Terima kasih sahabat...

Assalamualaikum w.b.t….

Alhamdulillah, kesyukuran dipanjatkan kehadrat Allah s.w.t kerana akhirnya dengan izinNya ana diberi kesempatan untuk mengemaskini blog yang telah sekian lama sepi. Mohon kemaafan kepada sahabat-sahabat yang sentiasa menantikan nukilan daripada ana, InsyaAllah dikesempatan yang ada ana cuba sedaya upaya untuk menghasilkan karya ana sendiri bergantung kepada kemampuan yang ada. Terima kasih atas teguran yang membina daripada sahabat-sahabat.... sebenarnya bermula dari berakhirnya kertas terakhir peperiksaan yang lepas ana terlibat dalam satu program pentarbiyahan dan alhamdulillah dengan izinya telah berjaya dilaksanakan. Gerak kerja ana tidak terhenti sampai disitu sahaja, ana sekarang masih lagi belum menjejakkan kaki dirumah ana iaitu di kampung ana di Dungun, Terengganu untuk bertemu mak dan ayah serta keluarga kerana masih lagi dalam proses membuat persiapan 2 lagi program yang diamanahkan iaitu program Pengukuhan dan juga program bersama adik-adik dari Sekolah Menegah Agama Parit Raja (SMAPR). Ana mengharapkan sahabat-sahabat mendoakan supaya ana diberikan kekuatan untuk terus melangkah dan istiqomah dalam setiap gerak kerja. Mudah-mudahan Allah s.w.t menerimanya sebagai suatu ibadah yang mana hanya Dia sahaja yang mengetahui nilaianya. wallahu’alamu...

0 comments:


Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

"Dalam diari pejuang tiada masalah yang merumitkan, ujian yang melemahkan, dugaan yang menyusahkan, bahkan itu semua dijadikan batu lontan untuk lebih hebat...mereka tepu dengan dugaan...cuma sesekali aicr maata menerjah pipi, lambang kekerdilan kudrat hamba...berdepan dengan belaian Pencipta...sebagai tanda ingatanNya...."


Saifulislam.Com