Motivasi Anjakan Prestasi, syabas!



Hari ini (Sabtu ; 20 September 2008) saya bersama sahabat-sahabiyah penggerak Kelab Iqra’ alhamdulillah telah selesai menjalankan Program Motivasi bersama adik-adik daripada Sek.Men.Agama Parit Raja.

Program yang dijalankan tidak sampai satu hari, namun walaupun ianya singkat, InsyaAllah memberi gandaan manfaat pada diri saya dan adik-adik khususnya. Sewaktu program saya hanya diberi tanggungjawab (ad-hoc) sebagai fasilitator. Adik-adik dibawah saya terdiri daripada adik Yunus, adik Rusdi,adik Azmi dan adik Engku. Walaupun slot Ldk hanya sempat dilakukan satu sesi sahaja, sempat saya berkenalan, berkongsi pengalaman dan mendengar masalah adik-adik di bawah jagaan saya.

Masing-masing mempunyai pengalaman dan permasalahan tersendiri, Azmi bercita-cita dan berazam untuk menyambung pelajaran ke Madinah dan ingin bergelar sebagai ustaz yang boleh berceramah, Rushdi pula bertekad ingin menjadi seorang pensyarah berkelulusan PHD, Engku (form 1) ingin memulakan zaman sekolah menengah dengan cemerlang, dan Yunos berazam ingin menjadi seorang Ustaz atau pensyarah yang hebat. Bisik hati saya pada waktu itu “Hebat adik-adik abang!”.

Namun, dalam pada itu sedang asyik berkongsi pengalaman, tersentuh saya dengan satu luahan yang tiba-tiba keluar daripada mulut adik Yunos. Hanya Allah saja yang mengetahui apa perasaan saya waktu itu. Mungkin tidak sesuai untuk saya kongsikan perkara tersebut disini, tapi cukuplah saya katakan bahawa setiap insan pasti mempunyai zaman gelap atau zaman jahiliyyah masing-masing. Ianya tidak lain hanyalah sebagai ujian daripada Allah s.w.t. Terdetik hati saya untuk lebih mengenali dan mendalami kehidupan Yunos. Saya bertekad untuk cuba berusaha mendekati dia selepas ini walaupun bukan dalam program seperti ini.

Setelah selesai slot Ldk, adik-adik dibawa masuk ke dewan Teater untuk slot Muhasabah yang dikendalikan oleh Sdr Amir dan Sdr Fadhli Dzulhilmi. Seterusnya slot “Menjadi Insan Menarik” yang disampaikan oleh abg Raziman dan apabila berakhirnya slot tersebut kami solat Zohor berjemaah di Masjid. Selepas selesai solat, adik-adik kelihatan mengambil peluang untuk rehat sementara menunggu slot seterusnya yang akan disampaikan oleh Kak Fazliyah dangan tajuk “Cabaran Remaja Masa Kini”. Majlis penutup terpaksa diawalkan pada waktu petang selepas asar memandangkan adik-adik mempunyai komitmen untuk persediaan peperiksaan percubaan. Namun kami sempat berbuka bersama-sama di majlis berbuka puasa di masjid.

Pertemuan kami berakhir di tempat menunggu bas hadapan dataran masjid. Adik-adik kelihatan sedikit penat namun saya berkeyakinan bahawa jiwa dan perasaan mereka terkandung tekad untuk lebih kehadapan dengan anjakan prestasi yang memberangsangkan seperti yang diharap-harapkan oleh penganjur berdasarkan objektif yang telah ditetapkan.

Mudah-mudahan adik-adik mendapat manfaat daripada program yang telah diadakan ini dan tidak dilupakan juga saya ucapkan Tahniah kepada semua AJK pelaksana, khususnya abang Zulkarnain (pengarah program) dan kak Murzulaikha atas komitmen dan kejayaan antum semua melaksanakan program yang sangat memberi input ini. Semoga Allah membalas jasa dan pengorbanan antum semua. Amiin.

1 comments:

  1. Tanpa Nama says

    Tahniah buat adik2 ana..rasa tak sia-sia benih yang ana tinggalkan dulu...takbir!!!



Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

"Dalam diari pejuang tiada masalah yang merumitkan, ujian yang melemahkan, dugaan yang menyusahkan, bahkan itu semua dijadikan batu lontan untuk lebih hebat...mereka tepu dengan dugaan...cuma sesekali aicr maata menerjah pipi, lambang kekerdilan kudrat hamba...berdepan dengan belaian Pencipta...sebagai tanda ingatanNya...."


Saifulislam.Com