Zon Memburu LailatulQadr.........


Sedar tak sedar minggu ini kita sudah memasuki minggu yang terakhir Ramadhan. Terasa begitu cepat masa berlalu, dalam sibuk menghadiri kuliah disiang harinya, diikuti pula sempat bertarawih pada malamnya.

Dipermulaan Ramadhan kalau kita perhatikan, pastinya kita akan dapat melihat begitu ramai sahabat-sahabat seangkatan kita berlumba-lumba beribadah kepada Allah swt, danyang paling jelas adalah sewaktu solat tarawih. Sehinggakan ada surau kolej yang tidak mampu menampung jemaah. Begitu agresifnya mereka memecut dalam beribadah di bulan yang penuh barokah ini.

Tapi.... amat menyedihkan apabila tiba di zon pertengahan dan menuju pengakhiran (garisan Penamat),realitinya keadaan menjadi sebaliknya, yang mana mereka boleh dikatakan tewas lantas memperlahankannya dan ada yang terus meninggalkan(tidak sampai ke penghujung) ibadah yang dituntut ini atas alasan sibuk menyiapkan tugasan, perbincangan kumpulan dan sebagainya...

Memang diakui ada pensyarah yang memberi banyak tugasan disaat-saat menghampiri cuti Syawal ini, tapi amatlah rugi jika kita sanggup meninggalkan ibadah semata-mata ingin menyiapkan tugasan. Apalah kiranya jika kita melengkapkan kedua-duanya, kerana dengan izin Allah pahala kita menuntut ilmu akan kita perolehi, malahan pahala ibadah tambahan dibulan Ramadhan juga kita akan dapat.

Yang terlepas itu kita jadikan ianya sebagai sempadan, misi yang kita perlu letakkan target pada waktu dan ketika ini adalah memburu lailatulqadar. Pasti ada dikalangan kita yang sudah membuat perancangan kearah itu, seperti membuat qiamulail berkala dengan beriktikaf di masjid.

Bagi yang belum merancang kearah itu, saya menyeru kepada diri dan sahabat-sahabat sekalian, sama-sama kita memburu lailatulqadar yang dijanjikan Allah swt sebagai lebih baik daripada seribu bulan ini... I'Allah kita sama-sama tanamkan niat dalam diri....wallahu'alam

0 comments:


Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

"Dalam diari pejuang tiada masalah yang merumitkan, ujian yang melemahkan, dugaan yang menyusahkan, bahkan itu semua dijadikan batu lontan untuk lebih hebat...mereka tepu dengan dugaan...cuma sesekali aicr maata menerjah pipi, lambang kekerdilan kudrat hamba...berdepan dengan belaian Pencipta...sebagai tanda ingatanNya...."


Saifulislam.Com