Wilders Bebas Kritik Islam- Mahkamah Belanda

Ini adalah keputusan Mahkamah Belanda hari ini berkaitan isu filem FITNA.

AMSTERDAM 7 April - Mahkamah Belanda hari ini memutuskan bahawa Geert Wilders boleh membuat kritikan terhadap Islam termasuk membandingkan agama itu dengan fasisme serta Nabi Muhammad S.A.W sebagai seorang yang tidak bertamadun atas alasan “kebebasan bersuara”.

Pertubuhan Warga Islam Belanda (NIF) sebelum ini mengemukakan permohonan agar mahkamah menjatuhkan hukuman ke atas Ahli Parlimen itu kerana membuat perbandingan yang dianggap menghina agama dan umat Islam.

NIF turut cuba mendapatkan perintah mengharamkan penayangan filem Fitna yang dianggap menghina Islam.

Bagaimanapun, filem itu telah ditayangkan sebelum mahkamah mendengar pemohonan tersebut.

“Apa yang dilakukan oleh Wilders tidak dilihat sebagai satu kesalahan. Kebebasan bersuara adalah faktor utama penghakiman ini,” tegas mahkamah.

Menurut kertas penghakiman, apa yang dilakukan Wilders menerusi perbandingan itu, tidak akan menyemarakkan keganasan dan setiap Ahli Parlimen perlu berani menyatakan pandangannya walaupun ia kelihatan keterlaluan.

Wilders telah membangkitkan kemarahan penduduk Islam di seluruh dunia dengan menayangkan Fitna, filem pendek yang memburukkan Islam serta menghina kitab suci al-Quran.

“Saya percaya dalam perdebatan politik adalah perlu menyatakan keadaan bahaya akibat proses Islamisasi di Barat serta di Belanda.

“Saya tidak pernah merasakan telah pergi melampaui batas tentang hal ini,” kata Wilders pemimpin Parti Kebebasan (PVV) yang menguasai sembilan dari 150 kerusi di Parlimen Belanda.

Tunjuk perasaan di beberapa negara Islam mendesak Wilders dihukum bunuh.

( Sumber Berita : Utusan )

0 comments:


Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

"Dalam diari pejuang tiada masalah yang merumitkan, ujian yang melemahkan, dugaan yang menyusahkan, bahkan itu semua dijadikan batu lontan untuk lebih hebat...mereka tepu dengan dugaan...cuma sesekali aicr maata menerjah pipi, lambang kekerdilan kudrat hamba...berdepan dengan belaian Pencipta...sebagai tanda ingatanNya...."


Saifulislam.Com