawakal kepadaNya.

Surah aali Imran : 159

comments (0) / Read More

Ahad, 2009 Julai 19 / Labels:

Pemuda Aset kepada Ummah

Ashabul Kahfi merupakan sekumpulan muda remaja yang mempertaruhkan nyawa demi menegakkan kebenaran. Mereka lari dan bersembunyi di sebuah gua bukan untuk menyelamatkan nyawa, tetapi untuk menyelamatkan iman dan kebenaran . Mereka tidak mengenal erti seronok zaman remaja.

Sayidina Ali KWJ ketika baru berusia lima belas tahun sangat pintar, matang dan serius dalam berfikir. Apabila Rasulullah SAW mengajak beliau untuk memeluk Islam, beliau terlebih dahulu meminta izin daripada Rasulullah SAW untuk pulang berunding dengan ibu bapanya. Belum pun sampai menemui ibu bapanya, beliau berpatah balik dan menemui Rasulullah SAW.
Rasulullah SAW bertanya: “Apa keputusan ibu bapamu?”
Jawab Sayidina Ali, “Ketika Allah menjadikan aku, Allah tidak berunding dengan ibu bapaku, mengapa pula aku perlu berunding dengan ibu bapaku untuk menjadi hambaNya yang berpegang kepada kebenaran.”

Lantas beliau memeluk Islam waktu itu juga. Demi kebenaran dan keyakinan jugalah maka Sayidina Ali sanggup mempertaruhkan nyawa dengan berbaring (tidur) menggantikan tempat Rasulullah SAW di malam di mana Rasulullah SAW berangkat untuk berhijrah. Sedangkan pada malam tersebut pihak musuh telah membuatkeputusan dan menyediakan pasukan untuk membunuh Rasulullah SAW. Apabila empat puluh orang pembunuh handalan menerkam ke tempat tidur tersebut untuk membunuh, mereka dapati Sayidina Ali yang sedang tidur dan bukannya Rasulullah SAW.

Sayidina Ali yang sememangnya semenjak kecil dalam keadaan miskin, tidak pernah kenal erti berfoya-foya, berhibur dan membuang masa. Kepintaran berfikir itu dimilikinya kerana semenjak kecil hatinya bersih dari sebarang titik noda.

Seorang remaja, Mus`ab bin Umair, gambaran hidupnya secara ringkas dikaitkan dengan gambaran kehidupan umat. Daripada Ali bin Abi Talib, “Bahawasanya kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW di dalam masjid. Tiba-tiba datang Mus`ab bin Umair dan tiada di badannya kecuali sehelai selendang yang bertampal dengan kulit. Tatkala Rasulullah SAW melihat kepadanya, baginda menitiskan air mata kerana mengenangkan kemewahan Mus`ab ketika berada di Makkah dahulu, dan sangat dimanjakan oleh ibunya, berbanding nasib Mus`ab sekarang (ketika berada di Madinah sebagai Muhajirin yang terpaksa meninggalkan segala harta kekayaan di Makkah).

Kemudian Rasulullah SAW bersabda; “Bagaimanakah keadaan kamu pada suatu ketika nanti, datang di waktu pagi dengan satu pakaian dan datang di waktu petang dengan pakaian lain pula. Dan bila diangkat satu hidangan diletakkan pula satu hidangan yang lain. Dan kamu menutupi (menghias) rumah kamu sepertimana kamu memasang kelambu Kaabah?”
Jawab para sahabat, “Wahai Rasulullah, tentulah di waktu itu kami lebih baik daripada hari ini. Kami akan beri tumpuan kepada ibadah sahaja dan tidak usah mencari rezeki.”
Lalu Rasulullah SAW bersabda :, “Tidak, keadaan kamu hari ini adalah lebih baik daripada hari itu.” (Riwayat At Tirmizi)

Imam Syafie ketika berusia sembilan tahun sudah menghafal tiga puluh juzuk Al Quran. Ketika berumur dua belas tahun sudah mampu mentafsir Al Quran dan menghafal kitab Al Muwattha` karangan Imam Malik. Pada usia empat belas tahun sudah mengajar para alim ulama.Kepintaran beliau terbukti melalui pencapaiannya dalam hal-hal yang tersebut itu. Malah tindakannya juga memiliki hikmah. Ini terbukti apabila suatu hari di bulan Ramadhan sebaik sahaja selesai mengajar anak muridnya yang terdiri di kalangan alim ulama, beliau membuka bekalan lalu makan.

Perbuatan Imam Syafie tersebut meresahkan anak muridnya. Imam Syafie sangat menyedari reaksi tersebut. Menjawab kepada pertanyaan muridnya yang terlalu hairan kerana makan di siang hari bulan Ramadhan itu Imam Syafie dengan tenang dan teratur berkata, “Aku memang sengaja berbuat demikian. Dan soalan inilah yang ditunggu-tunggu. Aku hanya mahu menguji kamu semua sejauh mana kamu peka dan faham menanggapi semua keadaan berpandukan pengajian yang telah dipelajari. Sebenarnya aku belum baligh (belum diwajibkan berpuasa).”


Muhammad Al Fateh yang disebut oleh Rasulullah SAW secara umum dalam hadis yang bermaksud: “Konstantinopel akan dikuasai oleh pemimpin yang baik, bersama tentera yang baik dan rakyat yang baik.” Muhammad Al Fateh adalah seorang yang semenjak balighnya tidak pernah meninggalkan sembahyang tahajjud. Di bawah pimpinan beliaulah Konstantinopel yang berdiri teguh untuk sekian lama di tangan Kristian berjaya ditawan dan kini kekal sebagai Istanbul di bawah kerajaan Turki.

Menilik kepada belia, remaja atau muda mudi kita dewasa ini, tentunya amat mendukacitakan. Andainya iktibar di atas tadi dikemukakan ada pihak yang dengan mudah menolak;
“Ah, itu dulu dan tentulah idealistik. Kini zaman telah berubah dan berbeza.”
Atau ada pula yang tidak terlalu memperlihatkan penolakan tetapi memberi komentar, “Umat Islam kini jangan terlalu khayal dengan keagungan masa silam.”
Memaparkan kejayaan mereka bukan satu khayalan atau terlalu ideal. Tetapi ingin mencari iktibar di mana rahsia kejayaan mereka. Sebab itu Imam Malik r.a. menegaskan tidak akan berjaya umat ini kecuali kembali kepada kaedah yang telah terbukti membawa kejayaan kepada umat terdahulu.

Lebih-lebih lagi dalam menangani masalah di kalangan remaja. Kita tidak perlu mencetus-cipta berbagai kaedah yang kebanyakannya berada pada tahap uji kaji dan cuba jaya. Apabila masyarakat digegarkan dengan gejala negatif, bertambah banyak lagi saranan, perancangan dan program yang diwujudkan. Selepas tempoh tertentu semuanya senyap dan lenyap begitu saja. Kita tentulah tidak rela keadaan seumpama itu terus berlaku. Kerana implikasinya ialah terlalu banyak masa, tenaga dan wang ringgit digunakan tanpa membawa natijah yang memuaskan. Kita juga perlu menyedari iaitu para belia dan remaja merupakan aset penting negara dan umat dengan tanggungjawab besar yang bakal dipikul mereka.

Bukanlah suatu yang mustahil terjadi di mana dalam keadaan mereka yang masih remaja melalui kehidupan negatif tanpa pengubatan, akan diwarisi oleh kehidupan remaja generasi akan datang selepas mereka, yang jauh lebih parah. Ertinya, kini mereka remaja yang bergelumang dengan gejala negatif. Mereka terbiar tanpa dipedulikan. Mereka pula akan dewasa. Tentulah anak-anak mereka bakal mengalami keadaan yang lebih tenat. Kita harus sedar, inilah proses yang telah dan sedang berlaku di kalangan masyarakat Barat. Di zaman ibu bapa mereka sedang remaja, berhibur berfoya hingga jam dua belas tengah malam. Apabila tiba giliran anak-anak mereka mencapai alam remaja, mereka berhibur, berfoya-foya hingga sepanjang malam.

Oleh itu jangan buat alasan; “Tidak mengapa, dan kita kena toleransi kerana kita dulupun melalui alam remaja yang menempuh keadaan yang sama.” Sebenarnya tidak sama. Parahnya gejala negatif kini kerana dulunya di peringkat ibu bapa sudah mengalami unsur negatif yang diabaikan terhadap mereka oleh golongan terdahulu. Air sungai yang kalau keruh di hulu pastilah keruh di kuala.

Apa jua jenis program terhadap belia mestilah menepati keperluan spiritual, mental dan fizikal. Perlu disenaraikan secara terperinci setiap program itu yang benar-benar dapat mengisi spiritual, mental dan fizikal. Perlu benar-benar dikenal pasti yang mana program bersifat spiritual, yang bersifat mental dan fizikal. Dan di situ dapat dilihat sejauh mana ratio atau nisbah pengisian tersebut seimbang atau tidak.

Setiap penyakit ada ubatnya yang serasi. Tersilap ubat adakalanya bukan saja penyakit tidak sembuh malah apa yang dianggap ubat itu boleh mendatangkan mudharat pula. Apabila membicarakan gejala negatif remaja janganlah hendaknya tersalah ubat atau memberi ubat yang tidak serasi. Terlalu mengelirukan apabila ada yang berpendapat gejala negatif itu boleh diubati dengan hanya memanjat bukit, masuk ke hutan, berkayak, berakit, berenang dan bersilat. Kalau benarlah langkah tersebut berkesan, tentulah masyarakat Barat mencapai tahap minima kalaupun tidak sifar. Kerana mereka mempunyai seribu satu macam formula, kaedah, cara, teknik dan pendekatan dalam menghadapi kemelut kehidupan mereka.

Ingatlah ancaman paling besar kepada kehidupan manusia ialah kerakusan nafsu. Gelombang kerakusan nafsu tidak dapat dipatahkan atau ditundukkan dengan cara memanjat bukit, berakit, bersampan dan bersilat. Iman sahaja merupakan pendekar yang mampu menewaskan gelodak nafsu.

Persoalannya, sebanyak mana pengisian iman yang dilalui oleh belia/pemuda kita seperti yang pernah dilalui oleh Sayidina Ali, Mus’ab, Imam Syafie, Muhammad Al Fateh dan yang seumpamanya?

comments (0) / Read More

Selasa, 2009 Julai 14 / Labels:

Mahasiswa Aset Berharga Negara


Pada zaman 6o-an, Mahasiswa merupakan golongan yang paling dihormati dikalangan masyarakat Negara ini. Ianya kerana, pada waktu itu mahasiswa amat terkenal sebagai golongan yang terpelajar disamping dalam masa yang sama mampu mengetengahkan isu dan juga permasalahan yang melanda masyarakat sehingga ianya sampai kepangkuan pemimpin-pemimpin Negara. Penghormatan dan pencapaian tersebut berlanjutan sehinggalah ke suatu tahap suara mahsiswa tidak lagi diendahkan oleh masyarakat di Negara ini.

Malaysia pada hari ini merupakan antara negara yang tergolong dalam golongan Negara-negara yang sedang membangun. Negara yang sedang membangun memerlukan sistem dan juga modal Insan yang terbaik, berkualiti disamping proaktif supaya Negara dapat terus meningkat maju kehadapan. Dalam melahirkan modal insan ini, Mahasiswa dilihat golongan yang terbaik yang mampu memberi keyakinan kepada semua masyarakat dalam memimpin Negara pada masa akan datang. Ini kerana golongan mahasiswa ini dikatakan yang paling kehadapan dan berpendidikan berbanding generasi muda yang tidak bergelar Mahasiswa di Negara ini.

Tetapi, yang menjadi persoalan sekarang, dalam suasana Negara yang mengalami pelbagai permasalahan yang melibatkan golongan belia termasuklah Mahasiswa itu sendiri, adakah golongan Mahasiswa pada hari ini masih boleh diletakkan harapan pada diri mereka? Jika diperhatikan, Mahasiswa pada hari ini seolah-olah tidak mahu bersedia untuk menyiapkan diri mereka bagi menjadi pelapis kepada kepimpinan Negara mahupun pelapis kepada golongan-golongan professional dan ulama yang ada di dalam Negara ini. Tidak dinafikan, masih wujud segelintir golongan Mahasiwa yang mempunyai kesedaran yang tinggi dan terlibat dalam pertubuhan-pertubuhan atau pun persatuan yang mampu membentuk diri mereka menjadi seorang yang proaktif dan berintegriti. Tapi, lebih ramai daripada itu yang leka dan asyik dengan keseronokkan zaman remaja mereka yang terjebak dengan pelbagai gejala sosial yang bakal merosakkan keintelektualan mereka.

