Mahasiswa Bantah Tindakan Kabinet!
Tahniah diucapkan kepada Saudara Shazni Munir selaku Yang DiPertua Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya dan juga Saudara Mohd Faridzul selaku Presiden Kelab Makruf UIA atas tindakan berani menyerahkan memorendum tanda bantahan terhadap keputusan Kabinet Malaysia yang dilihat cuba mempengaruhi keputusan mahkamah berkait kes Pathmanaban atau nama Islam, Mohd. Ridzuan Abdullah, 40 (Kes : Tuntuan Hak Penjagaan Anak dan Status Agama).
Mereka mewakili semua Persatuan Mahasiswa Islam seluruh Kampus di Malaysia yang mana sepakat tidak bersetuju dengan tindakan Kabinet Malaysia yang baru dibentuk baru-baru ini memandangkan mereka bersidang dalam keadaan mereka "bukan ahlinya". Kes ini lebih sesuai dibicarakan di mahkamah Syariah dan keputusan dibuat tidak boleh dipengaruhi oleh mana-mana pihak mahupun kes hampir sama yang berlaku sebelum ini yang mana berpihak kepada sebelah ibu yang bukan muslim memandangkan bapa tidak mampu menanggung anak yang dituntut.
0 comments:
"Dalam diari pejuang tiada masalah yang merumitkan, ujian yang melemahkan, dugaan yang menyusahkan, bahkan itu semua dijadikan batu lontan untuk lebih hebat...mereka tepu dengan dugaan...cuma sesekali aicr maata menerjah pipi, lambang kekerdilan kudrat hamba...berdepan dengan belaian Pencipta...sebagai tanda ingatanNya...."