BEKERJALAH......

sukalah ana berkongsi berdasarkan apa yang difirmankan Allah s.w.t didalam kitab agung yakni Al-Quran yang berbunyi…..

Dan Katakanlah: "BEKERJALAH kamu, maka Allah dan Rasul-Nya serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan.

(At-Taubah : 105)

Jelas, apa yang difirmankan Allah s.w.t melalui ayat tersebut adalah menuntut supaya kita bekerja. Adakah yang dimaksudkan bekerja itu sama seperti yang kita idamkan iaitu bekerja sebagai seorang Guru? Sebagai seorang Jurutera? Pengurus? Pakar IT?atau sebagainya? Jawapannya…. adalah YA.

Tapi…. perlu kita ingat! bekerja sebagai guru bukanlah bermaksud kita hanya bertanggung jawab mendidik pelajar-pelajar untuk cemerlang dalam peperiksaan. Tetapi ramai guru-guru lupa, penerapan nilai-nilai Islam spt membentuk jiwa-jiwa muda yang berpegang teguh dengan Islam, mengamalkan akhlak-akhlak Islam dan sebagainya, itu adalah tugas siapa? ITU JUGA ADALAH TUGAS GURU-GURU WAHAI SAHABAT-SAHABIYAH SEKALIAN….. sama sekali tidak patut diabaikan…..

Begitu juga sebagai JURUTERA, adakah apabila sudah terlibat dengan dunia industri dan memegang jawatan sebagai jurutera, maka terus lenyap menyepi tanpa memikirkan kerja-kerja Islam? Jawapannya : sama sekali TIDAK dan TIDAK PATUT! Tapi,…. apakah kerjanya? Sama-samalah kita fikirkan….

0 comments:


Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

"Dalam diari pejuang tiada masalah yang merumitkan, ujian yang melemahkan, dugaan yang menyusahkan, bahkan itu semua dijadikan batu lontan untuk lebih hebat...mereka tepu dengan dugaan...cuma sesekali aicr maata menerjah pipi, lambang kekerdilan kudrat hamba...berdepan dengan belaian Pencipta...sebagai tanda ingatanNya...."


Saifulislam.Com