Setiap Mahasiswa perlu sedar bahawa, kita semualah yang bertanggung jawab memastikan Negara terus membangun pada masa akan datang sama ada dari segi fizikal mahupun modal Insan yang bersahsiah mulia dan terpuji. Oleh itu, saya menyeru kepada sekalian Mahasiswa, sama-samalah kita menyiapkan diri kearah menjadi modal insan yang berkualiti kepada Agama dan Negara disamping mampu berhadapan dengan cabaran global yang semakin mencabar. Disamping itu juga, janganlah kita terus hanyut dibuai keseronokkan dan kealpaan dunia yang memungkin kita gagal dalam kehidupan dunia mahupun akhirat kelak. Wallahualam.

comments (0) / Read More

Selasa, 2009 Julai 07 / Labels:

SOLAT DAN IMAN SEBAGAI MEMPERINGATI ISRAK DAN MIKRAJ


Setiap tahun, ketibaan bulan Rejab disambut dan diperingati oleh seluruh umat Islam di seluruh dunia. Ini kerana pada tanggal 27 Rejab terjadi satu peristiwa penting dan bersejarah ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam.

Peristiwa Israk dan Mikraj merupakan salah satu peristiwa yang luar biasa lagi menakjubkan alam fikiran manusia.

Israk bererti suatu perjalanan, yakni berjalannya Nabi di malam hari dari Masjidilharam di Mekah hingga ke Masjidilaqsha di Palestin menurut kekuasaan Allah subhanahu Wata'ala. Seperti mana firman-Nya dalam surah al-Israa' ayat 1, bermaksud:

"Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Mekah) ke Masjidil Al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui."

Manakala Mikraj merupakan naiknya Nabi Muhammad sallalahu Alaihi wasallam dari bumi, yang menembusi ruang angkasa, sampai pada langit yang pertama, seterusnya ke langit yang ke tujuh, menurut kehendak Allah subhanahu wata’ala.

Israk dan Mikraj adalah mukjizat Nabi Muhammad sallalahu Alaihi wasallam yang tidak boleh difikirkan secara 'aqliah' sahaja, tetapi harus diyakini dengan iman. Kerana itu Allah subhanahu wata'ala mewujudkan peristiwa ini sebagai memperlihatkan kebesaran-Nya termasuk untuk menerima kewajipan solat dan menguji keimanan seseorang terhadap Nabi Muhammad sallallahu Alaihi wasallam.

Kewajiban solat bermula semasa Mikraj Nabi Muhammad sallallahu Alaihi wasallam. Baginda telah menjelajah tujuh lapis langit, lalu sampai ke Sidratulmuntaha, yakni suatu tempat yang tertinggi di atas langit yang ke tujuh. Di sinilah Nabi Muhammad sallallahu Alaihi wasallam menerima wahyu atau perintah langsung daripada Allah subhanahu wata'ala berupa solat fardu lima waktu. Allah subhanahu wata'ala menjelaskan perkara ini seperti yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

"Sesungguhnya Aku telah putuskan fardu-Ku, dan telah Ku beri keringanan atas hamba-hamba-Ku, dan Aku akan membalasnya satu kebaikan dengan sepuluh ganjaran."

Penjelasan di atas mengandungi maksud bahawa solat lima waktu itu apabila dikerjakan dengan ikhlas dan penuh khusyuk, akan sama nilainya dengan menunaikan solat lima puluh kali dari segi pahalanya.

Solat merupakan salah satu rukun Islam yang lima. Turunnya perintah solat berlainan dengan turunnya rukun Islam yang lain. Kalau perintah zakat, puasa dan haji cukup dengan perantaraan Jibril, tetapi perintah solat, Nabi sendiri yang bertemu dengan Allah subhanahu wata'ala. Jelas sekali solat itu sebagai tiang agama, seperti yang terkandung dalam riwayat Thabrani, Rasulullah sallalahu Alaihi wasallam bersabda:

"Amalan seorang hamba yang mula-mula diperiksa di hari kiamat ialah solatnya. Jika solatnya baik, maka diterimalah amal-amalnya yang lain. Jika solatnya rosak, maka amal-amal yang lain tidak diterima."

Sementara keimanan seseorang dapat diuji melalui israk dan mikraj. Sepulangnya Nabi dari perjalanan itu, kebanyakan daripada orang kafir Quraisy yang diketuai oleh Abu Jahal semakin mengejek dan menghina Nabi Muhammad sallallahu alaihi wassalam. Malah mereka yang masuk agama Islam pun kembali kepada kekufuran. Tetapi bagi mereka yang mantap imannya akan menjadi semakin kuat imannya sekuat iman Sayidina Abu Bakar As-siddiq, yakni orang pertama yang membenarkan peristewa Israk dan Mikraj.

Akhirnya kita berharap agar hikmah yang terkandung dalam Israk Mikraj ini ditelah dengan teliti oleh kaum Muslimin, dan kita juga berharap agar solat kita dijadikan Allah subhanahu wata'ala sebagai pelindung dan benteng yang teguh bagi menghadapi serangan kekufuran.

comments (0) / Read More

/ Labels:

Peristiwa-Peristiwa Penting Bulan Rejab

Rejab bermakna kebesaran atau kemuliaan dan ia membawa maksud bulan yang dibesarkan atau dimuliakan. Masyarakat Jahiliyah menamakan bulan ini dengan bulan Rejab kerana mereka memulia dan menghormati bulan ini dengan mengharamkan berperang di dalamnya. Dan Rasulullah SAW mengekalkan nama ini dan mengharamkan pertumpahan darah di bulan Rejab. Dan bagi umat Islam, kita memperingati dan memuliakan Rejab sempena dengan peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah SAW iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj.

Hijrah Pertama Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

1.Hijrah Pertama

Hijrah ke Habsyah (Ethiopia) Pihak musyrikin Mekah meningkatkan tekanan dan ancaman kepada Rasulullah SAW dan mereka yang beriman kepada Rasulullah SAW pada ketika itu. Ada di kalangan sahabat yang mengadu kepada Rasulullah SAW tentang derita yang mereka tanggung lalu Rasulullah SAW memerintahkan agar mereka berhijrah ke negeri Habsyah.

Tujuan hijrah ini adalah untuk menyelamatkan iman dan keselamatan diri di samping untuk mencari tapak baru untuk Islam bertapak dan menyusun langkah untuk agenda seterusnya. Diantara mereka yang berhijrah ke Habsyah ialah Saidina Othman RA dan istrinya Roqiah anak Rasulullah SAW. Jumlah mereka adalah 14 orang termasuk 4 orang wanita. Habsyah dipilih adalah kerana rajanya dikenali dengan toleransi dan sikap terbukanya.

2. Isra' dan Mi'raj

Isra'dan Mi'raj ertinya Rasulullah SAW dijalankan dari Mekah ke Baitulmuqaddis di waktu malam dan diangkat ke langit bertemu Allah SWT dan untuk mengambil kewajipan solat 5 waktu dari Allah SWT.

Dalam menentukan tarikh bila berlakunya peristiwa ini, sebahagian ulama mengatakan pada 27 RabiulAkhir; sebahagian ulama mengatakan pada 17 RabiulAwal; sebahagian ulama mengatakan 29 Ramadhan; sebahagian ulama mengatakan pada 27 Rejab dan sebahagian ulama yang lain mengatakan pada tanggal-tanggal selain dari yang tersebut.

Menurut Chalil, 1999 sebagaimana yang dijelaskan oleh Dr.(H) Hj. Kassim Bahali, ada setengah ulama mengatakan pada malam tanggal 7 RabiulAwal. Adapun yang terbanyak ialah golongan yang mengatakan pada tanggal 27 Rejab, sekalipun tidak dengan alasan yang kuat.

Tahun berlakunya juga terdapat perselisihan pendapat ulama, ada sebahagian yang mengatakan pada tahun ke 5 dari Bi'tsah (tahun mula diutusnya peribadi Nabi), sebahagiannya berpendapat pada tahun ke 12 dari Bi'tsah; sebahagiannya berpendapat pada tahun sebelum Nabi hijrah ke Thaif, sebahagian berpendapat pada tahun ketiga sebelum hijrah Nabi S.A.W ke Madinah dan ada yang sebahagiannya pula berpendapat lain dari semuanya itu.

Bagaimanapun seorang ahli sejarah Islam bernama Ibnu Saad telah mencatatkan dalam kitabnya "At-Tobaqatil Qubra", bahawa berlaku israk mikraj terhadap Nabi s.a.w. ialah pada lapan belas bulan sebelum Nabi S.A.W. hijrah ke Madinah dalam satu peristiwa yang amat bersejarah itu.(Tazkirah, Pusat Zakat N. Sembilan)

3. Perang Tabuk

Tabuk adalah mengambil nama sempena nama satu tempat di Utara Semenanjung Arab di mana Rasulullah SAW dan 30 ribu tentera Islam berkumpul. Tidak berlaku pertempuran kerana tentera Rom telah melarikan diri kerana takut dan gerun kepada kekuatan dan kecekalan tentera Islam yang sanggup menghadapi berbagai kesukaran

4. Pembebasan Baitul-Muqaddis

Baitul Muqaddis telah dibuka pada zaman Saidina Umar Al-Khattab RA di zaman pemerintahannya. Akibat kelalaian dan perpecahan uamat Islam di zaman pemerintahan Abasiyah, umat Kristian (tentera Salib) telah melakukan serangan demi serangan ke atas Baitul Muqaddis dan akhirnya dapat menawan kota suci Baitul Muqaddis setelah 500 tahun dikuasai oleh pemerintahan Islam. Tentera Salib telah menduduki Baitul Muqaddis hampir 60 tahun sebelum dibebaskan kembali oleh panglima Islam terkenal Salehuddin Al-Ayubi. Beliau telah berjaya menawan kembali Baitul Muqaddis dari tangan tentera Salib pada hari Jumaat, 27 Rejab 583H. Dan pada tahun 1967 bersamaan 1387H umat Yahudi pula menawan Baitul Muqaddis (Palestin) dan menamakan negara baru mereka dengan nama Israel.

5. Lahirnya Imam Syafie RH.

Nama sebenar Imam Syafie RH ialah Muhammad bin Idris. Beliau lahir di Ghuzah, Palestin pada tahun 150H bersamaan 767 Masehi dalam bulan Rejab. Beliau adalah salah seorang dari empat imam mazhab yang besar dalam dunia Feqah. Malaysia mengamalkan mazhab Syafie. Diantara peninggalan imam Syafie RH yang tiada ternilai harganya dan menjadi rujukan sehingga sekarang ialah kitab al-Umm.

comments (0) / Read More

Selasa, 2009 Jun 02 / Labels:

Manusia Meterialistik TIDAK LAYAK menjadi Guru



Ya, pekerjaan sebagai guru bukanlah tempat yang sesuai bagi golongan yang materialistik untuk memenuhi cita-cita mereka. Pendapatan seorang guru tidaklah sehebat pendapatan seorang pensyarah, engineer, doktor dan sebagainya. Tetapi guru boleh dikatakan berada pada golongan pertengahan kerana tidak dinafikan sara hidup guru lebih baik berbanding golongan yang kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.

Kali ini suka saya berkongsi berkaitan isu ini memandangkan, saya juga bakal bergelar seorang guru kelak, InsyaAllah. Ianya sebagai peringatan kepada diri saya sendiri dan juga sahabat-sahabat yang lain sama ada yang bakal atau pun sudah bergelar seorang guru. Isu ini juga suka saya kongsikan kerana melihat kepada keadaan sekeliling sewaktu bersama rakan-rakan dari fakulti yang sama. Masing-masing mempunyai matlamat dan tujuan tersendiri apabila bergelar guru kelak.


Apa yang menariknya, apabila sahaja berbual tentang kereta, masing-masing pasti aktif memberi respon, ada yang bercita-cita ingin memiliki kereta yang cantik, mewah, selesa, berjenama dan sebagainya. Begitu juga apabila berbual tentang rumah, tangga gaji dan lain-lain pastinya masing-masing mampu memberikan respon. Tetapi, apabila sahaja berbual tentang masalah disiplin pelajar di sekolah, peranan dan tanggung jawab sebagai guru, persediaan menjadi guru dan sebagainya, ada yang bersedia memberikan langkah penyelesaian mengikut pandangan dan kemampuan masing-masing dan ada juga yang ”berkecuali”. Keadaan ini sebenarnya yang perlu diberi perhatian.



Teringat saya kepada pesan seorang pensyarah Kemahiran Teknologi Elektrik (Pendawaian), iaitu Tn Hj Ashaari sewaktu tazkirah (sebelum mula kursus) pada hari Jumaat yang lepas, antara isi yang disentuh adalah, beliau ada mengingatkan bahawa apabila mula-mula menerima gaji kelak, niatkan gaji tersebut (sebahagian) adalah untuk menunaikan haji atau umrah. Ini kerana bagi mendapatkan keberkatan dalam pekerjaan disamping menyahut 3 panggilan kepada setiap manusia iaitu azan, haji/umrah dan mati. Daripada pesanan tersebut, dapat saya simpulkan bahawa, pentingnya memperbetulkan niat dalam menguruskan gaji yang akan diperolehi kelak walaupun sedikit bagi menjamin mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t.


