SAHABAT.....

SAHABAT, apa yang terlintas di fikiran kita apabila menyebut perkataan sahabat? kebiasaannya ramai berpendapat bahawa sahabat adalah berbeza daripada kawan, adakah ianya benar?

memang mudah untuk kita kategorikan antara sahabat dan kawan, tapi sebenarnya bukanlah sesuatu yang mudah untuk kita letakkan diri kita sebagai seorang yang bergelar sahabat kepada semua kenalan kita.

mungkin sebelum ini kita merasakan diri kita inilah orang yang paling layak untuk bergelar sahabat kepada orang yang paling kita rapat, tapi siapa tahu mungkin sebaliknya pada pandangan diri kenalan kita...

saya pernah terfikir, dengan pelbagai sifat keistimewaan dan kepelbagaian yang Allah kurniakan kepada setiap makhluknya, sebenarnya bukanlah sesuatu yang mudah untuk kita memahami setiap orang yang kita kenali...

secara teori, orang yang bersikap terbuka @ fleksibel itulah orang yang paling mudah untuk kita dekati @ didekati @ kita kategorikan sebagai sahabat. Terbuka yang dimaksudkan disni bukanlah ciri yg kita selalu gambarkn iaitu terlalu suka bergaul tanpa mengira batas syarak, tapi yang dimaksudkn adalah orang yang paling mudah untuk bersosial (berkomunikasi, berinteraksi, berdiskusi, berkerjasama & sebagainya) , kerana dengan sifat ini sebenarnya memberi kelebihan kepada diri, masyarakat termasuklah kepada Agama.

Kebiasaanya orang yang kita gelarkan sebagai sahabt adalah orang yang selalu berdamping dengan kita berbanding yang hanya berpangkat kawan, yang mana akan ada waktu tertentu untuk kita dekati @ secara mudahnya tujuan diadakan pertemua adalah semata-mata apabla terdapat sesutu urusan sahaja.

Tetapi berbeza apabila sesorang yang kita gelarkan sebagai sahabat, kerana boleh dikatakan setiap masa kita akan merasa saling memerlukan. Sahabat yang dipilih berdasarkn agama adalah sahabat yang akan kita dapati paling bahagia apabila setiap kali bersama dan akan menjadi sesuatu yg paling manis dalam diari hidup kita. Islam mengajar pelbagai pendekatan dalam kita bersahabt, disebalik sirah Rasulullah s.a.w terdpat banyak perkaitan yang mebawa kepada kepentingan dalam kita bersahabat. Orang yang pada asalnya menjadi musuh Rasulullah boleh menjadi orang yang palinng cintakan Rasulullah apabila melihat indahnya ukhwah yang ditunjukkan sahabt-sahabat r.a sewaktu bersama Rasulullah s.a.w kerana mereka melihat indahan ajaran Islam yang dipegang yang mana mengajar mereka untuk lebih mengutamakan/ mempertahankan shabt lebih daripada mempertahankan diri sendiri....


Sebagai kesimpulannya, sama-sama kita menilai diri kita sama ada mampukah dengan Islam yang ada pada diri kita untuk kita contohi sikap para shabat r.a dalam bersahabat tidak kira dari sudut pengorbanan, penghargaan, tolak ansur dan sebagainya..... sama-sama kita fikir-fikirkan wallahua'lam

2 comments:

  1. HafizahRusli says

    salam...
    sahabat pilih krn agamanya...
    insyaALLAH...jln ke arah kebaikan
    dunia dan akhirat...

    tapi mcm mne pulak dgn saudara2 seagama y laen y jauh dr pegangan Islam..
    pendekatan y mcmne perlu diambil..?
    ceramah..kelas agama..sy berani jamin xramai y nk ikut...
    mereka ni lg jauhkan diri..
    mgkin de y kate mereka ni dh besar..dh bleh fikir sendiri..
    asal dh ajak ke arah kebaikan pon dh ckup bgus...
    ade jgk y mcm tue...dengan keadaan umat islam skrg..mcm mne kite nk hadapi...
    ibaratnye klu akar dan dahan xdisiram dan dijaga dgn baik...
    manekan nk dpt ranting yang sehat y penuh dgn daun2 y kehijauan..
    mcm mne dikatakan dgn pendekatan secara berhikmah..?

    skdr nk mintak pendapat...
    ana just org biasa y kurg ilmu di dada..


    Muhd Muhaimin Bin Zakaria says

    W'salam w.b.t...

    terima kasih krna sudi berkongsi pandangan berkaitan saudara2 kita yang semakin lama semakin jauh dari pegangan agama...

    pada pandangan saya, pelbagai pendekatan yang boleh kita gunakan untuk mendekati mereka. jika sekadar kita sajikan ceramah @ kelas agama bukanlah pendekatan yang paling sesuai.. ini kerana program seperti ini bukanlah menjadi minat mereka....

    Tapi,perlu diketahui, walaupn begitu keadaan mereka, bukanlah bermaksud kita perlu terus mengabaikan mereka,

    seperti mana yg diajar oleh Rasulullah s.a.w dlm hadisnya " sampaikan ajaranku walaupun satu ayat.."

    berpandukan kpd hadis tersebut, menjadi peranan kita untuk sentiasa menyeru mereka kearah kebaikan, sama ada nasihat yang baik secara istoqomah, hatta sentiasa mengajak mereka untuk hadir ke majlis ilmu tersebut tanpa merasa jemu...

    i'Allah dengan usaha bertserusan beserta doa yang kita pnjatkan kpd Allah s.w.t spya dibuka hati sahabat kita itu, menjadikn terbukanya pintu hidayah bagi kita semua...mudah2an..



Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

"Dalam diari pejuang tiada masalah yang merumitkan, ujian yang melemahkan, dugaan yang menyusahkan, bahkan itu semua dijadikan batu lontan untuk lebih hebat...mereka tepu dengan dugaan...cuma sesekali aicr maata menerjah pipi, lambang kekerdilan kudrat hamba...berdepan dengan belaian Pencipta...sebagai tanda ingatanNya...."


Saifulislam.Com