Tahniah dan Selamat Berkhidmat kepada NC baru UTHM



Tahniah dan selamat berkhidmat kepada Y. Bhg. Prof. Dato' Dr. Mohd Noh sebagai Naib Canselor baru di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Perlantikan beliau adalah bagi tempoh dua tahun berkuatkuasa 16 Oktober 2008. Beliau adalah Mantan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Pelantikan Y. Bhg. Prof. Dato' Dr. Mohd. Noh ini adalah mengisi jawatan Naib Canselor UTHM yang dikosongkan Mantan Naib Canselor, Prof. Dato' Dr. Haji Ismail bin Haji Bakar setelah tamat tempoh perkhidmatannya pada 31 Mei 2008.

 sedikit latar belakang beliau:

Y. Bhg. Prof. Dato' Dr. Mohd. Noh bin Dalimin, 56 tahun, merupakan anak kelahiran Johor yang memiliki Ijazah Doktor Falsafah dari Imperial College of Science, Technology and Medicine, London dalam bidang Fizik. Beliau pernah menjadi Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar) UMS pada tahun 1998 sebelum dilantik sebagai Naib Canselor UMS pada tahun 2005.

Jawatan Naib Canselor UTHM sebelum ini pernah dipangku oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UTHM, Prof. Dr. Hashim bin Saim.

 Semoga beliau dapat meneruskan kegemilangan dan memacu Universiti kearah yang lebih Cemerlang, Gemilang dan Terbilang pada masa-masa yang akan datang.

0 comments:


Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

"Dalam diari pejuang tiada masalah yang merumitkan, ujian yang melemahkan, dugaan yang menyusahkan, bahkan itu semua dijadikan batu lontan untuk lebih hebat...mereka tepu dengan dugaan...cuma sesekali aicr maata menerjah pipi, lambang kekerdilan kudrat hamba...berdepan dengan belaian Pencipta...sebagai tanda ingatanNya...."


Saifulislam.Com