Surat Terbuka Buat Ibubapa Kepada Adik-Adik di SMTKK

Kepada : Ibubapa (…………………………………………………………………….)

Assalamualaikum w.b.t

Untuk makluman mak cik/pak cik, saya Muhd Muhaimin B. Zakaria dan Ummi Farhana Bt Romli merupakan bekas fasilitator kepada anak mak cik/pak cik dalam Program Motivasi Pelajar Cemerlang anjuran Kelab Kaunseling dan Kerjaya Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada 17-19 Oktober 2008 yang lalu bertempat di SMT Kuala Klawang.

Tujuan kami menghantar surat ini adalah untuk menunaikan amanah yang telah diberikan kepada kami, iaitu menyampaikan surat yang telah ditulis oleh anak mak cik/pak cik sewaktu program. Segala apa yang terkandung dalam surat tersebut adalah hasil tulisan anak mak cik/pak cik sendiri tanpa dipengaruhi oleh Fasilitator.

Mak Cik dan Pak Cik yang diRahmati Allah s.w.t,

Sesungguhnya kami (fasilitator) bukanlah orang yang layak mendidik dan mengajar anak mak cik/pak cik, tapi yang kami mampu hanyalah berkongsi sedikit pengalaman yang pernah kami lalui, bersama-sama mereka….

Seperti mana yang kita semua sedia maklum, anak-anak kadang-kadang terasa malu untuk berkongsi masalah dengan kedua ibubapa mereka. Mungkin kerana mereka terlalu risau apa yang dikongsikan tidak dilayan atau tidak diendahkan oleh ibubapa mereka. Tetapi itu mungin sekadar pandangan mereka terhadap ibubapa dan diakui setiap anak-anak pasti mengimpikan ibubapa yang boleh mendengar segala masalah dengan mereka khususnya berkaitan pelajaran, hobi/kesukaan mereka, kawan-kawan, guru-guru dan sebagainya.

Cadangan saya, mungkin mak cik/pak cik boleh cuba mendekati mereka dan mendalami masalah yang dihadapi. (sekadar cadangan, bagi ibubapa yang telah biasa mendekati dan mendengar masalah anak-anak bolehlah diteruskan, mudah-mudahan mereka tersa lebih dihargai…)

Mak Cik dan Pak Cik, ibubapa yang telah dipilih oleh Allah s.w.t,

Anak-anak merupakan aset yang sangat berharga kepada semua ibubapa. Mereka telah dipelihara, dididik dan dijaga oleh ibubapa bermula daripada mereka dilahirkan sehinggalah mereka dewasa. Sesungguhnya sangat beruntung ibubapa yang dikurniakan anak-anak, kerana tidak semua ibubapa yang mampu memiliki anak mereka sendiri, malah ada yang terpaksa mengambil inisiatif menjaga anak angkat bagi mewujudkan suasana ceria dalam keluarga mereka. Firman Allah s.w.t…

“Kepunyaan Allah-lah kerajaan langit dan bumi, Dia menciptakan apa yang Dia kehendaki. Dia memberikan anak-anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak-anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki “(Asy Syuura : 49)

Tetapi harus diingat bahawa anak-anak tidak boleh terlampau disayangi dan dimanja, sehingga menyebabkan kita meninggalkan perintah Allah s.w.t, kerana harta dan anak-anak sebenarnya adalah ujian kepada semua ibubapa, yang mana Allah s.w.t ingin menguji sama ada sesorang itu akan taat kepadaNya atau tidak apabila dikurniakan harta dan juga anak-anak. Firman Allah s.w.t…

“Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia, tetapi amalan-amalan yang kekal lagi saleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan “(Al Kahfi : 46)

Oleh itu, sebagai ibubapa sangat berperanan dalam membentuk anak-anak mereka. Ibubapalah yang akan mencorakkan anak-anak sama ada baik atau buruk peribadi mereka. Diakui, faktor luaran seperti pengaruh kawan-kawan, suasana persekitaran juga mempengaruhi kehidupan anak-anak, tetapi kita tidak patut lupa bahawa dalam ajaran Islam ada mengajar kita kaedah yang sangat sesuai dan terjamin untuk membentuk anak-anak. Firman Allah s.w.t…

“Dan orang-orang yang beriman, dan yang anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan, Kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka[1426], dan Kami tiada mengurangi sedikitpun dari pahala amal mereka. Tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang dikerjakannya” (Ath Thuur : 21)

[1426]. Maksudnya: anak cucu mereka yang beriman itu ditinggikan Allah darjatnya sebagai darjat bapak- bapak mereka, dan dikumpulkan dengan bapak-bapak mereka dalam surga

Melalui firman Allah s.w.t di atas, jelas menunjukkan bahawa apabila ibubapa itu sendiri berpegang teguh dengan agama Allah iaitu beriman kepadaNya(disamping mendidik anak-anak dengan ajaran agama), nescaya Allah akan mendekatkan anak-anak dengan ibubapa (mudah diasuh/dibentuk) dan memasukkan mereka kedalam Syurga di akhirat kelak sebagai balasan baik yang mana diwarisi oleh anak-anak daripada kedua ibubapa mereka. wallahu’alam….

“Apabila matinya seseorang itu, maka akan putuslah segala amalannya didunia kecuali 3 perkara, iaitu Ilmu yang berguna, sedekah jariah dan anak-anak Soleh/ah yang selalu mendoakannya”_Hadis

p/s : surat ini dihantar(dipos) kepada semua ibubapa kepada adik-adik yang berada dibawah jagaan saya.

0 comments:


Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

"Dalam diari pejuang tiada masalah yang merumitkan, ujian yang melemahkan, dugaan yang menyusahkan, bahkan itu semua dijadikan batu lontan untuk lebih hebat...mereka tepu dengan dugaan...cuma sesekali aicr maata menerjah pipi, lambang kekerdilan kudrat hamba...berdepan dengan belaian Pencipta...sebagai tanda ingatanNya...."


Saifulislam.Com