Tanggungjawab bebaskan Pelestin dipikul semua umat Islam




IPOH, 17 Ogos (Hrkh) - Tanggungjawab membebaskan Palestin dan Masjid al-Aqsa bukan terletak di bahu rakyat Palestin semata-mata, tetapi dipikul bersama umat Islam di seluruh negara.

Bagi memastikan perjuangan tersebut berjaya, umat Islam di seluruh negara disaran agar berjihad melalui jihad jiwa dan harta mengikut kemampuan masing-masing.

Demikian ditegaskan wakil Pertubuhan Jihad Islam Palestin, Dr Mohamad Abu Salleh di hadapan kira-kira 5,000 perwakilan dan pemerhati di Stadium Indera Mulia, Ipoh, pagi tadi.

Bagaimanapun, katanya berdasarkan faktor geografi, umat Islam di negara ini boleh berjihad melalui jihad harta seperti penubuhan Tabung Bebaskan Palestin di seluruh negara.

Memulakan ucapan dengan mengingatkan bahawa PAS bermuktamar dalam suasana memperingati 60 tahun peristiwa Nakbah yang menghambat rakyat Palestin, ucapan itu membangkitkan semangat para hadirin di dewan berkenaan.

Ucapan yang disampaikan dalam bahasa Arab, yang kemudiannya diterjemahkan Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa itu menyentuh soal perjuangan rakyat Palestin yang tidak akan tunduk mengalah.

Justeru, beliau berkata perjuangan membebaskan Palestin itu sudah tentu memerlukan sokongan ramai bagi melihat orang Islam akhirnya dibenarkan solat di masjid, yang merupakan kiblat pertama umat Islam di seluruh dunia.

"Setiap orang muslim yang menunaikan solat lima waktu apabila menghadap kiblat perlu bertanya apa yang telah disumbangkan mereka untuk membebaskan kiblat pertama itu akan kembali kepada kita?" soal beliau.

Dalam pada itu, beliau turut menyentuh soal penyatuan ummah yang perlu diberi perhatian secara menyeluruh, dengan meyakini bahawa sesiapa yang membantu agama Allah, maka Allah akan membantunya semula. - mns _

sumber : HD

0 comments:


Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

"Dalam diari pejuang tiada masalah yang merumitkan, ujian yang melemahkan, dugaan yang menyusahkan, bahkan itu semua dijadikan batu lontan untuk lebih hebat...mereka tepu dengan dugaan...cuma sesekali aicr maata menerjah pipi, lambang kekerdilan kudrat hamba...berdepan dengan belaian Pencipta...sebagai tanda ingatanNya...."


Saifulislam.Com