sambutan memberangsangkan

Selasa, Rabu dan Khamis yang lalu, baru sahaja selesai program Karnival kelab anjuran hep. Kelab Iqra’ tidak ketinggalan untuk turut serta dalam mempromosikan kelab. Alhamdulillah, sambutan terhadap kelab pada kali ini memberangsangkan, yang mana dimaklumkan bermula sahaja hari pertama sudah menjangkau 80 orang lebih yang mendaftar. Saat-saat akhir karnival tersebut, sewaktu sedang berlangsungnya majlis penutup masih ada yang datang ke booth untuk mendaftar sebagai sahabat Iqra’. Berbeza daripada booth yang lain kerana kelihatan semakin lesu tanpa pengunjung.

Tanpa dijangka dan diduga, sambutan pada kali ini ada kelainan dan kepelikan yang mana terdapat non muslim terdiri daripada golongan India dan cina yang telah mendaftar sebagai sahabat Iqra’. Memang sesuatu yang memelikkan jika pnglibatan sahabat non muslim dalam kelab ini kerana sebelum ini kelab Iqra’ memang selalu digembar-gemburkan sebagai musuh kepada perpaduan. Keberanian yang ditunjukkan sahabat non muslim ini mudah-mudah mebuka jalan menuju hidayah Allah.Dan yang paling penting sejauh mana usaha kita dalam mengajak dan menyeru mereka kearah mengenali agama Allah s.w.t ini….

0 comments:


Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

"Dalam diari pejuang tiada masalah yang merumitkan, ujian yang melemahkan, dugaan yang menyusahkan, bahkan itu semua dijadikan batu lontan untuk lebih hebat...mereka tepu dengan dugaan...cuma sesekali aicr maata menerjah pipi, lambang kekerdilan kudrat hamba...berdepan dengan belaian Pencipta...sebagai tanda ingatanNya...."


Saifulislam.Com