Pilihan Raya Kampus: Pelajar UPM mahu pemilihan telus

Oleh Basir Zahrom

KUMPULAN Pro Mahasiswa Universiti Putra Malaysia (UPM) mahu sistem pilihan raya kampus universiti itu diadakan lebih telus dan bebas daripada campur tangan mana-mana pihak, terutama pentadbiran universiti.

Wakilnya, Mohd Lukman Hakim Low Abdullah, menyifatkan sistem pilihan raya dijalankan selama ini kurang demokrasi dan banyak kekangan terutama daripada pihak keselamatan dan pengurusan kolej.

“Justeru kami menghantar memorandum mengandungi beberapa tuntutan yang perlu mendapat pertimbangan Naib Canselor sendiri.

“Antaranya pilihan raya kali ini perlu membabitkan pemerhati luar seperti Suruhanjaya Hak Asasi Manusia dan Badan Bebas Pemantau Pilihan Raya Malaysia serta memansuhkan e-voting yang meragukan.

“Wang cagaran pula perlu dikurangkan kerana RM100 terlalu mahal, tambahan pula universiti lain mengenakan RM30 ke RM40 saja,” katanya selepas menyerahkan memorandum tuntutan pilihan raya kampus kepada Ketua Bahagian Komunikasi Korporat UPM, Abdullah Arshad, di Serdang, baru-baru ini.


Sehingga semalam, UPM belum mengumumkan pembubaran Majlis Perwakilan Pelajar sedia ada, bagaimanapun difahamkan ia akan dilakukan sebelum konvokesyen ke-32 universiti itu pada 18 Oktober ini atau awal semester depan.

Mohd Lukman berkata, pihaknya juga maklum bahawa pengaruh politik luar sedikit sebanyak mempengaruhi pilihan raya kampus dan tidak mustahil jika ada pihak berkenaan ingin mempengaruhi pelajar dengan agenda tertentu.

“Mengenai perkara ini, kami sepakat menolak 100 peratus pengaruh mana-mana pihak luar. Kami berjuang dalam ruang lingkup universiti antara lain menjaga kebajikan mahasiswa dan akan menjaga nama baik universiti,” katanya.

Sumber : Berita Harian Online

0 comments:


Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

"Dalam diari pejuang tiada masalah yang merumitkan, ujian yang melemahkan, dugaan yang menyusahkan, bahkan itu semua dijadikan batu lontan untuk lebih hebat...mereka tepu dengan dugaan...cuma sesekali aicr maata menerjah pipi, lambang kekerdilan kudrat hamba...berdepan dengan belaian Pencipta...sebagai tanda ingatanNya...."


Saifulislam.Com