Pengalaman Berharga MengISLAMkan JIN...


(kisah benar)


Pengalaman saya bersama sahabat-sahabat mengeluarkan jin daripada badan pesakit pada dua hari yang lepas, semuanya adalah dengan IZIN ALLAH S.W.T… Jin tersebut dengan Izin Allah juga berjaya kami Islamkan tetapi dengan usaha yang sangat sukar dan memakan masa yang lama. Ianya memerlukan kesabaran untuk memujuk jin tersebut mengenali Islam, seterusnya mengajarkan mereka lafaz syahadah. MasyaAllah….Tidak dapat dibayangkan, jin tersebut dengan mudahnya menerima dakwah Islam, walaupun pada mulanya berkasar dengan kami untuk tujuan melepaskan diri (baguskan kalau manusia juga begitu..)

Tujuan saya berkongsi pengalaman ini bukanlah untuk riak atau menunjuk-nunjuk, sedangkan saya sendiri tidak mempunyai kepakaran dalam rawatan Islam, cumanya pernahlah beberapa kali saya mengikuti dan melihat dengan dekat ustaz membuat rawatan pesakit di kliniknya Darus Syifa’(diasaskan oleh Dr Haron Din). Apatah lagi ingin mencabar mana-mana pengamal seperti bomoh dan sebagainya. Tetapi tujuan saya berkongsi ini kerana kerana Allah dan saya rasakan ada mesej penting yang perlu saya sampaikan.

Dengan takdir Allah s.w.t dua hari lepas, kebetulan esoknya saya tiada exam, saya bersama sahabat-sahabat satu rumah diajak untuk membantu dua orang sahabat yang pernah mempelajari ilmu rawatan Islam. Tapi difahamkan diorang belum mendapat Ijazah yang sah. Saya mencadangkan supaya dipanggil saja ustaz tapi dimaklumkan ustaz tidak dapat datang kerana tinggal terlalu jauh dan waktu itu dah larut malam. Pada mulanya kami hanya diminta untuk memegang pesakit dengan dilapik kain yang tebal beserta bantal memandangkan pesakit adalah permpuan. Tapi jangan bersangka buruk plak, kami disaksikan oleh beberapa orang ahli keluarga pesakit..

Nak diringkaskan cerita, disebabkan kami bukanlah pakar dalam bidang mengeluarkan jin ini, sedikit sukar untuk menyuruh jin tersebut keluar kerana kebanyakkan mereka belum Islam dan kalau Islam pun tidak faham dan kurang yakin pada Allah dan Islam (sama macam sesetengah manusia juga…).

Waktu itu, kawan saya yang sedang berusaha ini merasakan seolah-olah sukar dan memakan masa juga kerana dia ada memberitahu saya dia kurang pandai nak bercakap (komunikasi) sedangkan proses mengeluarkan jin ini perlu banyak bercakap untuk memahamkan dan mengawalnya. Tiba-tiba saya terfikir sejenak, ustaz pernah beritahu saya, selepas sahaja anak dia tamat pengajian syariah diUKM dia meminta anaknya untuk menyambung pelajaran diUTM dalam bidang kaunseling. Tapi untuk apa ye? Untuk pengetahuan, anak ustaz InsyaAllah akan bakal menjadi penyambung kepada usahanya membantu masyarakat melalui perubatan Islam sebegini.. Rupa-rupanya tujuannya untuk berkomunikasi dengan jin hatta dengan manusia sekalipun memerlukan kemahiran dalam ilmu kaunseling disamping psikologi. Kalau begitu alhamdulillah, ditakdirkan saya juga pernah mempelajari ilmu tersebut lebih kurang 4 semester kuliah yang lepas. Apa lagi, sekarang waktu untuk praktikal la….saya pun cuba yakin diri pada Allah s.w.t, cubala berkomunikasi dengan jin tersebut dengan sedikit kemahiran yang ada.

Untuk makluman, dalam jasad pesakit itu ada lebih kurang 50 ekor jin, yang berlainan jantina jantan dan betina, ada yang sudah Islam, belum Islam, sudah berkahwin dan lain-lain lagi (seperti juga manusia bezanya mereka dicipta daripada api dan pergerakan mereka pantas dan tidak dapat dilihat). Kami berkomunikasi melalui jasad pesakit namun suara daripada jin tersebut.

