HANYA AMALAN YANG IKHLAS DITERIMA OLEH ALLAH
Di antara tanda-tanda taqwa ialah keikhlasan kita kepada Allah Ta’ala dalam semua ibadah, meninggalkan segala larangannya kerana firman Allah yang bermaksud :
“padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah supaya menyembah Allah dengan dengan mengikhlaskan ibadah kepadaNya.” (surah Al-Bayyinah :5)
Walaupun ayat ini diturunkan berkenaan Ahli Kitab, namun Al-Quran tetap menjadi petunjuk kepada umat Islam seluruhnya.
Dalam perkara keikhlasan ini, Rasulullah SAW menegaskan kepada umat Islam
“Sesungguhnya amalan itu adalah dengan niat, bagi tiap-tiap seorang itu apa yang dia niat”
Niat itu ialah segala amalan yang ditunaikan semata-mata kerana mengabdikan diri kepada Allah, apabila ada sifat riya’ dan menunjuk-nunjuk kepada orang, maka berlakunya syirik yang tersembunyi yang boleh menghapuskan pahala seseorang itu.
Rasulullah SAW telah menyatakan di dalam sebuah hadis bagaimana pada Hari Kiamat kelak ada tiga golongan manusia yang awal-awal dipanggil untuk dibicara di hadapan Allah Taala.
Orang yang pertama dipanggil ialah seorang yang alim, lalu ditanyakan kepadanya : “Apakah yang engkau amalkan di dalam kehidupan di dunia dahulu?”. Lalu dia menjawab: “Aku menuntut ilmu dan aku diberi ilmu olehMu, wahai Tuhanku, dan aku sebarkan ilmu itu kepada orang ramai.”
Padahal dia menyebarkan ilmu secara tidak ikhlas, lalu Allah SWT mendedahkan bahawa:
“kamu belajar ilmu dan menyebarkannya supaya dikatakan orang bahawa kamu alim tetapi bukan kerana Aku.” Lalu ilmunya ditolak oleh Allah dan dia diseret masuk ke dalam neraka.
Sementara orang yang kedua yang dipanggil ialah seorang yang kaya kemudian ia ditanya :
“apakah amalan kamu pada kehidupan di dunia dahulu?”. Dia menjawab : “wahai Tuhanku, aku bekerja bertungkus-lumus, aku diberi rezeki kekayaan olehMu, aku memberi sumbangan derma.” Lalu Allah berfirman : “engkau bohong! Memang betul engkau memberi sumbangan, tetapi dengan sumbangan itu supaya engkau dikatakan orang bahawa seorang yang pemurah dan bukan kerana Aku,” lalu amalannya ditolak dan dia diseret kedalam api neraka.
Manakala yang ketiga dipanggil ialah seorang yang berjihad, apabila dia ditanya oleh Allah : "apakah yang dia lakukan di dunia dahulu? Dia menjawab : “wahai Tuhanku, di dunia dahulu aku berjihad untuk menegakkan agamamu”, lalu Allah berfirman : “betul engkau berjihad, tapi bukan kerana Aku. Engkau berjihad supaya dikatakan orang bahawa engkau seorang yang berani”, lalu amalannya ditolak oleh Allah dan dia diseret masuk ke dalam neraka.
Allah SWT mendedahkan di dalam Al-Quran suatu golongan yang mendirikan masjid dan memakmurkan Masjidil Haram di zaman Rasulullah SAW, pada masa yang sama menentang Islam yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW.
Firman Allah maksudnya : “adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan haji dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjidil Haram itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah dan Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim.” (surah At-Taubah : 19)
Begitulah pentingnya ikhlas kepada Allah. Oleh kerana kita adalah hamba Allah SWT, maka segala nikmat yang dikurniakan kepada kita sama ada akal, fikiran, iman, kesihatan tubuh badan termasuk harta benda adalah pemberian daripada Allah SWT.
Maka tanggungjawab beribadah dan segala amal kebajikan yang dilakukan hendaklah dengan hati yang tulus ikhlas kerana Allah Taala. Allah tidak meminta apa-apa upah daripada kita.
Malah Allah menjanjikan untuk memberi pahala yang berlipat ganda kepada mereka yang mengerjakan amal yang soleh. Lihat betapa orang yang ikhlas diterima oleh Allah Taala.

Abu Hurairah menceritakan bahawa Rasulullah SAW memberitahu tentang seorang yang bersedekah dengan hati yang ikhlas, tiba-tiba dia memberi sedekah kepada seorang wanita pelacur serta penzina.
Lalu orang ramai memperkatakan kepadanya bahawa dia memberi sedekah kepada pelacur. Lalu orang itu berkata : “wahai Tuhanku, bagiMu segala kepujian, aku telah tersilap memberi sedekah kepada seorang pelacur.”
Pada malam esoknya dia berkata : “ malam ini aku akan memberi sedekah.” Tiba-tiba dia memberi sedekah kepada seorang yang kaya. Lalu orang ramai memeperkatakan kepadanya bahawa dia memberi sedekah kepada seorang yang kaya yang memang ada harta. Lalu dia berkata : “wahai Tuhan, bagiMu segala kepujian, aku telah tersilap memberi sedekah kepada seorang kaya.”
Pada malam esoknya dia berkata : “malam ini aku akan bersedekah lagi.” Tiba-tiba dia memberi sedekah kepada seorang pencuri. Lalu orang ramai memperkatakan kepadanya bahawa dia memberi sedekah kepada seorang pencuri. Lalu dia berkata : “wahai Tuhan, bagiMu segala kepujian, aku telah tersilap memberi sedekah kepada seorang pencuri.”
Lalu Allah mengutuskan utusan memberitahu kepadanya bahawa Allah Ta’ala telah menerima sedekahnya kerana Allah. Mudah-mudahan si pelacur akan bertaubat, si kaya akan insaf dan menjadi seorang yang pemurah, manakala pencuri akan meninggalkan perbuatan mencuri itu.
Begitulah berkatnya amalan ikhlas kepada Allah. Bukan sahaja berkat, malah diberi ganjaran pahala yang besar oleh Allah Subha Nahu WaTa’ala.
Firman Allah yang bermaksud : “maka sesiapa yang berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihat (dalamsurat amalannya) dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihat (dalam surat amalannya).” (surah Al-Zalzalah : 7-8)
wallahu'alam.
0 comments:
"Dalam diari pejuang tiada masalah yang merumitkan, ujian yang melemahkan, dugaan yang menyusahkan, bahkan itu semua dijadikan batu lontan untuk lebih hebat...mereka tepu dengan dugaan...cuma sesekali aicr maata menerjah pipi, lambang kekerdilan kudrat hamba...berdepan dengan belaian Pencipta...sebagai tanda ingatanNya...."