Entah Berpeluang Lagi Atau Tidak.... Semoga Kesatuan Fikiran dan Amal Kita Tetap Berkekalan......


Entah kenapa, malam ni(27 Okt) terasa pelik semacam, sedikit kelainan daripada biasa, mata semacam mengantuk, tapi tak terasa plak nak p tidoq. Semalam, waktu asyik melayan mesej daripada Arif (SMTKK) yang ingin berkongsi cita-citanya, sampai mata terlelap, tanpa disuruh…

Sepanjang pagi tadi, masa saya diperuntukkan bersama sahabat-sahabiah pimpinan, dalam mesyuarat peringkat tertinggi…. masing-masing aktif berkongsi pandangan dan pastinya tak terlepas juga daripada berkongsi kekhilafan… Alhamdulillah, biiznillah selamat juga selesai mesyuarat pada pagi tadi dengan beberapa agenda yang sempat dibincangkan dan keputusan berjaya diputuskan…mudah-mudahan bersama dengan perencanaan Allah s.w.t…

Tengah hari pula selepas menghantar Firdaus ke Kolej TDI, sempat makan tengah hari bersama
Sar di Kafe. Sempat juga berbincang beberapa perkara.. Selesai makan, kami bergegas ke Masjid UTHM untuk solat Zohor berjemaah… Wirid sudah, doa pun sudah, temu janji pula dengan 3 orang junior iaitu Zulkifli, Helmi dan Ameerul di saf belakang masjid untuk berbincang berkaitan program yang terdekat… selepas itu saya dibawa pula kebilik Helmi untuk melihat hasil gerak kerja yang telah dibuat… teman sebilik Helmi, Haslizan dilihat sedang khusyuk menelaah buku elektrik memandangkan lecturernya memulakan exam tersangat awal(malam esok)…kesian... Fikri dan Shahrir yang menginap di bilik hadapan tiba-tiba datang menjengah sebentar diikuti pula selepas itu Fakhairie menjadikan suasana bilik semakin meriah dengan selingan gurau senda. Turut bersama pada waktu tu ialah Ameerul, Zulkifli dan juga Shahrul…

Dengar sahaja azan asar berkumandang, kami mula bergegas ke Masjid, menyahut seruan merdu daripada Ustaz Aziz, favourite bilal UTHM… Alhamdulillah, semua diberi kekuatan untuk berjemaah dan selepas tu disambung pula dengan bacaan mathurat dengan sebilangan sahaja yang berkelapangan…
Selepas tu masing-masing membawa haluan masing-masing, saya terus menuju ke Kolej Perwira untuk mengambil maklumat yang perlu disegerakan daripada wakil muslimat untuk dipindahkan kedalam pendrive. Tanpa diundang, tiba-tiba kedengaran dari blok lelaki keriuhan dengan suara-suara sumbang meciak-ciak (Fiiiwik! dating nampak,.. muslimat baju labuh plak tu...)…datangnya saya disangkakan untuk dating rupanya…, Alhamdulillah, dengan hikmah, kami zahirkan etika pertemuan lelaki dan perempuan menyebabkan mereka tetiba terus tergamam...MMMM… (alamak! Ni salah orang ni….) terus mereka terdiam sehinggalah apabila selesai urusan saya memecut laju motor terus pulang kerumah…



Ditengah perjalanan, sedang asyik memecut TAQ tetiba inbox handphone diterjah oleh satu mesej ringkas “Salam, jom main futsal dekat padang sekarang! Dah ramai shbt2”…..

Alamak! Hari ni ada keje la, semalam dah main, kang tak setle plak keje ni, sori sahabat-sahabat..., hari ni tak dapat join la…terasa rugi betul...(bisik hatiku)…

Tiba saja dirumah, kelihatan Amir Yusof tsedang mencari kasut, sengaja buat-buat bertanya untuk tujuan memberitahu, nak p main futsal ke? Ana ada keje la hari ni, baru je tadi tahu hari ni ada orang main, lewat sangat la bitahu.., sori r ana tak dapat join … “ respon amir dengan ringkas lagi padat “xpe2…”.

Saya terus menerjah ke PC kamarulzaman untuk setle kan kerja yang ada…( laptop sendiri xleh nak guna sebab kurang sihat dek diserang wabak internet). Apabila sahaja azan maghrib, terus keje dihentikan dan bergegas untuk wudhuk, alhamdulillah sempat ke Surau al Ikhwan tak jauh dari rumah… balik saja kerumah terus kebilik, dimulakan dengan mengemas meja study skit-skit (susun buku je…), habiskan Yasin dan sempat tengok-tengok soalan past year (nak final la katakan...)… Menanti isya’ sekali lagi ke al Ikhwan….

