Brigitte Bardot dibicara terus hina Islam

PARIS: Bekas bintang filem terkenal Perancis, Brigitte Bardot, dihadapkan ke mahkamah kelmarin kerana menghina umat Islam, kali kelima beliau berdepan dakwaan ‘mencetuskan kebencian perkauman’ berhubung kenyataan kontroversinya mengenai agama Islam dan pengikutnya.

Pendakwa meminta mahkamah Paris mengenakan hukuman penjara yang digantung selama dua bulan ke atas bekas simbol seks itu dan denda AS$23,760 (RM76,032) kerana melemparkan kata-kata ‘masyarakat Islam memusnahkan negara kita dan mendesak amalannya dilaksanakan.’

Sejak bersara daripada industri perfileman pada 1970-an, Bardot menjadi aktivis hak haiwan terkemuka tetapi turut mencetuskan kontroversi dengan menghina tradisi dan pendatang Islam.

Beliau sudah empat kali didenda kerana atas kesalahan mencetuskan kebencian perkauman sejak 1997. Denda atas kesalahan pertamanya adalah 1,500 euro (RM7,498) manakala yang keempat sebanyak 5,000 euro (RM24,500).

Pendakwa raya, Anne de Fontette, memberitahu mahkamah beliau meminta hukuman lebih berat dikenakan berbanding biasa dan menambah: “Saya sudah bosan mendakwa Bardot.”

Aktres veteran itu tidak menghadiri perbicaraan kerana tidak sihat. Keputusan dijangka diketahui beberapa minggu lagi.

Kumpulan antiperkauman Perancis tahun lalu merungut mengenai kenyataan Bardot mengenai perayaan Aidiladha dalam surat kepada Presiden Nicolas Sarkozy yang kemudian disiarkan oleh pertubuhannya.

Umat Islam menyambut Aidiladha dengan menyembelih ternakan sempena memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim.

Perancis mempunyai lima juta penduduk Islam, komuniti Islam terbesar di Eropah yang membentuk lapan peratus daripada keseluruhan penduduk negara itu. - Reuters

sumber : Berita Harian

0 comments:


Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

"Dalam diari pejuang tiada masalah yang merumitkan, ujian yang melemahkan, dugaan yang menyusahkan, bahkan itu semua dijadikan batu lontan untuk lebih hebat...mereka tepu dengan dugaan...cuma sesekali aicr maata menerjah pipi, lambang kekerdilan kudrat hamba...berdepan dengan belaian Pencipta...sebagai tanda ingatanNya...."


Saifulislam.Com