Tipu Daya Konsert Amal @ Konsert Keamanan!


Boleh dikatakan sudah menjadi kebiasaan kepada rakyat Malaysia didedahkan dengan konsert-konsert yang mana diberi nama sebagai Konsert Keamanan dan juga Konsert Amal.


Dalam konsert tersebut menjadi amalan diedarkan "tabung amal" bagi membolehkan orang ramai menderma dan menghulurkan bantuan untuk diberikan kepada yang kurang bernasib baik.

Memetik satu laporan akhbar Harian Metro bertarikh 16 Oktober 2008, ada melaporkan bahawa akan diadakan satu Konsert Keamanan yang dianjurkan oleh Persekutuan Keamanan Sejagat Malaysia (UPF) dengan kerjasama Persatuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Malaysia (UNAM) sebagai kemuncak kepada Festival Keamanan Global (GPF) yang akan bermula pada17 Oktober hingga 19 Oktober ini.

Konsert yang diadakan menampilkan persembahan artis terkemuka tanah air termasuk Ella, Ning Baizura, Jaclyn Victor, Danell LeeNikki, Shruti dan Zahid.

Turut dilaporkan bahawa Festival Keamanan tersebut berkonsepkan kepada“ Satu Dunia, Satu Keluarga" memfokuskan tiga perkara iaitu mengukuhkan institusi keluarga dan perkahwinan, menggalakkan kerjasama antara agama dan budaya serta memupuk tabiat ikhlas.

Berbalik kepada pendekatan Konsert yang digunakan sebagai kemuncak kempen dan di teliti pula kepada matlamat sebenar diadakan Festival Keamanan tersebut menggambarkan bahawa betapa rakyat Malaysia sekarang sedang didik dan diasuh supaya memilih hiburan sebagai jalan untuk mencapai sesuatu kesedaran.

Menjadi kebiasaan sewaktu Konsert pula diedarkan tabung yang digelar sebagai "tabung amal" bagi membolehkan sesiapa yang hadir dapat memberi sumbangan berbentuk kewangan bagi memeriahkan lagi kempen. Ini tidak lain dan tidak bukan bagi memupuk tabiat ikhlas dikalangan rakyat Malaysia.

Persoalannya, adakah ini sahaja jalan yang ada bagi membolehkan matlamat kempen tercapai?
Dimana keberkatan dan juga nilai-nilai Islam yang boleh ditonjolkan melalui kempen tersebut?

Islam sesekali tidak pernah melarang kita untuk berhibur, malah diharuskan jika ianya tidak dijadikan rutin. Tetapi yang menjadi permasalahan hiburan di Malaysia adalah kerana hiburan itu telah dijadikan sebagai rutin harian dan yang lagi menyedihkankebanyakkan hiburan yang dipilih atau yang ditampilkan pastinya akan melanggar batas-batas yang termaktub dalam pegagangan Islam termasuk penganjuran konsert terbuka sebegini.

Keadaan konsert yang tidak terkawal dan pengisian yang hanya tertumpu kepada hiburan semata-mata pastinya akan mengulangi kebobrokan penganjuran konsert-konsert sebelum ini yang menjadi tradisi negara seperti Konsert Tahun Baru, Konsert Kemerdekaan dan lain-lain lagi.

Betapa ruginya hadirin yang hadir, apabila mereka meletakkan niat ikhlas untuk memberikan sumbangan, tetapi mereka terlupa bahawa program yang diikuti menjadikan mereka lalai atau berbaur maksiat menyebabkan tidak ada keberkatan walaupun betapa banyak mereka memberi sumbangan.

Diakui sememangnya turut ada segelintir rakyat Malaysia yang menganjurkan konsert amal yang mengikut landasan Islam. Konsert-konsert sedemikian tidak pernah dihalang sama sekali dalam Islam selagi mana penghayatn yang dibawa membawa kita untuk mengingati dan mendekati Allah s.w.t...

Cadangan:

-Sepatutnya rakyat Malaysia perlu didik dengan kekuatan jiwa, kesedaran rohani seperti menghayati agama (Islam) yang mana secara tidak langsung akan membawa kepada mereka mencintai keamanan bahkan dapat memupuk perpaduan

-Hiburan yang tidak melalaikan wajib diterapkan kepada semua rakyat Malaysia supaya mereka tidak sentiasa lalai dan mendapat input daripada mesej yang ingin disampaikan.

- Dll

0 comments:


Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

"Dalam diari pejuang tiada masalah yang merumitkan, ujian yang melemahkan, dugaan yang menyusahkan, bahkan itu semua dijadikan batu lontan untuk lebih hebat...mereka tepu dengan dugaan...cuma sesekali aicr maata menerjah pipi, lambang kekerdilan kudrat hamba...berdepan dengan belaian Pencipta...sebagai tanda ingatanNya...."


Saifulislam.Com