16 oh…16


16 September 2008, pastinya tarikh yang amat dinanti-nantikan kehadirannya oleh setiap peminat isu semasa yang mana pada tarikh ini DSAI acap kali menggelarkan sebagai tarikh “Pembentukan Malaysia Baru” dan dengan semangat berkobarnya untuk memastikan berlakunya peralihan kuasa kepada Pakatan Rakyat. Ini kerana pelbagai perkara yang nampak mustahil tapi mampu beliau buktikan seperti kemenagan beliau dalam PR kecil Permatang Pauh baru-baru ini walaupun datangnya fitnah yang begitu besar kepada diri beliau (Liwat)dan pelbagai lagi.

Namun apabila tibanya tarikh yang dijanjikan masih menjadi tanda tanya kepada kita semua sama ada ianya benar-benar boleh terjadi atau pun sebaliknya. Dalam kenyataan media Dsai kepada wartawan semalam, beliau menyatakan bahawa proses pembentukan Kerajaan Baru tersebut akan tetap terlaksana dalam masa terdekat walaupun bukan pada 16 September kerana tarikh tersebut hanyalah sebagai simbolik.

Semuanya masih lagi menjadi teka-teki, tapi saya amat tertarik dengan kenyataan yang meyakinkan daripada DSAI iaitu “Kita mempunyai bilangan MP yang mencukupi (tidak perlu tahu berapa dan siapa untuk tujuan keselamatan) dan kita akan pastikan proses pertukaran kerajaan ini berlaku dalam keadaan aman”.

Melihat kepada agenda yang begitu besar yang ingin dibawa ini, sebenarnya apabila kita telitikan pasti kita tergambar bahawasnya akan ada Pro dan Contranya apabila berlaku peralihan kerajaan Barisan Nasional kepada Kerajaan Pakatan Rakyat ini. Tidak dinafikan akan banyak penambahbaikkan boleh dilakukan tapi tidak boleh dilupakan juga pasti akan ada kelemahan dan kekurangan disebaliknyanya. Tidak berniat untuk saya nyatakan apakah kebaikannya dan apa pula kekurangannya. Sama-samalah kita fikir-fikirkan dan nantikan adakah peralihan kuasa ini benar-benar berlaku atau sekadar omong-omong kosong… Wallahu’alam.

0 comments:


Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

"Dalam diari pejuang tiada masalah yang merumitkan, ujian yang melemahkan, dugaan yang menyusahkan, bahkan itu semua dijadikan batu lontan untuk lebih hebat...mereka tepu dengan dugaan...cuma sesekali aicr maata menerjah pipi, lambang kekerdilan kudrat hamba...berdepan dengan belaian Pencipta...sebagai tanda ingatanNya...."


Saifulislam.Com