WAHAI PETUGAS-PETUGAS ISLAM!

Inginkah kamu apabila saya beritakan satu perniagaan yang sangat menguntungkan!

Semuanya tidak lain hanyalah daripada Maha Pencipta, Iaitu..............

Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkanmu dari azab yang pedih? (as-Sof :10)

(yaitu) kamu beriman kepada Allah dan RasulNya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagimu, jika kamu mengetahui. (as-Sof :11)

Tak teringin ke kita sahabat-sahabat?

Apa yang ingin ana ketengahkan disini adalah berkaitan gerak kerja Islam kita, Adakah dengan kita berdakwah kepada sesama muslim kita katakan sebagai sesuatu yg sudah cukup? Itukah jihad kita? Sahabat-sahabat, sebenarnya kita belum lagi berjihad di medan yg sebenar...

Memang tidak dinafikan waqi’e kita sekarang UMAT ISLAM itu sendiri lebih aula untuk kita sampaikan dakwah, tambah lagi di zon Asia ini, yang mana semakin hari semakin tekun melahirkan anak-anak BARAT seperti yang digambarkan oleh IMAM BADIUZZAMAN sewaktu ketika dulu, iaitu UMAT ISLAM waktu itu seolah-olah sedang mengandungkan Bayi-Bayi Barat... tapi orang-orang barat pula seolah-olah sedang mengandungkan bayi-bayi ISLAM...

Persoalannya disini, kalau fokus kita hanya kepada sesama muslim tanpa memikirkan non-muslim, siapa lagi yang kita nak harapkan untuk buat kerja-kerja dakwah ini? Adakah orang Islam yang tidak faham dan tidak mahu memahami Islam yang kita harapkan?

Saya kurang bersetuju jika ada yang mengatakan bahawa kita hanya perlu menjaga sesama kita sahaja, tetapi sepatutnya kita perlu sedar tugas kita tidak cukup itu sahaja, sama sekali tidak bertepatan dengan maksud KHALIFAH itu sendiri... sedangkan, banyak kaedah yang boleh kita gunakan untuk berdakwah kepada non muslim, hatta kita hanya melaungkan azan (dakwah yang paling sempurna) dan didengari oleh mereka (non muslim) itu diterima dengan izin Allah...I’Allah...

Untuk menjaga orang dibawah kita juga keadaannya sama, tidak perlu kita memikirkan bagaimana hendak memuaskan hati orang dibawah kita semata-mata, sepatutnya sebagai seorang muslim yang bergelar Dai’e, sama ada di atas atau di bawah kita berada, kita seharusnya menjadi penyokong @ penguat antara satu sama lain. Kita sepatutnya bukan hanya tahu mengkritik, tapi kita wajib membantu memperbaiki sesuatu kekurangan bagi memastikan Dakwah yang hendak sampaikan berkualiti dan bukannya di pandang serong dek kritikan yang tidak membina.

Kita patut sedar, bahawa ramai lagi orang yang perlu kita berikan perhatian, bukan pada diri kita sahaja, ianya tidak lain demi kebaikan bersama, khususnya untuk Islam....

Sebagai mengakhiri perkongsian pada kali ini, sekali lagi suka saya sampaikan berita gembira yang mana dijanjikan oleh Allah s.w.t kepada hamba-hambaNya yang KOMITED terhadap agamaNya...... wallahu’alam.....


Sesungguhnya orang-orang yang banyak berbakti benar-benar berada dalam SYURGA yang penuh kenikmatan (Al Infithaar : 13)

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal saleh, bagi mereka SYURGA-SYURGA yang penuh kenikmatan ( Luqman: 8)

(yaitu) pada hari ketika kamu melihat orang mukmin laki-laki dan perempuan, sedang cahaya mereka bersinar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, (dikatakan kepada mereka): "Pada hari ini ada berita gembira untukmu, (yaitu) SYURGA yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, yang kamu kekal di dalamnya. Itulah keberuntungan yang besar." (Al Hadid : 12)


0 comments:


Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

"Dalam diari pejuang tiada masalah yang merumitkan, ujian yang melemahkan, dugaan yang menyusahkan, bahkan itu semua dijadikan batu lontan untuk lebih hebat...mereka tepu dengan dugaan...cuma sesekali aicr maata menerjah pipi, lambang kekerdilan kudrat hamba...berdepan dengan belaian Pencipta...sebagai tanda ingatanNya...."


Saifulislam.Com