Tahniah dan Takziah
Perkataan ini selalunya akan kedengaran sewaktu seseorang itu ditaklifkan sebagai pimpinan atau jawatankuasa sesuatu organisasi. Sewaktu ana mula-mula ditaklifkan sebagai pimpinan, perkataan inilah yang mula-mula keluar dari mulut sahabat-sahabat seperjuangan. Pada mulanya ana merasakan sesuatu yang pelik kenapa mesti tahniah dan takziah? Selepas berfikir sejenak, barulah ana dapat membuat satu andaian bahawasanya maksud sahabat-sahabat tahniah adalah kerana diberi kepercayaan memimpin dan takziah pula kerana secara tidak langsung apabila menjadi pimpinan maka akan terpikullah suatu amanah yang berat dan pasti akan dipersoalkan oleh Allah s.w.t di akhirat kelak.
Pada kali ini ana tidak berniat untuk berkongsi pengalaman menjadi pimpinan (mungkin post akan datang), tetapi ingin berkongsi peristiwa yang berlaku sepanjang hari ini (Jumaat-27/3/09). Pada hari ini, perkataan tahniah dan takziah ini menjadi ulangan buah mulut sahabat-sahabat seperjuangan. Tetapi tahniah dan takziah pada kali ini sedikit berbeza kerana waktu ucapannya adalah berbeza.
Ucapan tahniah mula berkumandang pada hari ini, iaitu waktu pagi selepas sahaja kelab Iqra’ diumumkan sebagai pemenang tempat kedua bagi pertandingan perarakan sempena sambutan Maulidur Rasul Peringkat Universiti yang berlangsung pada hari ini. Kesungguhan sahabat-sahabiyah turun pada pagi tadi dihargai dengan ucapan tahniah oleh pensyarah dan sahabat-sahabat daripada kelab-kelab lain.
Namun, ditakdirkan Allah suasananya tidak kekal lama. Selepas majlis tersbut, ana berkesempatan untuk pulang kerumah sebelum menunggu waktu untuk solat jumaat. Dalam tempoh masa lebih kurang 1 jam menunggu waktu untuk ke masjid, sempat ana merehatkan diri selepas penat berjalan sewaktu perarakan sambil mengadap komputer membaca artikel daripada blog sahabat-sahabat. Tidak lama selepas itu ana dikejutkan dengan satu berita bahawa sahabat ana ditimpa kemalangan. Waktu itu, dalam keadaan ragu-ragu kesahihan berita tentang sahabat yang kemalangan iaitu akhi Fadhli Dzulhilmi, ana dengan sahabat yang berada di BQ terus bergegas ke tempat kejadian (diberitahu kemalangan dihadapan stesen minyak petronas Parit Raja), namun belum sampai ke tempat kejadian kebetulan ana melalui balai Polis Parit raja ternampak kereta sahabat ana, iaitu produa kembara yang selalu dia pandu.
Sekadar gambar hiasan (gambar sebenar tak dapat lagi..)
Ana terus behentikan motor untuk melihat lebih dekat. Namun ana sedikit terlewat kerana waktu itu kelihatan ambulans baru saja membawa sahabat ana untuk ke hospital Batu Pahat. Yang sempat ana tengok adalah keretanya sahaja yang kelihatan remuk sebelah kanan disamping cerminnya retak dan bersama dua buah lagi kereta honda dan Toyota Atos yang remuk bahagian belakang.
Kebetulan sewaktu ana sampai, kelihatan sahabat-sahabat lain sedang mengeluarkan barang-barang Fadhli (Pali) daripada dalam keretanya untuk mengelakkan kecurian sewaktu berada dibengkel untuk di baik pulih. Waktu itu tiba-tiba kedengaran azan dari masjid terdekat iaitu masjid Parit Raja, ana dan sahabat-sahabat terpaksa bergerak ke masjid kampus untuk solat Jumaat terlebih dahulu memandangkan jika kami terus ke hospital, mungkin tidak dibenarkan untuk melawat kerana belum tiba masanya.
Pada petangnya, selepas solat asar temujanji ana dengan sahabat iaitu fikri dan helmi s2, untuk bergerak ke hospital Batu Pahat dan kami tiba lebih kurang jam 5.40 petang. Turut bersama dengan kami iaitu Firdaus TDI dan Fadhullah menaiki kereta Fikri yang uzur tapi ”sangat berjasa bila ada program” (Fikri jangan maroh ye..hehe). Tiba di hospital kami mendapat tahu Pali berada di Wad 8 katil no 24 (siapa yang belum melawat boleh la berbuat demikian ye...).
Tiba saja ana bersua muka dengan Pali, Alhamdulillah kelihatan kecederaan luaran tidaklah seteruk yang dijangka, tetapi mungkin kecederaan dalam berbeza memandangkan ana dimaklumkan pada malam ini dia akan di scan untuk memastikan tiada darah beku dibahagian muka. Dia kelihatan masih mampu berbual namun dalam keadaan terbatas. Kalau sebelum ini, Pali terkenal dengan gelak dan lawak spontan, tapi kali ini dia terpaksa cuti la kot... ”jangan buat lawak, ana takleh gelak, sakit....”. takpela, bak kata Fikri, bagus juga, inilah masanya tarbiyyah untuk kurangkan gelak, pesan dia pada semua sebenarnya.
Kami terpaksa bertolak ke kampus lebih kurang jam 7 petang memandangkan firdaus terpaksa ke kuliah jam 8.30malam dan abang Pali akan sampai dari Melaka tidak lama lagi. Semoga Allah pelihara sahabat ana ini (Fadhli Dzulhilmi), dan mudah-mudahan Allah juga meringankan bebannya memandangkan dia sekarang masih belum lagi selesai PSM II pada semester ini.
Sebenarnya sahabat ana ini telah banyak diuji oleh Allah, kebelakangan ini Allah telah menarik beberapa orang yang dia sayang, dan banyak lagi cabarab lain yang diterima, namun boleh dikatakan dia antara sahabat yang paling kuat dan tinggi komitmen dalam perjuangan ini, semoga Rahmat dan Redho Allah sentiasa bersamamu wahai sahabatku... Amiin...
0 comments:
"Dalam diari pejuang tiada masalah yang merumitkan, ujian yang melemahkan, dugaan yang menyusahkan, bahkan itu semua dijadikan batu lontan untuk lebih hebat...mereka tepu dengan dugaan...cuma sesekali aicr maata menerjah pipi, lambang kekerdilan kudrat hamba...berdepan dengan belaian Pencipta...sebagai tanda ingatanNya...."