Kembali saja kerumah, terus bersiap untuk kerumah Che Det (senior kuittho) memenuhi jemputan Marhaban… Alhamdulillah berselera sungguh menjamu hidangan yang ada sehingga tak sedar semakin ramai sahabat-sahabat yang hadir…. Abg Zulkarnain, Abg Irwan, Fakhairie, Sauti, Sar, Helmi G2, Abg Raziman, Abg Jehe, Jeme, Amir Y, Zul, Helmi, Fikri, syahdan, Pok Ding, Fadhullah, Bun, Fadzli Mus, Firdaus, Abg Ayie, Abg Amir H dan yang lain…(jangan terasa ye klu ada sesiapa namanya tak de… tak terlintas dikepala…) mereka semua hadir dengan membawa perut yang sedia kosong untuk diisi...hehe :-)


Kebanyakkan sahabat-sahabat yang hadir ke rumah Che Det sebenarnya, hampir semua sudah ditemui dan sempat bertegur sapa pada waktu siang hari tadi…. Tapi entah kenapa, mungkin disebabkan dasarnya perkenalan kita semua adalah “ukhwahfillah”, terasa manisnya bersama antum semua, tak terasa jemu walaupun baru sebentar tadi kita sudah bersua…. Mungkin inilah kot yang menyebabkan mata ini tak dapat terlelap dengan mudah pada malam ni. Terbayang-bayangkan wajah sahabat-sahabat sekalian. Ditambah pula malam ni menumpang komputer abg Jehe, sambil-sambil guna PC dia, apa lagi, curi-curi la tengok gambar-gambar lama….hehe…

Terjumpa pula pelbagai koleksi gambar lama yang menyebabkan terkenang kembali apabila bersama sahabat-sahabat sepanjang berada di bumi UTHM ni… ada yang sempoi, ada yang over dan yang paling menarik ada juga yang kelakar dan lucu (tergelak juga sesorang dibuatnya…) .



Tapi…, dalam tergelak seseorang, tetiba rasa sayu plak hati ini, dalam hati kecil bebisik “nanti klu abg-abg semua dah grade, pastu aku plak grade, pastu adik-adik…ntah ada peluang lagi tak aku nak rasa ukhwah camni lepas ni..??... Sem sebelum ni Abg Zulhazran, Abg Faisal, Abg Jalal & lain-lain dah meninggalkan alam kampus. Sem depan plak yang akan grade abg Raziman, abg Zul, abg Syukri, Zuhdi, Jeme dan lain-lain. Tak lupa juga yang akan grade pada sem lagi satu, abg Jehe, abg Hasri, abg Amir H, Pali Mus, Pali Sam, Zupi dan ramai lagi yang akan menyusul….. semestinya termasuklah diri ini sendiri....InsyaAllah, wallahu'alam…

Sahabat-sahabat sekalian,

mungkin di akhir penulisan ni seperti sedikit sentimental la kot. tapi insyAllah bermakna....hakikatnya inilah sebenarnya yang sedang dan akan tetap dilalui bersama…
Kemanisan dan kedukaan sepanjang bersama-sama dimedan perjuangan pernah dirasai bersama…. Karenah baik mahupun buruk sahabat-sahabat juga pernah ditanggung bersama... sehingga ada yang hampir –hampir berputus asa (diharap tiada yang terus rebah...)



Sahabat-sahabat sekalian!
Sesungguhnya tiada kemanisan dalam persaudaraan seperti ini kecuali apabila ianya diikat dengan Tali-tali Islam… Suka, duka gembira, marah atau benci kita pada sahabat-sahabat semuanya tidak lain hanyalah kerana Allah s.w.t… sebenarnya itulah kunci kepada istiqomahnya kita bersama-sama dalam perjuangan ini….. yang mana selalu kita lafaz dan ulang dalam zikir Mathurat “Ya Allah Engkau Mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana MengasihaniMu, bertemu untuk mematuhi perintahMU, bersatu memikul beban dakwahMu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMU, maka eratkanlah Ya Allah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini dengan cahaya Rabbani mu yang tidak kunjung malap. Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman/keyakinan dan keindahan tawakkal kepadam\MU. Hidup suburkan hati-hati ini dengan ma’rifat tentangMu… (jika Engkau mentakdirkan mati) maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMU. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik Penolong. Ya Allah Perkenankanlah permintaan ini….



Sisa-sisa perjuangan sepanjang berada dikampus ini mudah-mudahan dapat kita ambil manfaat dan saling meletakkan penghargaan satu sama lain…Semoga Ukhwah kita semua tetap kekal tersemai walaupun masing-masing akan meninggalkan alam kampus ini…. Mudah-mudahan ianya kekal diatas dasar perjuangan yang sama… iaitu mendaulat dan menyokong syariat Islam….”kerana Allah, hanya untuk Islam”


“Beramal Kerana Allah”
.............UKHWAHFILLAH ABADAN ABADA.......

1 comments:

  1. Shazwani Mazuki says

    Assalamualaikum wbt..
    Muhaimin..
    sangat touching apabila post ni dibaca.terasa hampir menitik air mata..
    ya Allah..benarlah,ikatan ukhwah yang kekal di hati,akan kekal mewangi.walau hanya sebentar pertemuan berlaku,ikatan hati-hati yang bertemu dan berpisah kerana Allah akan terus erat ikatannya..
    sedih meninggalkan bumi UTHM ni..namun lebih sedih apabila bakal meninggalkan sahabat2,dan ikatan ukhwah yang wujud..
    apapun,serahkan kepada Allah atas segala-galanya.usaha yang dilakukan diiringi dengan doa dan tawakal padaNya..
    moga berjaya menjadi pendidik yang cemerlang buat anak bangsa seagama.insyaAllah..
    ALLAH AKBAR!



Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

"Dalam diari pejuang tiada masalah yang merumitkan, ujian yang melemahkan, dugaan yang menyusahkan, bahkan itu semua dijadikan batu lontan untuk lebih hebat...mereka tepu dengan dugaan...cuma sesekali aicr maata menerjah pipi, lambang kekerdilan kudrat hamba...berdepan dengan belaian Pencipta...sebagai tanda ingatanNya...."


Saifulislam.Com