Kita memahami, setiap manusia pasti inginkan kehidupan yang selesa khususnya apabila sudah bekerja dan berumahtangga. Kehidupan yang selesa inilah kadang-kadang menjadikan seseorang itu bekerja dengan lebih bersungguh-sungguh, beriltizam, berdaya saing dan sebagainya. Tetapi kadang-kadang keselesaan hidup dengan gaji yang banyak, kereta yang selesa, dan lain-lain menjadi penghalang utama kepada seseorang untuk bekerja dengan penuh komited. Khususnya kehidupan seorang guru, yang bilamana begitu selesa dengan kehidupan menyebabkan mereka lalai dengan tanggungjawab mendidik pelajar.


Saya pernah mengenali seorang guru yang mempunyai perniagaan sendiri, kerana ingin mendapatkan pendapatan yang lebih (mungkin). Guru tersebut boleh dikatakan tidak fokus kepada tanggungjawab sebagai seorang guru menyebabkan dia sentiasa di tegur oleh guru-guru yang lain kerana banyak mengabaikan pelajar-pelajat. Pelajar-pelajar yang berada dibawah tanggungjawabnya sentiasa ketinggalan dalam pelajaran disebabkan oleh guru tersebut sering keluar untuk menguruskan perniagaannya.



Saya tidaklah ingin menyalahkan guru tersebut untuk mendapatkan pendapatan yang lebih, malah suka saya galakkan jika guru tersebut mampu memainkan tanggungjawab beliau dengan sebaiknya.

Sebagai kesimpulannya, setiap manusia sama ada yang bakal atau sudah pun bergelar guru dan bercita-cita ingin memiliki kesenangan (kemewahan) dengan gaji yang diperolehi, seharusnya memperbetulkkan kembali niat mereka, disamping merenung kembali apakah tujuan sebenar kita memilih guru sebagai kerjaya. Paling penting disini boleh saya katakan, dengan keberkatan dan keikhlasan sahaja mampu menjadikan kita akan merasa cukup dengan apa yang ada. Kita akan merasa puas apabila berjaya mendidik pelajar-pelajar, kita pasti akan merasa gembira apabila pelajar-pelajar cemerlang dalam peperiksaan yang akan menetukan masa depan pelajar sama ada PMR ataupun SPM, dan ianya sebenarnya sudah cukup menjadi ”value added” pada gaji kita nanti, mudah-mudahan...wallahu’alam.


comments (2) / Read More

Rabu, 2009 Mei 06 / Labels:

Kes Ragut! Suatu Peringatan Daripada Allah s.w.t…


“Abdullah bin Umar melaporkan, “Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. berjumpa kami lalu berkata, ‘Wahai sekalian muhajirin! Ada lima perkara jika saudara diuji dengannya, saya bermohon perlindungan dengan Allah agar saudara tidak bertemu dengannya:

Antaranya….


Jika pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum yang ada di dalam Al-Quran dan mereka memilih-milih beberapa hukum yang diturunkan oleh Allah sahaja, pasti Allah menjadikan hidup mereka bermasalah.”


(Hadis direkodkan oleh Imam Ibnu Majah)


Belum sempat reda kes ragut yang menyebabkan kematian seorang ibu hamil di Ayer Hitam, Johor, tiba-tiba hari ini timbul pula kes yang sama iaitu juga kes ragut yang menyebabkan kematian seorang lagi ibu hamil yang dilaporkan dalam perjalanan ke rumah emaknya di Tumpat, Kelantan.


Kes sebelum ini yang mana arwah Jamilah, menemui ajal selepas bertarung nyawa lebih 36 jam dalam keadaan koma apabila terjatuh dari motosikal sebaik beg tangan dalam raga disentap peragut dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam, Ahad lalu, di Taman Air Hitam, Batu Pahat. Difahamkan, ketika kejadian, arwah yang bekerja sebagai jurujual kedai kraftangan di pekan Ayer Hitam, baru membeli makanan dan barangan keperluan harian di sebuah pasar malam untuk dibawa pulang ke rumahnya di Jalan Mekar, Taman Mekar, kira-kira 100 meter dari lokasi kejadian.

Allahyarham terjatuh dari motosikalnya dengan muka terhentak jalan. Dilaporkan bahawa seorang lelaki yang lalu di kawasan berkenaan melihat dua lelaki melarikan diri selepas meragut beg tangan mangsa. Sementara itu, adik ipar mangsa, Fauziah Ahmad, 34, berkata dia mempunyai sebab untuk membenci dan berdendam dengan peragut.

Jika saya mempunyai kuasa undang-undang, sudah pasti saya akan menjatuhkan hukuman paling berat termasuk hukuman mati kepada peragut. Mereka bukan saja pencuri, tetapi juga pembunuh,”



Kes yang berlaku pada hari ini pula (6 Mei 2009), di Kampung Padang Raja, Jalan Melor-Ketereh di sini, mangsa iaitu arwah Saripah Mohd Noor, 33, dari Kampung Melawi, Bachok yang mengandung tiga bulan maut selepas diragut oleh seorang lelaki. Ketua Polis Daerah Kota Baharu, ACP Zahruddin Abdulah berkata kejadian berlaku selepas mangsa yang sedang menunggang motosikal telah diragut beg tangannya sehingga menyebabkan motosikalnya terbabas dan jatuh.


Mangsa kemudiannya dilanggar oleh sebuah kereta yang dari arah bertentangan dalam kejadian kira-kira pukul 10.50 pagi ini. Ketika kejadian, mangsa dilaporkan sedang menunggang motosikal bersendirian untuk ke rumah ibunya di Tumpat


Diakui, segala yang berlaku pada hari ini merupakan takdir dan perencanaan yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t sebelum kes itu berlaku lagi. Cumanya, apa yang perlu di jadikan muhasabah di semua peringkat, sama ada diperingkat individu, keluarga, masyarakat setempat dan tidak terlepas juga pemimpin-pemimpin Negara adalah, apakah punca sebenar yang menjadikan kes-kes sebegini sukar untuk dibendung setelah begitu banyak kes sebegini berlaku sebelum daripada ini?


Daripada hadis yang saya cuba kongsikan dipermulaan tulisan ini, sebenarnya sudah cukup menggambarkan kepada kita natijah yang akan kita dapat sekiranya pemimpin-pemimpin Negara kita masih berdegil tidak mahu “memperkasakan” Hukum Allah S.w.t di bumi Malaysia ini. Sepertimana kita semua tahu, Negara kita telah merdeka lebih 50tahun, dan menjadi hak kita untuk menggantikan undang-undang tinggalan British kepada Undang-Undang Islam di Negara ini. Undang-undang Jenayah Islam sepatutnya diyakini lebih menjamin kesejahteraan kepada ummat manusia kerana ianya merupakan suatu “Hukuman Pencegahan” daripada Allah s.w.t kepada makhluk yang di ciptakannya.


Dalil Hukuman terhadap perompak menurut Undang-undang Jenayah Islam :


"Sesungguhnya pembalasan terhadap orang-orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya dan membuat kerusakan di muka bumi, hanyalah mereka dibunuh atau disalib, atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan bertimbal balik, atau dibuang dari negeri (tempat kediamannya). Yang demikian itu (sebagai) suatu penghinaan untuk mereka didunia, dan di akhirat mereka beroleh siksaan yang besar"
(Al-Maidah:33)


Imam Syafie r.a pernah mengulas bahawa : "Sekiranya dalam satu kejadian rompakan itu didapati bahawa hanya ugutan dan perampasan harta yang berlaku, tidak melibatkan kecederaan kepada tubuh badan, maka si perompak perlu dipotong tangan kanan dan kaki kiri mereka (secara bersilang).Jika mangsanya dibunuh maka hukumannya qisas (Bunuh balas). Tetapi jika merompak dan membunuh, maka si pelaku perlu disalib dan dibunuh. Jarak masa paling lama antara si pelaku disalib dan dibunuh adalah 3 hari".begitu pandangan Imam Syafie.

Saya secara peribadinya bersetuju dan menyokong usaha murni YB. Senator Mejar Jeneral (B) Dato’ Jamil Khir bin Baharom (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) untuk mempertingkatkan pelaksanaan Undang-Undang Jenayah Islam di Malaysia. Tetapi saya akan lebih menyokong beliau sekiranya, bukan sahaja hukuman sebat menggantikan denda dilaksanakan oleh Mahkamah Syariah, tetapi merangkumi keseluruhan daripada apa yag terkandung didalam kitab Al-Quran seperti Hudud, Qisas dan Ta’zir. Ini kerana bertepatan dengan firman Allah s.w.t didalam surah al Baqarah ayat 208 :


“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara KESELURUHAN dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu”


Wallahu’alam….


comments (0) / Read More

Isnin, 2009 Mei 04 / Labels:

Mahasiswa Bantah Tindakan Kabinet!


T
ahniah diucapkan kepada Saudara Shazni Munir selaku Yang DiPertua Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya dan juga Saudara Mohd Faridzul selaku Presiden Kelab Makruf UIA atas tindakan berani menyerahkan memorendum tanda bantahan terhadap keputusan Kabinet Malaysia yang dilihat cuba mempengaruhi keputusan mahkamah berkait kes Pathmanaban atau nama Islam, Mohd. Ridzuan Abdullah, 40 (Kes : Tuntuan Hak Penjagaan Anak dan Status Agama).

Mereka mewakili semua Persatuan Mahasiswa Islam seluruh Kampus di Malaysia yang mana sepakat tidak bersetuju dengan tindakan Kabinet Malaysia yang baru dibentuk baru-baru ini memandangkan mereka bersidang dalam keadaan mereka "bukan ahlinya". Kes ini lebih sesuai dibicarakan di mahkamah Syariah dan keputusan dibuat tidak boleh dipengaruhi oleh mana-mana pihak mahupun kes hampir sama yang berlaku sebelum ini yang mana berpihak kepada sebelah ibu yang bukan muslim memandangkan bapa tidak mampu menanggung anak yang dituntut.


video



comments (0) / Read More

Rabu, 2009 April 29 / Labels:

Hilangnya Keberkatan........

Slide 28

Maksud Hadis :

“Abdullah bin Umar melaporkan, “Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. berjumpa kami lalu berkata, ‘Wahai sekalian muhajirin! Ada lima perkara jika saudara diuji dengannya, saya bermohon perlindungan dengan Allah agar saudara tidak bertemu dengannya:


1) Jika perkara jahat dilakukan secara terang-terangan dalam sesebuah masyarakat, pasti akan merebak di kalangan mereka penyakit taun dan penyakit-penyakit lain yang tidak pernah berlaku dalam masyarakat sebelum mereka.


2) Jika dikurangkan timbangan dan sukatan, pasti mereka hidup dalam keadaan susah selama beberapa tahun, mereka susah mendapat bantuan dan mereka dizalimi oleh pemimpin mereka.


3) Jika mereka tidak membayar zakat harta mereka, pasti disekat hujan daripada turun, jika tiada binatang ternakan, pasti tiada langsung hujan.


4) Jika mereka melanggar perjanjian mereka dengan Allah dan RasulNya, pasti Allah menjadikan mereka dikusai oleh musuh yang bukan daripada kalangan mereka dan musuh itu merampas apa yang mereka miliki.


5) Jika pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum yang ada di dalam Al-Quran dan mereka memilih-milih beberapa hukum yang diturunkan oleh Allah sahaja, pasti Allah menjadikan hidup mereka bermasalah.”


Hadis direkodkan oleh Imam Ibnu Majah.”

------------------------------------------------------------------------------

Daripada hadis diatas, dapat kita mengambil iktibar berdasarkan apa yang telah diperingatkan oleh Rasulullah s.a.w kepada kita semua. Bagaimana pada hari ini, kalau kita perhatikan, pelbagai ujian dan bala yang diturunkan oleh Allah s.w.t tidak kiralah kepada masyarakat dunia atau pun masyarakat di negara ini.

Beberapa bulan yang lepas, masyarakat dunia dikejutkan dengan satu penyakit yang tidak pernah dijumpai sebelum ini iaitu Penyakit Chikungunya (sebutan chick-en-GUN-yah). Penyakit ini disebabkan oleh sejenis virus (alphavirus) yang disebarkan melalui gigitan nyamuk dari spesies Aedes aegypti.Virus ini berkembang bijak dalam tubuh manusia dan menyerang semua peringkat umur baik kanak-kanak mahupun dewasa.

Penyakit ini tidak menyebabkan kematian. Walaubagaimanapun sehingga sekarang belum lagi ada ubat khusus untuk merawatnya. Oleh itu cara yang paling sekali untuk mengelakkannya adalah dengan mengawal pembiakan nyamuk Aedes yang menjadi pembawa penyakit ini.

