Memimpin untuk Dipimpin

Apabila menyebut perkataan memimpin, pasti kita akan mengimaginasikan sesuatu yang amat berat untuk dipikul, memerlukan kepada kewibawaan yang tinggi, seterusnya akan dihormati atau dicaci dan sebagainya. Semuanya ini sebenarnya pasti akan berlegar di lubuk fikiran seseorang yang pernah bergelar pemimpin atau masih memimpin. Untuk menjadi pemimpin yang berwibawa dan di hormati bukanlah sesuatu yang mudah dan ianya tidak akan datang tanpa sebarang usaha yang dilakukan. Secara teorinya pemimpin yang hebat mempunyai ilmu yang luas, pengaruhnya sangat kuat, petah berpidato, mampu melaksanakan apa yang di lafazkan dan sebagainya. Tetapi perlu diakui bahawa sesetengah orang tidak menjadikan itu sebagai kayu ukur untuk meletakkan diri seseorang itu sebagai seorang yang berkebolehan dalam memimpin. Kadang-kadang penampilan yang dizahirkan secara luaran juga dijadikan sebagai ukuran sama ada seseorang itu layak atau tidak untuk digelar sebagai pemimpin. Adakah seseorang yang sepanjang masanya dengan berjubah tidak mampu atau tidak layak untuk memimpin? Tidak terlepas juga ada golongan yang bermentalitikan bahwasanya orang yang mempunyai fikrah Islam tidak boleh memimpin. Bagi mereka kalau golongan ini memimpin pasti akan berlaku kekacauan, ini tak boleh dan itu pun tak boleh. Disini ana ingin mengaskan bahwa, jika ini yang bermain difikiran kita maka ianya sama sekali adalah sesuatu kecelaruan dan bukan sesuatu yang sihat. Adakah dengan pakaian yang dipakai, mungkin tidak seperti kebiasaan pemimpin lain memakainya menyebabkan seseorang itu tidak boleh memimpin? Dan adakah dengan fikrah Islam yang ditanam menjadikan pemimpin itu terlalu jumud? Sedangkan selama ini kita meyakini bahawasanya Islam adalah agama yang syumul dan pelbagai aspek boleh kita jadikan sebagai panduan apabila ianya dijadikan sumber utama kepada semua perkara.

Disini ana tidaklah berniat untuk menjuruskan kepada perbincangan sama ada seseorang itu layak dinilai sebagai pemimpin atau tidak, kerana ana yakin pemimpin yang diredhoi Allah yang menjadi keredhoan kita semua sebagaimana hadis Rasulullah sollallahualaihiwassalam ”sesiapa melantik lelaki ke atas sekumpulan orang yang ramai sedangkan terdapat dikalangan mereka orang yang lebih diredhoi oleh Allah dari lelaki tersebut (lebih beriman dan bertqwa), maka ia telah mengkhianati Allah, Rasulnya dan orang mu’min”. Tetapi disini ana cuba untuk membuka minda kita semua bagaimana dikatakan seseorang itu apabila sudah menjadi pemimpin tapi masih lagi perlu dipimpin?

Inilah yang menjadi persoalannya sama ada kita sedar atau tidak walaupun di hadapan kita sudah ada seorang pemimpin tetapi bukanlah bermakna hanya kita yang perlu dipimpin, tetapi orang yang sedang memimpin kita itu juga perlu dipimpin. Kita perlu menyedari dan menghayati hakikat penciptaan manusia yang sengaja diciptakan oleh Allah s.w.t bersifat lemah dan pasti tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan. Dan menjadi tanggungjawab sesama manusia memainkan peranan menampung kekurangan tersebut sama ada dengan cara berpesan-pesan atau tegur-menegur dan membetulkannya dengan hikmah untuk mengelakkan diri kita tergolong dalam golongan manusia yang rugi sebagaimana firman Allah s.w.t ”sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan nasihat-menasihati kepada kebenaran (haq) dan berpesan-pesan kepada kesabaran”.

Tegur menegur diantara orang yang dipimpin dan orang yang memimpin pada pandangan ana adalah sangat perlu bahkan digalakkan. Ianya bagi memastikan sesuatu perkara atau matlamat yang telah di gariskan dapat dicapai sekurang-kurangnya dalam keadaan jayanya dan bukan gagal. Ini kerana pimpinan pastinya tidak akan terlepas melalui proses dimana pernah atau akan melakukan kesilapan dalam keadaan sedar atau tidak sedar. Orang yang dipimpinlah biasanya terlebih dahulu akan menyedari perkara tersebut dan sepatutnya merekalah menjadi orang yang pertama menegurnya.

Tapi perlu diingat, bukan semua orang suka ditegur atau mudah untuk menerima teguran. Tetapi ianya bukanlah bermakna kita perlu mengetepikan pemimpin tersebut tanpa sebarang tindakan, hatta terhadap pemimpin yang zalim sekalipun. Ini kerana terdapat hadis Rasulullah s.a.w yang berbunyi ” berkata benar (menegur) dihadapan pemimpin yang zalim itu adalah di antara jihad yang paling utama”. Ini bermakna kita sangat dituntut melakukan teguran tersebut kerana ianya dikira sebagai jihad yang utama. Tetapi jika kita pula tidak berupaya atau tidak mempunyai kekuatan untuk membuat teguran atas sebab-sebab tertentu maka perlulah difikirkan pendekatan yang lain yang dirasakan lebih berhikmah atau bersesuaian bagi berhadapan dengan perkara tersebut. Wallahu’alam.

Muhd Muhaimin Bin Zakaria (Pencinta Allah dan RasulNYA)
(ummi : Habibah Bt A. Rahman, walid : Zakaria B. Embong)

0 comments:


Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

"Dalam diari pejuang tiada masalah yang merumitkan, ujian yang melemahkan, dugaan yang menyusahkan, bahkan itu semua dijadikan batu lontan untuk lebih hebat...mereka tepu dengan dugaan...cuma sesekali aicr maata menerjah pipi, lambang kekerdilan kudrat hamba...berdepan dengan belaian Pencipta...sebagai tanda ingatanNya...."


Saifulislam.Com