Ok, jin yang mula-mula kami bercakap adalah Syukri, sudah pernah diIslamkan sebelum ini, tetapi masih berada dalam badan pesakit kerana perasaan CINTA dan KASIHANnya kepada pesakit. Kenapa? Kerana pesakit diceritakan ada masalah dengan ahli keluarga, teman lelaki dan kawan sekerja. Sebelum ini pesakit selalu menyendiri dan sedih (mungkin waktu tu lupa zikir pada Allah) menyebabkan jin tersebut meminatinya dan ingin menjaganya. Percaya tak kalau saya katakana bahawa syukri sudah berkahwin? Ya, kami minta dipanggilkan isterinya dan kami cuba berkomunikasi dengannya. Isterinya tidak diberi nama dan kami minta supaya dipilih nama Islam yang disukai. Nama isterinya adalah Rabiatul Adawiyah. Kami ceritakan kepada Rabiatul bahawa Syukri meminati pesakit kerana Rabiatul difahamkan tidak melayan syukri dengan baik dan dikatakan gemuk disamping tidak pandai melawa. Waktu itu kami menawarkan untuk berdoa mohon kepada Allah hanya dengan bacaan Al-Fatihah dan yakin IZIN ALLAH mampu mencantikkan dia. Alhamdulillah semuanya kuasa Allah, dia ditakdirkan cantik dan kami panggil kembali Syukri untuk menilai. Kata Syukri, tu dia menyorok plak...(tandanya jual mahal, dah cantikla kan...). Akhirnya Syukri kembali sayangkan Rabiatul Adawiyah dan bersedia untuk keluar daripada badan pesakit.

Tapi sebelum itu sebenarnya kami ada meminta Syukri supaya panggilkan jin yang lain, yang turut bersama dalam badan pesakit, ditakdirkan dua lagi yang kami sempat berbual iaitu Yusof dan Sumayyah (Alhamdulillah nama setelah di Islamkan). Tetapi mereka semua mempunyai kawan dan pengikut. Bermula dengan Yusof, loghatnya bunyi seperti Indonesia, Yusof membertiahu kami, dia tidak pernah dikenalkan dengan Islam, dan waktu itu saya dan sahabat-sahabat menceritakan dia tentang Islam. Sebenarnya Yusof menumpang pada badan pesakit sewaktu pesakit sedang bersendirian di atas jejantas akibat masalah dengan teman lelaki dan difahamkan dia hampir membunuh diri. Diringkaskan, akhirnya Yusof Alhamdulillah Izin Allah Islam dengan kami mohon Allah supaya cantikkan dia sehebat Nabi Yusof, waktu itu dia memang sangat seronok. Kami pun menumpang seronok dan dia berjanji dan bersedia untuk keluar.

Sumayyah pula datang dengan dihantar oleh kawan sekerja pesakit sendiri (cemburu dan risau tunangnya dirampas). Kawan pesakit tersbut meminta seorang bomoh sesuatu (tidak pasti apa) untuk dimasukkan ke dalam air pesakit sewaktu ditempat kerja. Difahamkan kawan pekerja tersebut bejanji dengan bomoh yang dia jumpa untuk niatkan supaya sentiasa sihat (tetap salah sebab tidak bermohon kepada Allah s.w.t) tetapi dia meniatkan supaya ditutup rezeki (tak pasti kerana semuanya kuasa Allah) dengan dihantar 7 ekor jin betina. Antaranya adalah Sumayyah, Aisyah, Jannah, Sakinah dan lain-lain. Kami beri mereke peluang untuk memilih sendiri nama Islam mereka dan yang paling seronok adalah Sumayyah kerana dengan Ilham daripada Allah kami ceritakan kelebihan Sumayyah (kisah sebenar) yang mana sanggup berkorban untuk Islam dan dijanjikan syurga untuknya. Sumayyah dan kawan-kawanya juga yakin dan juga impikan syurga. Tapi komunikasi mereka tak ubah macam manusia. Antaranya ...hoi! ko nak nama apa? Jannah? Ko.... tak bleh-tak bleh, pilih nama lain... apa-apa pun, Sumayyah juga yang paling cantik...(sambil ketawa kecil..)...

insyaAllah bersambung....

0 comments:


Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka).

"Dalam diari pejuang tiada masalah yang merumitkan, ujian yang melemahkan, dugaan yang menyusahkan, bahkan itu semua dijadikan batu lontan untuk lebih hebat...mereka tepu dengan dugaan...cuma sesekali aicr maata menerjah pipi, lambang kekerdilan kudrat hamba...berdepan dengan belaian Pencipta...sebagai tanda ingatanNya...."


Saifulislam.Com