Penyakit terbaru, selepas sahaja dunia dikejutkan dengan Penyakit Selsema Burung, kini wujud pula penyakit yang digelar Selsema Babi. Penyakit selesema babi (H1N1) ini semakin bertambah serius di kawasan Mexico, Amerika Syarikat (AS) dan beberapa buah negara lain. Jumlah kematian akibat selesema babi ini juga makin meningkat dari hari ke hari. Sehingga kini 103 kes kematian telah dilaporkan berlaku di Mexico berbanding 81 orang semalam. Di AS pula seramai 10 kes kematian telah dilaporkan. Di Malaysia pula, Alhamdulillah setakat ini belum ada kes dilaporkan tapi diminta berjaga-jaga memandangkan dilaporkan penyakit ini telah masuk kesempadan Thailand.


Menyentuh kepada permasalahan yang melanda ummat Islam pula, "Jika mereka melanggar perjanjian mereka dengan Allah dan RasulNya, pasti Allah menjadikan mereka dikusai oleh musuh yang bukan daripada kalangan mereka dan musuh itu merampas apa yang mereka miliki". Semua ini dapat kita perhatikan be nar-benar melanda ummat Islam. Bagaimana pada hari ini, dunia dilihat dikusai oleh Negara musuh-musuh Islam seperti AS, Britain, Israel dan sebagainya. Namun, negara ummat Islam seolah-olah merelakan mereka terus dikuasai dan ianya jelas apabila Ummat Islam masih belum mampu mempertahankan Al-Aqsa walaupun ianya adalah milik ummat Islam yang sah.



Seterusnya, perkara yang kelima daripada hadis diatas, "Jika pemimpin mereka tidak melaksanakan hukum yang ada di dalam Al-Quran dan mereka memilih-milih beberapa hukum yang diturunkan oleh Allah sahaja, pasti Allah menjadikan hidup mereka bermasalah.” Ya, di Malaysia khususnya, masih menjadi tanda tanya adakah pemimpin-pemimpin negara masih berhaja t ingin melaksanakan hukum-hukum Isla m sepenuhnya setelah berkali-kali berjanjimelaksanakannya secara berperingkat-peringkat. Tetapi sehingga hari ini, setelah lebih 50tahun negara ini merdeka, hanya sebahagian sahaja hukum Islam dilaksanakan di negara ini seperti kutipan zakat, perkahwinan, bank Islam dan sebagainya. Tetapi kem ana pergi pelaksaan undang-undang Jenayah Islam seperti Hudud, Qisas dan Ta'zir. Undang-undang ini dilihat akan mengancam kedudu kan kerajaan kerana bergantung kepada cukai pusat-pusat judi halal, kilang-kilang arak dan sebagainya. Tetapi dimanakah keberkatan jika itu lebih diutamakan?

Saat ini, jika diperhatikan, sbenarnya pelbagai masalah telah melanda negara kita yang mana menyebabkan kerisauan dan ketakutan melanda msayarakat negara ini. An tara punca-punca kerisauan tersebut adalah disebabkan meningkatnya kes-kes bunuh, rompak, rogol dan sebagainya. Suasana politik negara pula dilihat semakin hari semakin pincang, sistem demokrasi diperkosa begitu sahaja akibat kerakusan pemimpin-pemimpin yang gilakan jawatan, politik wang atau sebenarnya RASUAH menj adi perkara biasa dan bagi yang berpengaruh ianya dikecualikan daripada tindakan undang-undang.



Marilah sama-sama kita menilai kembali, sejauh mana diri kita, keluarga, masyarakat, Negara dan masyarakat dunia benar-benar mengharapkan keberkatan dan ker ahmatan daripada Allah s.w.t. ianya mustahil akan dapat dicapai selagi mana kita semua tidak kembali kepada Allah s.w.t secara keseluruhannya. sbagaiman firman Allah s.w.t :

Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.

(al-Baqarah ; 208)
Wallahu'alam.


comments (1) / Read More

Selasa, 2009 April 28 / Labels:

Samb : Pengalaman Berharga MengISLAMkan JIN...

hoi! ko nak nama apa? Jannah? Ko.... tak bleh-tak bleh, pilih nama lain... apa-apa pun, Sumayyah juga yang paling cantik...(sambil gelak-gelak..). Dipermulaannya memang bahasa dan tindakannya kasar, tapi Alhamdulillah bila kami bercerita tentang akhlaq Islam, mereka dilihat semakin baik dan lemah lembut dengan IZIN ALLAH...

Yusof kami minta dia keluar awal, supaya dia dapat ikut jin Islam yang lain beribadat kepada Allah di Masjid yang terdekat. Namun Syukri, isteri, seekor anaknya, dua lagi pasangan berkahwin, sumayyah dan kawan-kawannya keluar bersama-sama. Jin yang kami tidak perlu komunikasi tetapi mendengar komunikasi kami seperti Jannah dan kawan kawan, alhamdulillah telah di Islamkan melalui kami mengajak Sumayyah mengajarkan kepada kawan-kawannya lafaz syahadah.

Sebelum mereka keluar kami minta mereka cari lagi yang lain jika ada. Dan sebenarnya ada sedang bermain di atas kepada dibahagian saraf otak. Duak ekor iaitu Jibril dan (tak sempat tanya nama) yang menjadi asbab pesakit mengalami migrain. Belum habis berbual yang tidak ditanya nama memberi tahu ade seekor jin berada di belakang telinga kawan saya. Dan kami niatkan Allah menghantar jin tersebut kedalam jasad pesakit dengan ayat suci al-Quran al-fatihah dan ayat kursi dengan Izin Allah di masuk.

Wah! Amat garang! Hampir saja saya digigit. Ok kali ini kami bertanya nama tapi tak diberitahu. Bertanya pula Islam atau tidak? Jawabnya sudah ada agama, apa agama kamu dan siapa tuhannya? Namun dia berdegil tidak mahu memberitahu. Dia meronta mahu melepaskan diri. Menyebabkan kami terpaksa membacakan ayat kursi beramai-ramai dengan Izin Allah dia merasakan kepanasan yang membakar (sebab tidak Islam). Lalu dengan pendekatan psikologi iaitu pilihan nak terus panas atau nikmat dengan ayat Tuhan kami? Setelah dipujuk Alhamdulillah dia bersetuju untuk mengucap kalimah syahadah bebrapa kali.... Tapi! Sebelum itu dia mengatakan bahawa dia ternampak satu cahaya biru dan satu kitab, saya bertanya adakah al-Quran? Namun dia tidak tahu dan tidak sabar nak mendekatinya. Dia segera melafazkan syahadah dan beriman pada Allah sw.t (Izin Allah). Dia merasakan amat sejuk dan nyaman.....Waktu itu hanya Allah sahaja yang tahu perasan kami, betapa kami merasakan bahawa kasih sayang Allah dan hidayah Allah kepada makhluknya,.. MasyaAllah....

Akhirnya kami menamakan jin tersebut deng Nur kerana keseronokkannya dengan cahaya tersebut. Kami meminta Nur bersama yang lain iaitu syukri dan Isteri, Sumayyah supaya berjanji untuk terus beriman kepada Allah sw.t, tidak lagi menganggu manusia dan tidak lagi masuk kedalam badan pesakit. Jika tidak mereka akan mendapat murka Allah dan dimasukkan kedalam neraka. Kamu nak masuk neraka? Tak nak-tak nak...jawab Sumayyah (termasuk yang lain juga...). Mereka akhirnya keluar daripada badan pesakit dengan ditemani kumpulan jin Islam yang lain beribadah dirumah Allah. Mudah-mudahan mereka istiqomah dalam berpegang kepada ajaran Islam dan yakin dengan Allah s.w.t. Jam menunujukkan 5.30pagi...kami berangkat balik kerumah.

Ok, perkara penting yang perlu diberi perhatian daripada perkongsian saya ini adalah :

1- Jin juga adalah makhluk Allah s.w.t seperti manusia dan dia juga perlu beriman dan beribadah kepada Allah s.w.t. sebagaimana firman Allah dalam surah az Dzaariyat : 56

”tidak Aku ciptakan manusia dan jin melainkan untuk mengabdikan diri kepadaKU”

2- Jin sesekali tidak akan menggangu manusia melainkan manusia mempergunakan jin dengan memujanya (biasanya bomoh), memberi makan, dan menghantarnya kedalam badan manusia lain (niat dengki). Jauhkan daripada terjebak dengan kepercayaan karut. Saya lebih suka cadangankan ke tempat Darul Syifa'. InsyaAllah tidak berunsurkan syirik...

3- Jin juga tidak akan mengaggu kita jika bersendirian dirumah atau dimana-mana. Melainkan perasaan kita saja yang menakutkan diri sendiri disamping kurangnya keyakinan kita kepada Allah s.w.t yang sepatutnya diyakini lebih berhak menjaga kita.

4- Punca pesakit digangu oleh jin kerana masalah dengan teman lelaki yang dikatakan curang, selalu menyakiti hatinya dan menyebabkan dia selalu termenung sendiri dan mungkin lupakan Allah. Sepatutnya jangan biarkan keadaan ini berlaku. Cinta Allah lebih utama, elakkan menyendiri termenung memikirkan perkara pelik yang pelemahkan jiwa, dan sepatutnya kenalah senitisa berzikir kepada Allah.

5- Amalkan ayat-ayat pendidnging dengan IZIN ALAH, seperti ayat kursi, al ikhlas, al falaq, an nas dan sebagainya. Dan lagi baik sentiasa amalkan membaca al-Quran dan al-Mathurat.

6- Khusus kepada PEREMPUAN! Wajib bergantung kepada Allah s.w.t Tidak Kira dalam tempoh period atau tidak. Kerana golongan mereka yang paling banyak yang terlibat… (saya dah ringkaskan cerita, jin sebenarnya akan cuba berada dikemaluan perempuan waktu maghrib jika tiada pendinding ayat suci Allah…Sebenarnya dengan Izin Allah jua…)


Wallahu’alam, ambillah sebagai perkongsian yang bermanfaat. Mudah-mudahan Allah pelihara kita daripada gangguan dan khianat kejahatan makhlukNya…InysaAllah…

comments (0) / Read More

/ Labels:

Pengalaman Berharga MengISLAMkan JIN...


(kisah benar)


Pengalaman saya bersama sahabat-sahabat mengeluarkan jin daripada badan pesakit pada dua hari yang lepas, semuanya adalah dengan IZIN ALLAH S.W.T… Jin tersebut dengan Izin Allah juga berjaya kami Islamkan tetapi dengan usaha yang sangat sukar dan memakan masa yang lama. Ianya memerlukan kesabaran untuk memujuk jin tersebut mengenali Islam, seterusnya mengajarkan mereka lafaz syahadah. MasyaAllah….Tidak dapat dibayangkan, jin tersebut dengan mudahnya menerima dakwah Islam, walaupun pada mulanya berkasar dengan kami untuk tujuan melepaskan diri (baguskan kalau manusia juga begitu..)

Tujuan saya berkongsi pengalaman ini bukanlah untuk riak atau menunjuk-nunjuk, sedangkan saya sendiri tidak mempunyai kepakaran dalam rawatan Islam, cumanya pernahlah beberapa kali saya mengikuti dan melihat dengan dekat ustaz membuat rawatan pesakit di kliniknya Darus Syifa’(diasaskan oleh Dr Haron Din). Apatah lagi ingin mencabar mana-mana pengamal seperti bomoh dan sebagainya. Tetapi tujuan saya berkongsi ini kerana kerana Allah dan saya rasakan ada mesej penting yang perlu saya sampaikan.

Dengan takdir Allah s.w.t dua hari lepas, kebetulan esoknya saya tiada exam, saya bersama sahabat-sahabat satu rumah diajak untuk membantu dua orang sahabat yang pernah mempelajari ilmu rawatan Islam. Tapi difahamkan diorang belum mendapat Ijazah yang sah. Saya mencadangkan supaya dipanggil saja ustaz tapi dimaklumkan ustaz tidak dapat datang kerana tinggal terlalu jauh dan waktu itu dah larut malam. Pada mulanya kami hanya diminta untuk memegang pesakit dengan dilapik kain yang tebal beserta bantal memandangkan pesakit adalah permpuan. Tapi jangan bersangka buruk plak, kami disaksikan oleh beberapa orang ahli keluarga pesakit..

Nak diringkaskan cerita, disebabkan kami bukanlah pakar dalam bidang mengeluarkan jin ini, sedikit sukar untuk menyuruh jin tersebut keluar kerana kebanyakkan mereka belum Islam dan kalau Islam pun tidak faham dan kurang yakin pada Allah dan Islam (sama macam sesetengah manusia juga…).

Waktu itu, kawan saya yang sedang berusaha ini merasakan seolah-olah sukar dan memakan masa juga kerana dia ada memberitahu saya dia kurang pandai nak bercakap (komunikasi) sedangkan proses mengeluarkan jin ini perlu banyak bercakap untuk memahamkan dan mengawalnya. Tiba-tiba saya terfikir sejenak, ustaz pernah beritahu saya, selepas sahaja anak dia tamat pengajian syariah diUKM dia meminta anaknya untuk menyambung pelajaran diUTM dalam bidang kaunseling. Tapi untuk apa ye? Untuk pengetahuan, anak ustaz InsyaAllah akan bakal menjadi penyambung kepada usahanya membantu masyarakat melalui perubatan Islam sebegini.. Rupa-rupanya tujuannya untuk berkomunikasi dengan jin hatta dengan manusia sekalipun memerlukan kemahiran dalam ilmu kaunseling disamping psikologi. Kalau begitu alhamdulillah, ditakdirkan saya juga pernah mempelajari ilmu tersebut lebih kurang 4 semester kuliah yang lepas. Apa lagi, sekarang waktu untuk praktikal la….saya pun cuba yakin diri pada Allah s.w.t, cubala berkomunikasi dengan jin tersebut dengan sedikit kemahiran yang ada.

