Tarbiyah Kampus.... Selamat Kembali.....

Assalamualaikum w.b.t....

Ana mengucapkan selamat kembali ke Universiti kepada sahabat-sahabiyah penuntut Universiti tempatan khususnya UTHM mahupun sahabat-sahabiyah yang menuntut di universiti-universiti luar negara . Semoga dengan kembalinya kita ke kampus pada semester baru ini dengan menanamkan azam dan semangat yang baru ke arah yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang...

Dikesempatan ini, tahniah diucapkan kepada sahabat-sahabiyah yang telah cemerlang dalam peperiksaan akhir yang lepas dan tidak dilupakan juga takziah kepada yang kurang cemerlang. Apa sahaja keputusan yang kita perolehi sebenarnya itulah hasil yang kita usahakan... Walaupun ada yang tidak menyangka akan cemerlang dalam peperiksaan yang lalu, mungkin itulah hadiah daripada Allah s.w.t kepada kita, dan begitu juga sahabat-sahabiyah yang tidak terjangka/tidak terangan-angan akan mendapat keputusan yang mungkin kurang memuaskan, mungkin itulah ujian yang juga daripada Allah s.w.t kepada kita tidak lain dan tidak bukan sebenarnya untuk menguji tahap keimanan dan keyakinan kita kepadaNya dan sejauh mana tahap tawakal kita semua...

Sama-samalah kita muhasabah diri kita, sejauh mana tahap kesungguhan kita pada semester-semester yang lalu yang memungkin kita di anugerahkan oleh Allah s.w.t dengan kejayaan @ kecemerlangan akademik mahupun kehidupan di dunia dan akhirat.

kepada sahabat-sahabiyah yang kurang cemerlang pada sesi yang lalu, tetapi banyak terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang memberi manfaat kepada agama mahupun masyarakat umum, teruskanalah perjuangan, suburkanlah semula semangat yang telah kian melayu dalam diri kita, sentiasa ingatkan diri kita dengan janji-janji Allah s.w.t didalam firmannya "bantulah kamu akan agama Allah, nescaya Allah akan membantumu dalam segala urusanmu.." dan yakinlah bahawa, mungkin kerja-kerja yang kita lakukan itu Allah tidak mahu membalasnya/menzahirkannya pada ketika dan saat ini, mungkin kecemerlangan itu muncul disaat orang lain terasa sangat gagal dalam apa yang hendak dicapai, khususnya yang diimpikan oleh semua insan iaitu kejayaan kehidupan didunia yang mana menjadi jambatan kepada kita untuk cemerlang diakhirat kelak insyaALLAH..."

SELAMAT KEMBALI KE KAMPUS DENGAN AZAM DAN SEMANGAT YANG BARU"

1 comments:

  1. HafizahRusli says

    salam...
    salam perkenalan..=)
    nk mintak pendapat scr peribadi sepanjang mnjd ahli sch dlm kelas koko satu sem..

    atau pendapat scr pemerhatian atau megikut kefahaman ttg pembawakan dlm silat cekak hanafi..

    sj nk tahu..klu xkesahla..=)



Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

"Dalam diari pejuang tiada masalah yang merumitkan, ujian yang melemahkan, dugaan yang menyusahkan, bahkan itu semua dijadikan batu lontan untuk lebih hebat...mereka tepu dengan dugaan...cuma sesekali aicr maata menerjah pipi, lambang kekerdilan kudrat hamba...berdepan dengan belaian Pencipta...sebagai tanda ingatanNya...."


Saifulislam.Com