Untuk makluman, dalam jasad pesakit itu ada lebih kurang 50 ekor jin, yang berlainan jantina jantan dan betina, ada yang sudah Islam, belum Islam, sudah berkahwin dan lain-lain lagi (seperti juga manusia bezanya mereka dicipta daripada api dan pergerakan mereka pantas dan tidak dapat dilihat). Kami berkomunikasi melalui jasad pesakit namun suara daripada jin tersebut.

Ok, jin yang mula-mula kami bercakap adalah Syukri, sudah pernah diIslamkan sebelum ini, tetapi masih berada dalam badan pesakit kerana perasaan CINTA dan KASIHANnya kepada pesakit. Kenapa? Kerana pesakit diceritakan ada masalah dengan ahli keluarga, teman lelaki dan kawan sekerja. Sebelum ini pesakit selalu menyendiri dan sedih (mungkin waktu tu lupa zikir pada Allah) menyebabkan jin tersebut meminatinya dan ingin menjaganya. Percaya tak kalau saya katakana bahawa syukri sudah berkahwin? Ya, kami minta dipanggilkan isterinya dan kami cuba berkomunikasi dengannya. Isterinya tidak diberi nama dan kami minta supaya dipilih nama Islam yang disukai. Nama isterinya adalah Rabiatul Adawiyah. Kami ceritakan kepada Rabiatul bahawa Syukri meminati pesakit kerana Rabiatul difahamkan tidak melayan syukri dengan baik dan dikatakan gemuk disamping tidak pandai melawa. Waktu itu kami menawarkan untuk berdoa mohon kepada Allah hanya dengan bacaan Al-Fatihah dan yakin IZIN ALLAH mampu mencantikkan dia. Alhamdulillah semuanya kuasa Allah, dia ditakdirkan cantik dan kami panggil kembali Syukri untuk menilai. Kata Syukri, tu dia menyorok plak...(tandanya jual mahal, dah cantikla kan...). Akhirnya Syukri kembali sayangkan Rabiatul Adawiyah dan bersedia untuk keluar daripada badan pesakit.

Tapi sebelum itu sebenarnya kami ada meminta Syukri supaya panggilkan jin yang lain, yang turut bersama dalam badan pesakit, ditakdirkan dua lagi yang kami sempat berbual iaitu Yusof dan Sumayyah (Alhamdulillah nama setelah di Islamkan). Tetapi mereka semua mempunyai kawan dan pengikut. Bermula dengan Yusof, loghatnya bunyi seperti Indonesia, Yusof membertiahu kami, dia tidak pernah dikenalkan dengan Islam, dan waktu itu saya dan sahabat-sahabat menceritakan dia tentang Islam. Sebenarnya Yusof menumpang pada badan pesakit sewaktu pesakit sedang bersendirian di atas jejantas akibat masalah dengan teman lelaki dan difahamkan dia hampir membunuh diri. Diringkaskan, akhirnya Yusof Alhamdulillah Izin Allah Islam dengan kami mohon Allah supaya cantikkan dia sehebat Nabi Yusof, waktu itu dia memang sangat seronok. Kami pun menumpang seronok dan dia berjanji dan bersedia untuk keluar.

Sumayyah pula datang dengan dihantar oleh kawan sekerja pesakit sendiri (cemburu dan risau tunangnya dirampas). Kawan pesakit tersbut meminta seorang bomoh sesuatu (tidak pasti apa) untuk dimasukkan ke dalam air pesakit sewaktu ditempat kerja. Difahamkan kawan pekerja tersebut bejanji dengan bomoh yang dia jumpa untuk niatkan supaya sentiasa sihat (tetap salah sebab tidak bermohon kepada Allah s.w.t) tetapi dia meniatkan supaya ditutup rezeki (tak pasti kerana semuanya kuasa Allah) dengan dihantar 7 ekor jin betina. Antaranya adalah Sumayyah, Aisyah, Jannah, Sakinah dan lain-lain. Kami beri mereke peluang untuk memilih sendiri nama Islam mereka dan yang paling seronok adalah Sumayyah kerana dengan Ilham daripada Allah kami ceritakan kelebihan Sumayyah (kisah sebenar) yang mana sanggup berkorban untuk Islam dan dijanjikan syurga untuknya. Sumayyah dan kawan-kawanya juga yakin dan juga impikan syurga. Tapi komunikasi mereka tak ubah macam manusia. Antaranya ...hoi! ko nak nama apa? Jannah? Ko.... tak bleh-tak bleh, pilih nama lain... apa-apa pun, Sumayyah juga yang paling cantik...(sambil ketawa kecil..)...

insyaAllah bersambung....

comments (0) / Read More

Ahad, 2009 April 19 / Labels:

Salam Peperiksaan dan Salam Kemaafan

Bagi kampus UTHM, peperiksaan akhir semester pada kali ini akan bermula pada 20 April sehingga 8 Mei 2009. Kesempatan ini saya mengucapkan selamat berjuang kepada sahabat-sahabiyah / mahasiswa-mahasiswi UTHM khususnya dan seluruh kampus IPT di Malaysia umumnya.

Menjadi tradisi, apabila hampir menjelangnya peperiksaan masing-masing akan mendoakan kejayaan sahabat-sahabat yang lain sama ada melafazkanya, menyampaikannya dalam bentuk tulisan sama ada melalui mesej, email, blog dan sebagainya.

Namun, tradisi sebegini tidaklah menjadi sesuatu yang negatif dan pertikaian yang harus diperdebatkan malah pada pandangan saya patut di teruskan dan diperbanyakkan. Dengan pendekatan sebegini sekurang-kurangnya insyaAllah akan menjadi doa kepada kejayaan diri kita dan juga sahabat-sahabat yang lain.


Lebih baik daripada itu, doa dan peringatan kita kepada sahabat-sahabiyah tentang kesedaran betapa kejayaan sebenar yang perlu kita kejar adalah kecemerlangan dunia dan akhirat, bukannya kejayaan dunia semata-mata. Disamping itu juga dalam kesibukkan kita membuat persediaan terhadap "peperiksaan dunia" ini, sepatutnya kita juga perlu sentiasa memikirkan ataupun bermuhasabah diri kita, bagaimanakah persediaan kita terhadap peperiksaan akhirat di mahkamah Allah s.w.t kelak? kita sanggup meluangkan banyak masa untuk peperiksaan dunia, tapi berapa banyak masa yang kita luangkan untuk lulus peperiksaan akhirat. Kita sanggup bersengkang mata untuk mengulangkaji pada waktu malam tapi kita lemah untuk bersengkang mata demi untuk menarik Rahmat Allah s.w.t untuk lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan di akhirat kelak.

sekadar gambar hiasan

Di kesempatan ini saya menyeru kepada diri saya dan juga sahabat-sahabat supaya kita sentiasa beriltizam dengan "Usaha, Doa, Tawakal" yang selalu kita ungkap, mudah-mudahan kita semua dikurniakan kecemerlangan yang terdapat dialamnya keberkatan. Namun jika ditakdirkan kita tidak dikurniakan kecemerlangan yang diharapkan, sekurang-kurangnya masih wujud dalam diri kita perasaan berasangka baik kepada Allah s.w.t dengan memperbanyakkan bermuhasabah diri, adakah usaha yang dilakukan bertepatan dengan target yang diletakkan. Dan mungkin juga ianya sebgai ujian daripada Allah s.w.t bagi menilai diri kita sejauh mana kita bertawakal kepadaNya. Sama-sama kita perbaiki tahap usaha, doa dan tawakal kita kepada Allah s.w.t yang memiliki kunci dan menjadi hakim kepada kejayaan kepada kita semua, mudah-mudahan dengan Kasih sayangNya kita terpilih menjdai Insan Cemerlang dunia dan akhirat..

Sebagai akhirnya, tidak dilupakan kepada sahabat-sahabat, abang-abang dan kakak-kakak senior yang bagi dirinya, ini merupakan peperiksaan semester kali yang terakhir di kampus UTHM ini , sama ada yang saya kenali ataupun mengenali diri saya, saya mohon kemaafan jika pernah menyakiti, terkhilaf pandangan, melampau batas dalam tindakan dan sebagainya. InsyaAllah saya sentiasa mendoakan kejayaan antum semua, disamping mengharapkan antum dipermudahkan untuk mendapat pekerjaan diluar sana dan yang paling penting... Majlis walimah (baitul muslim) jangan lupa jemput, insyaAllah saya cuba untuk hadirkan diri... :-). sekian. wallahua'alam

- Semoga Cemerlang Dunia Akhirat -

Seimbangkan
Persediaan "Peperiksaan Dunia" & Persediaan "Peperiksaan Akhirat"

comments (0) / Read More

Selasa, 2009 April 07 / Labels:

7 tahun menunggu suami bebas ISA, tetapi hampa


BUKIT GANTANG, 5 April: “Isteri mana yang tidak sedih bila suami tidak dibebaskan…” itulah kata-kata pertama Puan Norlaila Othman ketika diminta menyatakan perasaannya selepas suaminya tidak tersenarai dalam senarai 13 tahanan ISA yang dibebaskan, baru- baru ini.

(Gambar atas: Saat-saat manis Norlaila bersama suaminya Mat Sah. Namun selepas tujuh tahun dipisahkan mereka tetap menunggu.)

Namun begitu, Norlaila, isteri tahanan ISA selama lebih tujuh tahun, Mat Sah Satray yang sehingga kini gagal dibuktikan kesalahannya, beliau tetap bersabar dan berdoa agar terus tabah menjalani kehidupan ini.

Norlaila berkata demikian dalam satu temubual ringkas dengannya setelah mendapati tiada nama suaminya di dalam kalangan 13 tahanan ISA yang dibebaskan oleh Najib pada 3 April lalu.

Beliau menambah, oleh kerana sudah biasa di mana nama suami tiada dalam senarai mereka yang dibebaskan, beliau dan anak lelaki tunggalnya, Suhaib, 15, tetap dapat menghadapi situasi berkaitan.

Bila ditanya adakah beliau menangis, jawabnya, mestilah tapi sikit sahaja kerana orang tidak sahlah jika orang perempuan tidak menangis untuk meredakan perasaannya.

Tentang anaknya, Suhaib, Norlaila berkata, kelihatan anaknya itu seperti bapanya juga, bersikap tenang sepertimana bapanya juga namun ada juga masa-masanya dia tidak tahan seperti terpaksa menghempaskan beg bila mendapat tahu bapanya tidak juga dibebaskan.

Sebenarnya, ujar beliau, terdapat tiga orang lagi yang ditahan selama tujuh tahun seperti Dr Abdullah Daud dari Johor, Shamsuddin Sulaiman (Kuala Lumpur) dan seorang dari Sabah, Ustaz Zainun Rashid yang isterinya, Hapipah Manji sedang menderita sakit jantung sejak empat tahun lalu.

Bercakap lebih lanjut tentang perasaannya, beliau amat berkata, jika diikutkan memang telah habis air mata menangisi cabaran yang mendatangi keluarga mereka selama ini.

“Peringkat awal dulu, memang saya sering ikutkan perasaan, namun bila difikirkan semula rasanya tidak perlu terus-terusan berbuat demikian, apa yang lebih penting adalah berusaha membebaskan suami dan kawan-kawannya dengan melibatkan diri dengan Gerakan Mansuhkan ISA (GMI).

“Kini telah banyak usaha yang GMI lakukan ke arah membebas dan memansuhkan ISA,” katanya dalam satu pertemuan sebelum ini. IBH

comments (0) / Read More

Ahad, 2009 April 05 / Labels:

VIRUS PEMIKIRAN "YES MAN" MEMBAHAYAKAN MAHASISWA



Buku karangan Syeikh Yusof a-Qaradhowi, Aulawiyyat al-Harokah al-Islamiyyah Fi al-Marhalah al-Qadimah menarik perhaitan penulis. Betapa beliau menjelaskan kepentingan ijtihad-ijtihad baru berkaitan strategi atau taktikal dalam organisasi dan dakwah. Pembaharuan sedimikian sangat penting dalam menghadapi cabaran semasa.

Jika kita lihat, Allah s.w.t. berikan kelebihan kepada nabi Nuh dalam pembinaan bahtera agung kerana sesuainya suasana ketika itu di mana masyarakatnya mahir dalam pertukangan. Nabi Musa pula dianugerahkan tongkat sebagai mukjizat bersesuaian dengan masyarakat zamannya yang terjebak dengan ilmu kesihiran. Nabi Isa pula dianugerahkan mukjizat dapat menyembuhkan penyakit sopak, buta dan menghidupkan orang mati bersesuaian dengan keadaan masyarakatnya yang mahir dalam bidang perubatan. Manakala Nabi kita Muhammad s.a.w. diberikan mukjizat agung iaitu al-Quran mengatasi syair-syair hebat zaman Jahiliyyah.


Kembali kepada situasi mahasiswa hari ini. Pemikiran "yes man" yang membelenggu mahasiswa akibat kemalasan berfikir dan tidak berani mengemukakan pandangan akan menyebabkan pemikiran mahasiswa tidak dapat mendepani zaman. Paling menyedihkan apabila dalam sesuatu mesyuarat yang diadakan, tidak ada respon yang keluar di kalangan ahli mesyuarat. Hanya diam seribu bahasa. Nampak seolah-olah bersetuju, namun ada pula mesyuarat di luar bilik mesyuarat. "Ana rasa macam tak setuju la pandangan tadi........, apasal pelik sangat cadangan tadi?......kenapa pengerusi mesyuarat tidak menyusun begini........" dan lain-lain lagi.


Mahasiswa sebegini hanya berperanan sebagai "pengangguk" (maaf, mungkin agak kasar bunyinya) apabila mendengar sesuatu pandangan, arahan dan berita. Maka, pemikiran mereka tidak terasah dan bersifat statik berbanding zaman yang semakin melaju. Virus ini akan meninggalkan kesan mendalam pada masa akan datang dalam pembentukan "future leader" yang diimpikan.

Pertemuan bersama al-akh Rijalul Imam dan Mohan dari KAMMI (Kesatuan Aksi Mahasiswa Muslim Indonesia) memberikan gambaran kepada penulis betapa mahasiswa Indonesia rajin berfikir dan sentiasa bersedia memimpin masyarakat. Susilo Bambang akan turun bertemu mahasiswa apabila ada luahan ketidakpuasan hati dari mahasiswa di sana. Beliau tidak menghalang mereka mengkritik kerana beliau tahu pemikiran sebegini menunjukkan mahasiswa di sana berfikir, ada sensitiviti dan ada idealisme yang hendeak diperjuangkan. Walaupun mungkin ada pandangan yang salah, namun beliau yakin pemikiran dan tindakan mahasiswa berguna untuk masa akan datang.

Maka program dan aktiviti yang bersifat brainstorming perlu diperkasakan dan diperbanyakkan. Biarkan pandangan yang diberikan mungkin salah pada awalnya, namun ianya lebih baik dari mereka yang berdiam diri dan bersikap "yes man". Justeru, penulis sentiasa menyeru diri penulis dan pembaca sekalian agar tarbiyyah fikriyyah tidak dikesampingkan. Mahasiswa perlu mempersiapkan diri dengan :


Analytical thinking (mahasiswa perlu rajin menganalisa)
Critical thinking (kritikan mampu membina pemikiran)
Creative thinking (perlu membawa ideal-ideal baru yang bernas)
Constructive thinking (pemikiran dan pandangan juga perlu bersifat membina)

"Bergerak Seiringan, Memimpin Perubahan"

Oleh : Mohd Idris Bin Mohd Yussoff, http://gamisdaily.com/v4/

comments (0) / Read More

Jumaat, 2009 April 03 / Labels:

Ciri-ciri Kepimpinan Islam



"Setiap kamu adalah gembala (pemimpin), dan setiap kamu bertanggungjawab terhadap rakyatnya" Hadis riwayat al-Bukhari

berdasarkan hadis diatas, sebenarnya memberi gambaran kepada kita, Rasulullah s.a.w mengingatkan kepada kita bahawasanya setiap daripada kita adalah pemimpin, dan pasti akan dipertanggungjawab dan dipersoalkan oleh Alah s.w.t diakhirat kelak tentang apa yang telah kita pimpin. Tidak kira sama apa yang kita pimpin adalah sekecil-kecil perkara sehinggalah sebesar-besar perkara atau peringkat.

Untuk menjadi pemimpin Islam yang cemerlang dan diredhoi Allah s.w.t, kita mestilah menerapkan diri kita dengan akhlaq-akhlaq berikut :

1 - Ikhlas kerana Allah s.w.t - hendaklah sentiasa bersihkan diri daripada sifat riya', 'ujub, cintakan pangkat dan mengharapkan sanjungan.

2 -Fikiran cergas, bijaksana, memperluas pengalaman dan pengetahuan, cepat memahami masalah, tidak pelupa, tidak buntu fikiran waktu marah dan gawat.

3 - Tenang, tidak pemarah, bertimbang rasa dan pengasih.

4 - Lemah lembut.

"Bahawasanya Allah itu lemah-lembut, sukakan kepada lemah-lembut, dan memberi melalui lemah lembut apa yang tidak memberi melalui kekerasan dan melalui apa jua selain daripadanya"

5- Berani, tidak penakut, tidak gopoh dan bermaruah. Sebaik-baik berani ialah yang berterus terang pada hak dan menyembunyikan rahsia, mengakui kesalahan dan insaf pada diri sendiri.


6- Bercakap benar dalam semua keadaan.

"cukuplah seorang itu berbohnong apabila ia bercerita dengan semua yang dia dengar"

7 - Tawadu' dan merendah diri terhadap orang-orang mu'min.

"Dan rendahkanlah diri kamu kepada pengikut-pengikut kamu dan kepada orang yang-orang mukmin" (As-Syura : 215)

"....merendah diri kepada orang beriman dan memuliakan diri terhadap orang-orang kafir..."
(al-Maidah : 54)

8 - bersifat pemaaf, menyembunyikan kemarahan dan berbuat baik kepada pesalah.

".....dan orang-orang yang menyembunyikan kemarahannya dan memafkan kesalahan-kesalahan manusia dan Allah sukakan kepada orang yang bersifat ihsan dan memberi maaf"
(ali-Imran : 134)

9 - Tunai janji. sifat terpuji yang menjadi ukuran kepada kejujurannya, yang membuahkan keceriaan orang ramai dan pengikut disamping mnimbulkan kerjasama dan puas hati. Sebaliknya jika tidak menepati janji akan menimbulkan syak wasangka dan kecuaian dan kehampaan pengikut.

10 - Sabar yang tinggi

"Wahai orang-orang yang beriman, bersabarlah dan pertahankanlah dengan kesabaran dan tetaplah dipengkalan dan bertaqwalah kepada Allah mudah-mudahan kamu berjaya" (Ali-Imran :200)

"Wahai orang-orang beriman minta pertolongan dengan sabar dan mengerjakan solat, bahawasanya Alah bersama orang yang sabar"
(al-Baqarah : 153)

11- Bersih daripada menjaga kepentingan diri dan bersifat murah hati

12 - wara' dan Zuhud

13 - Bersiafat adil dan Insaf

14- Menjaga agama dan batas-batasnya

15- Memelihara perpaduan

16 - Tegas dan sentiasa bertawakal kepada Allah s.w.t

17 - Bersederhana dan berpatutan dalam urusan mahupun membuat keputusan

18 - Tetap diatas kebenaran

19 - Jauh daripada bangga dengan kejayaan dan tidak memuji diri

20 - Sentiasa berwaspada. mampu menyelamatkan sesorang daripada perasaan kurang yakin dan terlalu yakin.

....dan banyak lagi akhlaq-akhlaq lain (tidak disebut disini) yang patut ada pada diri sesorang yang bergelar pemimpin. seperti sntiasa bermanis muka, menjauhi perbuatan bidaah dan syubhah, menjaga perbuatan atau amalan sunnat dan sebagainya.

Ianya bagi memastikan sesiapa sahaja yang kita pimpin termasuklah diri kita sendiri mendapat Rahmat dan Keberkatan daripada Allah s.w.t. Kerana boleh jadi, kesan daripada akhlaq-akhlaq ini kita abaikan, menyebabkan kebencanaan dan keroasakan berlaku pada diri kita dan pada pengikut-pengikut kita, kerana ianya mungkin adalah kafarah daripada Allah s.w.t atas kesalahan atau dosa-dosa yang telah kita lakukan kita. wallahualam.

Rujukan :'Amal Jama'i (pengertian dan tuntutannya) Ust Hj Yahya Othman

comments (0) / Read More

Khamis, 2009 April 02 / Labels:

SAYA MESTI HIDUP UNTUK ISLAM

Berkongsi apa yang terkandung di dalam kitab "Apa Ertinya Saya Menganut Islam" karangan Dr Fathi Yakan (tokoh gerakan Islam), beliau ada menghuraikan, bahawasanya kita mesti hidup untuk Islam, baik dari segi keyakinan, ibadah mahupun akhlaq. Ini kerana, bilamana sahaja kita mengakui diri kita sebagai seorang Muslim, ertinya diri kita, rumah tangga dan keluarga kita mesti menghayati Islam.


Pengakuan itu sebenarnya memestikan (wajib) untuk kita jadikan Islam sebagai dasar sesuatu perjuangan. Seluruh jiwa raga dan kemampuan kita harus diarahkan untuk memperkuatkan agama dan memperluaskann pengaruhnya. Dalam kitab tersebut juga ada menyatakan bahawasanya terdapat tiga(3) kategori manusia :


1- Golongan Yang Hidup Untuk Dunia Sahaja.

- utamakan kebendaan (materialis)

- tidak meyakini bahawasanya dunia ini diciptakan oleh mana-mana Tuhan atau Insan (golongan Athies)

- tidak meyakini kehidupan selepas mati (komunis, sekularis, existensialis dan lain-lain)


”Dan tentu mereka akan menyatakan (pula) : “Hidup hanyalah kehidupan di dunia sahaja, dan kita sekali-kali tidak akan dibangkitkan”

(Al-An’am : 29)


2- Golongan Yang Sesat Antara Dunia dan Akhirat

- Aqidah mereka simpang perenang, amalan dan usaha adalah sia-sia, tidak mendapat

berkat dan restu daripada Allah s.w.t

- Menganut fahaman kebendaan walaupun zahirnya melakukan sebahagian daripada

upacara-upacara kerohanian

- Tujuan hidupnya adalah untuk MENIKMATI perhiasan dan BERSENANG-SENANG

dengan kemewahan


”Dijadikan indah pada pandangan manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternakan dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup dunia dan disisi Allah tempat kembali yang baik”

(Ali :Imran : 14)


- hidupnya untuk MENGADAKAN angkara fitnah, MENYUBURKAN kejahatan dan

kerosakan


Dan di antara manusia ada orang yang ucapannya tentang kehidupan dunia menarik hatimu, dan dipersaksikannya kepada Allah (atas kebenaran) isi hatinya, padahal ia adalah penantang yang paling keras. Dan apabila ia berpaling (dari kamu), ia berjalan di bumi untuk mengadakan kerusakan padanya, dan merusak tanam-tanaman dan binatang ternak, dan Allah tidak menyukai kebinasaan


(Al-Baqarah : 204-205)


3- Golongan Yang Menganggap Hidup Ini Adalah Ladang Tanaman Untuk Hidup di Akhirat

- IMAN yang sebenar-benarnya.

- MENGINSAFI nilai hidup ini dibandingkan dengan akhirat


”Dan tiadalah kehidupan dunia ini selain-dari main-main dan senda gurau dan sesubngguhnya kampung Akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Apakah kamu tidak berfikir”

(Al-An’am : 3)


- Mengetahui TUJUAN dan MATLAMAT mereka diciptakan Allah s.w.t


”Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia kecuali supaya mereka mengabdikan diri kepadaku”

(al-Zariat : 56)


- Seluruh ILMU-Pengetahuan, PERNIAGAAN, HARTA-Kekayaan, RUMAHTANGGA,

MASA serta PEMIKIRAN mereka dicurahkan untuk tujuan MENTAATI Allah s.w.t.


Sama-sama kita renung dan muhasabah diri kita, dimanakah letaknya kita. Adakah kita tergolong dalam golongan manusia yang pertama, kedua atau ketiga? Hanya diri kita dan Allah sahaja yang dapat menilainya... Tepuk dada tanyalah IMAN... wallahu’alam.

comments (0) / Read More

Jumaat, 2009 Mac 27 / Labels:

Tahniah dan Takziah


Perkataan ini selalunya akan kedengaran sewaktu seseorang itu ditaklifkan sebagai pimpinan atau jawatankuasa sesuatu organisasi. Sewaktu ana mula-mula ditaklifkan sebagai pimpinan, perkataan inilah yang mula-mula keluar dari mulut sahabat-sahabat seperjuangan. Pada mulanya ana merasakan sesuatu yang pelik kenapa mesti tahniah dan takziah? Selepas berfikir sejenak, barulah ana dapat membuat satu andaian bahawasanya maksud sahabat-sahabat tahniah adalah kerana diberi kepercayaan memimpin dan takziah pula kerana secara tidak langsung apabila menjadi pimpinan maka akan terpikullah suatu amanah yang berat dan pasti akan dipersoalkan oleh Allah s.w.t di akhirat kelak.


Pada kali ini ana tidak berniat untuk berkongsi pengalaman menjadi pimpinan (mungkin post akan datang), tetapi ingin berkongsi peristiwa yang berlaku sepanjang hari ini (Jumaat-27/3/09). Pada hari ini, perkataan tahniah dan takziah ini menjadi ulangan buah mulut sahabat-sahabat seperjuangan. Tetapi tahniah dan takziah pada kali ini sedikit berbeza kerana waktu ucapannya adalah berbeza.


Ucapan tahniah mula berkumandang pada hari ini, iaitu waktu pagi selepas sahaja kelab Iqra’ diumumkan sebagai pemenang tempat kedua bagi pertandingan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Universiti yang berlangsung pada hari ini. Kesungguhan sahabat-sahabiyah turun pada pagi tadi dihargai dengan ucapan tahniah oleh pensyarah dan sahabat-sahabat daripada kelab-kelab lain.


Namun, ditakdirkan Allah suasananya tidak kekal lama. Selepas majlis tersbut, ana berkesempatan untuk pulang kerumah sebelum menunggu waktu untuk solat jumaat. Dalam tempoh masa lebih kurang 1 jam menunggu waktu untuk ke masjid, sempat ana merehatkan diri selepas penat berjalan sewaktu perarakan sambil mengadap komputer membaca artikel daripada blog sahabat-sahabat. Tidak lama selepas itu ana dikejutkan dengan satu berita bahawa sahabat ana ditimpa kemalangan. Waktu itu, dalam keadaan ragu-ragu kesahihan berita tentang sahabat yang kemalangan iaitu akhi Fadhli Dzulhilmi, ana dengan sahabat yang berada di BQ terus bergegas ke tempat kejadian (diberitahu kemalangan dihadapan stesen minyak petronas Parit Raja), namun belum sampai ke tempat kejadian kebetulan ana melalui balai Polis Parit raja ternampak kereta sahabat ana, iaitu produa kembara yang selalu dia pandu.


Sekadar gambar hiasan (gambar sebenar tak dapat lagi..)


Ana terus behentikan motor untuk melihat lebih dekat. Namun ana sedikit terlewat kerana waktu itu kelihatan ambulans baru saja membawa sahabat ana untuk ke hospital Batu Pahat. Yang sempat ana tengok adalah keretanya sahaja yang kelihatan remuk sebelah kanan disamping cerminnya retak dan bersama dua buah lagi kereta honda dan Toyota Atos yang remuk bahagian belakang.


Kebetulan sewaktu ana sampai, kelihatan sahabat-sahabat lain sedang mengeluarkan barang-barang Fadhli (Pali) daripada dalam keretanya untuk mengelakkan kecurian sewaktu berada dibengkel untuk di baik pulih. Waktu itu tiba-tiba kedengaran azan dari masjid terdekat iaitu masjid Parit Raja, ana dan sahabat-sahabat terpaksa bergerak ke masjid kampus untuk solat Jumaat terlebih dahulu memandangkan jika kami terus ke hospital, mungkin tidak dibenarkan untuk melawat kerana belum tiba masanya.


Pada petangnya, selepas solat asar temujanji ana dengan sahabat iaitu fikri dan helmi s2, untuk bergerak ke hospital Batu Pahat dan kami tiba lebih kurang jam 5.40 petang. Turut bersama dengan kami iaitu Firdaus TDI dan Fadhullah menaiki kereta Fikri yang uzur tapi ”sangat berjasa bila ada program” (Fikri jangan maroh ye..hehe). Tiba di hospital kami mendapat tahu Pali berada di Wad 8 katil no 24 (siapa yang belum melawat boleh la berbuat demikian ye...).


Tiba saja ana bersua muka dengan Pali, Alhamdulillah kelihatan kecederaan luaran tidaklah seteruk yang dijangka, tetapi mungkin kecederaan dalam berbeza memandangkan ana dimaklumkan pada malam ini dia akan di scan untuk memastikan tiada darah beku dibahagian muka. Dia kelihatan masih mampu berbual namun dalam keadaan terbatas. Kalau sebelum ini, Pali terkenal dengan gelak dan lawak spontan, tapi kali ini dia terpaksa cuti la kot... ”jangan buat lawak, ana takleh gelak, sakit....”. takpela, bak kata Fikri, bagus juga, inilah masanya tarbiyyah untuk kurangkan gelak, pesan dia pada semua sebenarnya.


Kami terpaksa bertolak ke kampus lebih kurang jam 7 petang memandangkan firdaus terpaksa ke kuliah jam 8.30malam dan abang Pali akan sampai dari Melaka tidak lama lagi. Semoga Allah pelihara sahabat ana ini (Fadhli Dzulhilmi), dan mudah-mudahan Allah juga meringankan bebannya memandangkan dia sekarang masih belum lagi selesai PSM II pada semester ini.


Sebenarnya sahabat ana ini telah banyak diuji oleh Allah, kebelakangan ini Allah telah menarik beberapa orang yang dia sayang, dan banyak lagi cabarab lain yang diterima, namun boleh dikatakan dia antara sahabat yang paling kuat dan tinggi komitmen dalam perjuangan ini, semoga Rahmat dan Redho Allah sentiasa bersamamu wahai sahabatku... Amiin...


comments (0) / Read More

Khamis, 2009 Mac 26 / Labels:

Nasihat dan Pesanan Umar Al Khathab

"Hitunglah dirimu sendiri sebelum kamu dihitung oleh Allah. Timbanglah diri kamu sebelum kamu ditimbang kerana sesungguhnya perhitungan dirimu akan lebih ringan pada hari esok apabila kamu sudah menghitung dirimu pada hari ini. hendaklah kamu berhias diri untuk menghadapi festival yang paling besar" :

Pada hari itu kamu akan dihadapkan (kepada Tuhanmu), tiada sesuatu pun dari keadaanmu yang tersembunyi (bagi Allah). al-Haqqah :18

Umar berwasiat kepada Ahnaf bin Qais : "Wahai Ahnaf, sesiapa banyak ketawa, maka wibawanya akan berkurang. Sesiapa banyak bercanda, dia akan diremehkan orang. Sesiapa yang lebih banyak padanya sesuatu, dia akan dikenal dengan sesuatu itu. Sesiapa yang banyak bicara, kesalahannya akan semakin banyak. Sesiapa yang banyak salah, rasa malunya akan semakin kurang. Sesiapa yang kurang rasa malunya, berkuranglah kesedarannya. sesiapa yang berkurang kesedarannya, matilah hatinya."

Umar berwasiat kepada seorang lelaki : " Janganlah kamu bernicara kecuali tentang hal-hal bermanfaat bagimu. Berhati-hatilah terhadap temanmu kecuali yang jujur daripada mereka. Orang yang jujur tidak akan ada kecuali dari orang-orang yang takut kepada Allah s.w.t.


"Janganlah kamu berjalan dengan orang yang suika berbuat maksiat, kerana dia akan mengajarkan kepadamu kemaksiatannya. Jangan pula kamu beritahu rahsiamu kepadanya dan janganlah engkau berbincangkan masalah-masalah kamu hadapi kecuali dengan orang yang takut(Taqwa) kepada Allah s.w.t."

comments (0) / Read More

Isnin, 2009 Mac 23 / Labels:

Tangisan Bumi Anbia'

Alhamdulillah, melalui tugasan (2nd presentation) bagi subjek Pengajian Islam, berjaya juga akhirnya kumpulan saya menghasilkan 1 risalah/pamplate untuk tujuan diedarkan kepada warga kampus dan masyarakat setempat. Output daripada tugasan kami ini bertujuan untuk memberi maklumat dan kesedaran kepada ummat Islam supaya sentiasa berwaspada dengan musuh-musuh Islam khusunya Zionis yang sentiasa ingin menjatuhkan dan melemahkan Islam. Inilah hasil daripada kumpulan saya....




comments (0) / Read More

Ahad, 2009 Mac 22 / Labels:

TAHUKAH ANDA?


Saya tertarik dengan satu post yang telah dihantar oleh Ukhti Salwa (sahabat Iqra') kepada Yahoo Group Kelab Iqra' bertarikh 21 mac 09 (sabtu). Saya bersetuju dengan kebanyakkan pandangan beliau, dan bagi saya ianya amat berguna kepada sahabat-sahabat yang masih baru dan ingin memperkemaskan lagi pengalaman dalam menggerakkan aktiviti atau program-program. Sama-sama kita kongsi apa yang telah diutarakan oleh beliau....


Tahukah anda?

Prorgram tidak susah untuk dilaksanakan jika JAWATANKUASA program memerah sedikit AKAL FIKIRAN untuk memastikan KELANCARAN dan PROFESIONALISMA program.


Tahukah anda?
Program yang dilaksanakan hanya memerlukan lebih PENELITIAN dan PERANCANGAN berbanding kerja TEKNIKAL yang perlu dilakukan.


Tahukah anda?
Kerja-kerja TEKNIKAL seperti PENYEDIAAN RUANG, P.A. SYSTEM, LCD PROJEKTOR dan kemudahan KERUSI, MEJA adalah kerja juruteknik yang bertugas. Anda boleh 'DEAL' dengan mereka untuk memastikan kerja anda lebih mudah semasa program berlangsung.

AJK penting untuk sediakan MAKANAN, PROTOKOL(MC, Moderator) , LAPTOP, ALAS MEJA, CENDERAMATA, SIJIL, FILE PROGRAM, PENDAFTARAN (senarai nama, resit yuran). Semua kerja di atas mudah dilakukan jika dirancang dengan baik.

Lebih baik jika SENIOR dapat MEMBANTU dengan memberitahu kepada AJK di mana sesuatu peralatan boleh didapati
(adik-adik tak perlu terkial-kial ulang-alik, berpeluh-peluh hanya untuk menempah ruang; contoh je..)


Tahukah anda?
Setiap hari SELASA sahaja STOR BENDAHARI dibuka untuk membolehkan alat tulis, bahan untuk program diambil.


Tahukah anda?
Hanya orang yang TERLATIH dan TELAH DILATIH sahaja mampu melakukan kerja-kerja MULTIMEDIA dengan berkesan. Sila usahakan untuk ada lebih ramai ahli sebegini melalui 'PROGRAM KHAS' yang dirancang. Cth; Bengkel Adobe Photoshop (hasilkan poster yang menarik), FLASH, MOVIE MAKER (hasilkan montaj yang hebat).


Tahukah anda?
CD/DVD rakaman program boleh DIJUAL pada harga yang berpatutan untuk MENJANA kewangan. TEMPAHAN dan BAYARAN boleh dibuka ketika berhenti rehat untuk MINUM PAGI atau edaran semasa program berjalan. Duit boleh juga dikutip melalui kaunter pembayaran di luar tempat program (mc jangan lupa untuk umumkan pembukaan kaunter).


Tahukah anda?
Program yang dirancang sebenarnya adalah salah satu cara untuk TURUN kepada 'grass root' jika kita pandai guna kesempatan! Tidak timbul isu kebanyakan yang hadir adalah ahli persatuan atau MUKA YANG SAMA. Fikir positif.

comments (0) / Read More

Isnin, 2009 Mac 09 / Labels:

Ya Rasulullah, Kau Istimewa..........


Salam Maulidur Rasul S.A.w.....


Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya

  • Mari kita bercerita tentang Nabi kita. Iaitu Rasulullah SAW, penyelamat manusia dunia Akhirat.
  • Walaupun sebelum ini kita telah menceritakan banyak kali tentangnya.
  • Mungkin kita ceritakan di sudut -sudut lain yang belum diceritakan lagi.
  • Kalau pun diceritakan lagi banyak kali tidak mengapa.
  • Supaya yang lupa diingat kembali.
  • Bertambah ingat lagi.
  • Nabi Muhammad SAW orang luar biasa yang tidak ada taranya.
  • Sebelum dan sesudahnya di kalangan manusia.
  • Sekalipun di kalangan para rasul dan para nabi yang telah diberita.

Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya

  • Orang paling cerdik dan paling bersih rohnya.
  • Di kalangan manusia sebelum dan sesudahnya.
  • Maka dia diberi julukan oleh Tuhan ‘fathonah’.
  • Bahkan yang paling ‘fathonah’ di kalangan rasulNya.
  • Ilmunya bukan didapati dari akalnya.
  • Walaupun dia orang yang paling tajam akalnya.
  • Dia mendapat ilmu dijatuhkan Tuhan di dalam hatinya.
  • Wahyu namanya, dia belajar langsung dari Tuhannya.
  • Kerana inilah dia tidak perlu menulis.
  • Dan membaca seperti manusia biasa.
  • Kerana itulah ilmunya tidak dilupa sepanjang masa.
  • Kalau dari akal mungkin dilupakannya.
  • Ilmunya menceritakan dunia dan akhirat

Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya

  • Tawakalnya luar biasa.
  • Sebab itulah di malamnya makanan tidak disimpan untuk esok harinya.
  • Dan diberikan kepada manusia yang memerlukannya.
  • Kerana dia yakin, kalau esoknya dia hidup, Tuhan merezekikannya.
  • Dia tidak membunuh orang.
  • Walaupun di setengah-setengah waktu dia harus membunuhnya.
  • Tapi dia tidak membunuhnya. .
  • Dia mengambil jalan yang utama, iaitu memaafkannya.
  • Kerana itu orang itu Islam di tangannya.
  • Beraninya luar biasa tiada tandingannya.
  • Dia sanggup lalu di hadapan musuhnya seorang diri.
  • Musuhnya tidak mengapa-apakannya bahkan terpinga-pinga.

Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya

  • Kasih sayangnya sangat ketara.
  • Terutama kepada fakir miskin, anak-anak yatim dan janda-janda.
  • Orang yang bersalah dimaafkannya.
  • Sekalipun orang itu tidak memintanya.
  • Pernah hamba sahaya hendak dihukum oleh tuannya.
  • Dia membuka bajunya untuk disebat.
  • Pengganti hamba sahaya, tuan hamba sahaya itu malu dibuatnya.
  • Lalu dimerdekakannya.
  • Pernah Rasulullah SAW membeli hamba sahaya kemudian dimerdekakannya.
  • Pemurahnya tidak ada taranya.
  • Macam angin kencang lajunya.
  • Tiada siapa yang boleh menandinginya.
  • Dan tidak pernah menghampakan orang yang meminta .
  • Sekalipun dia terpaksa berhutang buat sementara .

Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya

  • Kalau ada orang mengata dan menghinanya.
  • Dia diam sahaja, tidak menjawabnya.
  • Gembiranya tidak ketawa, hanya senyum sahaja.
  • Cuma ketaranya pada mukanya.
  • Bahkan tidak pernah menghina orang atau mengata aibnya.
  • Sekalipun musuhnya.
  • Rasulullah makannya sedikit sekadar mengalas perutnya.
  • Dia tidak pernah makan seorang, sekalipun lapar.
  • Paling tidak, dia makan berdua.
  • Tapi kalau dia tidak suka setengah jenis makanan itu.
  • Dia tidak pula mencercanya. .
  • Kalau dia marah dengan orang, disembunyikan marahnya.
  • Sehingga orang tidak tahu marahnya.
  • Dia tidak pernah melahirkan jijik kepada manusia.
  • Sebab itu dia sanggup makan dengan orang berkudis-kudis badannya.

Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya

  • Sabarnya luar biasa.
  • Tentang ujian yang Tuhan timpakan kepadanya berbagai-bagai bentuknya.
  • Dia redha. Lantaran itu Tuhan beri dia gelaran ‘Ulul Azmi’.
  • Yang tiada bandingannya. Bahkan dia ketua ‘Ulul Azmi’ di kalangan rasul-rasul.
  • Di tangannya lahirlah murid-murid yang luar biasa.
  • Diberi gelaran Sahabat namanya.
  • Ratusan ribu banyaknya, lebih seratus ribu bilangannya.
  • Ini tidak pernah berlaku di kalangan rasul-rasul sebelumnya.
  • Semua Sahabat-Sahabatnya masuk Syurga.
  • Kerana dosa-dosa mereka diampunkan oleh Tuhannya.
  • Kerana berkat menjadi Sahabat-Sahabatnya.
  • Sahabat-Sahabatnya laksana bintang-bintang di langit.
  • Rasul adalah bulan pumama.

Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya

  • Hatinya tidak tidur sekalipun matanya tidur.
  • Menunjukkan hatinya sentiasa jaga.
  • Sebab itulah kalau dia tidur tidak membatalkan wudhuknya.
  • Dia menghormati manusia sesuai dengan darjatnya.
  • Sekalipun orang itu kafir.
  • Kadang-kadang dibentangkan serbannya untuk tempat duduk tetamunya.
  • Kerana menghormati tetamunya.
  • Dia tidak mengutuk dan melaknat makhluk Tuhan.
  • Sekalipun binatang yang melata.
  • Begitu juga tidak pemah melakukan kesalahan.
  • Sekalipun menyalahi utama.
  • Kalau dia melihat perempuan, matanya ditundukkannya.
  • Dia orang paling pemalu.
  • Malunya kalah anak dara yang paling pemalu.
  • Kalau dia lalu, tidak dibenarkan perempuan di hadapannya .

Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya

  • Ibadahnya banyak, terutama di waktu malam
  • Hingga bengkak-bengkak kakinya.
  • Dia suka berkhidmat dengan isteri-isteri dan keluarga.
  • Bukan diarah-arahkan oleh isteri-isterinya.
  • Tapi dia buat dengan sukarela.
  • Kerana mencari redha TuhanNya.
  • Dia sebaik-baik suami.
  • Tidak mampu orang lain membuatnya .

Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya

  • Bahkan dia berkhidmat dengan musuhnya.
  • Satu cerita yang menyayat hati kita.
  • Seorang buta yang benci kepadanya .
  • Rasul berkhidmat tanpa diketahuinya .
  • Hingga sampai waktu wafatnya. Diganti oleh Saidina Abu Bakar untuk berkhidmat kepadanya.
  • Tapi dirasakan olehnya ada kelainan dari sebelumnya .
  • Kamu ini siapa?.Saidina Abu Bakar berkata: “Saya Abu Bakar.
  • Pengganti Rasul berkhidmat kepada kamu, yang Rasul itu sudah wafat.”
  • Si buta itu terkejut! Rupanya yang berkhidmat padanya orang yang paling dibenci.
  • Kerana terkejutnya menjadikan dia mati.
  • Tapi sempat dia mengucap dua kalimah syahadat, Islamlah dia.

Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya

  • Kalau dia bersahabat atau berkawan. Mengutamakan kawannya.
  • Bahkan berkhidmat kepada sahabatnya.
  • Setiap orang yang bergaul, berpuas hati dengannya.
  • Setiap orang merasa dia dihormatinya.
  • Walaupun berbagai-bagai peringkat kedudukannya.
  • Mari kita teruskan cerita tentang nabi kita.
  • Supaya lebih terperinci lagi.
  • Cerita dan beritanya.
  • Dia manusia luar biasa kekasih Tuhannya.
  • Agar lebih nampak dia manusia istimewa.
  • Dia tidak akan makan sebelum lapar.
  • Dia akan berhenti sebelum kenyang.
  • Tidak macam manusia biasa.
  • Dia tidak suka makanan banyak jenis lauknya .
  • Kalau dia suka kerana Tuhannya.
  • Kalau dia marah pun kerana Tuhannya.
  • Bukan kerana peribadinya.

Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya

  • Bila wafat, boleh dikatakan tidak meninggalkan harta.
  • Dia tidak meninggalkan sembahyang jemaah.
  • Kecuali sekali saja di dalam hidupnya.
  • Iaitu waktu sakit hingga membawa wafatnya.
  • Makan minumnya bukan diusahakannya.
  • Tetapi setiap kali hendak makan, ada rezekinya.
  • Tapi pengikutnya disuruh berusaha.
  • Terutama yang ada keluarga..
  • Dia tidak menerima upah
  • Lebih-lebih lagi meminta upah.
  • Kerana usaha perjuangannya. .
  • Tetapi ada manusia hari ini, memakan upah.
  • Dari usaha dakwahnya.

Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya

  • Takut dengan Tuhan ketara di mukanya .
  • Dia beristerikan wanita kaya, Khadijah namanya . Hartanya diserahkan habis kepada nabinya .
  • Tetapi Nabi korbankan harta itu semuanya .
  • Dan Nabi, kalau dia berkawan, sebaik-baik kawan.
  • Kalau dia di rumah, sebaik-baik bapa
  • Kalau dia bersama isteri, sebaik-baik suami.
  • Kalau dia memimpin, sebaik-baik pemimpin

Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya

  • Kalau dia bercakap lantang suaranya .
  • Tegang urat merihnya.
  • Kalau dia bercakap bak mutiara.
  • Sangat berkesan pada jiwa orang yang mendengarnya.
  • Kalau dia berucap atau berpidato tidak ada gelak ketawa manusia yang mendengarnya
  • Kerana manusia yang mendengar insaf dibuatnya.
  • Tidak seperti sesetengah manusia hari ini.
  • Kalau mereka bercakap gelak ketawa orang yang mendengarnya.
  • Kerana yang dicakapkan itu dari lidahnya.
  • Bukan dari hatinya.
  • Nabi kalau bercakap singkat-singkat sahaja, tidak meleret, tidak seperti kebanyakan manusia biasa.
  • Dia bercakap pendek sahaja..
  • Tapi terhimpun berbagai-bagai ilmu di dalamnya .

Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya

  • Dikatakan oleh hadis ‘jawa miul kalim’ .
  • Kata-katanya singkat tapi padat .
  • Kata-katanya singkat tapi maksudnya luas .
  • Kata-katanya singkat tapi puas dan menggetarkan jiwa.
  • Tidak seperti orang lain bercakap berjela-jela, isinya tiada.
  • Masa terbuang, cakapnya tidak menggetarkan jiwa
  • Kita sambung lagi cerita nabi kita.
  • Nabi tidak suka berjalan-jalan membuang masa.
  • Juga tidak akan bercakap yang sia-sia.
  • Sekalipun tidak berdosa.

Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya

  • Kalau dia ketawa tidak berbunyi.
  • Insafnya dapat dilihat di mukanya.
  • Takutnya kepada Tuhan di mukanya ketara .
  • Dia melahirkan kegembiraan bila kawan-kawannya gembira .
  • Dia melahirkan kesedihan di atas kesedihan kawan-kawannya.
  • Rasulullah mudah menangis.
  • Kerana takutkan Tuhannya
  • Rasulullah tahu Tuhan kasih kepadanya.
  • Akhlaknya sungguh agung.
  • Tuhan memujinya.
  • Bahkan mengatakan dia yang paling bertaqwa di kalangan manusia .
  • Sebelum dan sesudahnya.

Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya.

  • Seolah-olah dia tidak mendengar apa yang Tuhan kata terhadap dirinya.
  • Tuhan berkata: “Akhlaknya, sungguh agungnya.”
  • Tidak ada siapa boleh menandinginya.
  • Tetapi dia tidak merasa bangga, dia tetap merasa hamba.
  • Dia tetap dapat mengekalkan rasa takut dengan Tuhannya.
  • Rasa kehambaan sentiasa di dalam hatinya.
  • Bahkan tidak pernah putus daripada perasaannya.
  • Soal Tuhan memujinya itu hak Tuhannya.
  • Tapi dia tetap merasa hamba kepada Tuhannya.
  • Tawadhuk dengan Tuhannya, sentiasa ada.
  • Sangat ketara, di dalam hidupnya.

Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya

  • Dia berpakaian jubah dan serban.
  • Warna yang disukai kebanyakannya putih dan hijau
  • Warna hitam ada juga dipakainya.
  • Tapi sekali sekala.
  • Makanan yang dia suka, susu dan tamar.
  • Daging sebagai lauknya
  • Itulah penguat badannya.
  • Demikianlah secara ringkas..
  • Yang global tentang cerita nabi kita
  • Yang tidak disebut berusahalah untuk mempelajarinya.

Ya Allah sejahterakanlah dan selamatkanlah serta berkatilah ke atasnya

  • Di dalam sejarah Nabi kita ada dicerita .
  • Mukjizat banyak berlaku di tangannya.
  • Yang lahir dan yang batin ..
  • Yang besar ialah Al-Quran dan Al-Hadis .
  • Yang kekal sampai ke akhir zaman.
  • Untuk pengajaran dan panduan kepada manusia .
  • Demi keselamatan manusia dunia dan Akhiratnya .
  • Tetapi apa yang disebutkan itu sudah memada.
  • Bagi orang yang tiada masa mengkajinya .

Ya ALLAH jadikanlah kami penyambung peribadi dan perjuangan Rasulullah saw.

Ya Rasulullah, kami tidak pernah melupakanmu. Dalam solat kami, kami menyebut berulang-ulang kali setiap hari:

tasyahhud by you.

...Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

comments (0) / Read More

Selasa, 2009 Mac 03 / Labels:

HIMPUNAN RAKSASA - PPSMI

Bersama kita meriahkan Detik-detik BANTAHAN pada hari tersebut.

Buktikan KEIKHLASAN kita dalam terus memelihara BAHASA MELAYU/MALAYSIA daripada terus DIJAJAH

comments (0) / Read More

Memuatkan ...

Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

"Dalam diari pejuang tiada masalah yang merumitkan, ujian yang melemahkan, dugaan yang menyusahkan, bahkan itu semua dijadikan batu lontan untuk lebih hebat...mereka tepu dengan dugaan...cuma sesekali aicr maata menerjah pipi, lambang kekerdilan kudrat hamba...berdepan dengan belaian Pencipta...sebagai tanda ingatanNya...."


Saifulislam.Com


MusicPlaylistRingtones
Create a playlist at MixPod.com